skip to main |
skip to sidebar
Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia
CUEPACS BINCANG BONUS AIDIFITRI UNTUK 1.4 JUTA PENJWAT AWAM
Bernama :
13/07/2012
KUALA LUMPUR: Tuntutan bonus Aidilfitri untuk 1.4 juta penjawat awam di
negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres
Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Isnin ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
CUEPACS juga akan membincangkan dasar baru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya kepada pemberita di
sini, hari ini.
Omar mengulangi pendirian CUEPACS yang tidak bersetuju dengan
dasar itu kerana dianggap menutup peluang kerjaya untuk lepasan SPM,
selain boleh membawa masalah kepada SPA pada masa depan.
"Selain itu, CUEPACS juga membantah dasar SPA yang membenarkan calon
mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima
sebelum ini," katanya.
Katanya, keputusan CUEPACS berhubung kedua-dua dasar itu akan
dikemukakan kepada Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai
ini.
Selain itu, Omar berkata, CUEPACS juga akan mengadakan pertemuan
dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini pada 16
Julai ini.
Selain beramah mesra, beliau berkata CUEPACS berharap Ali dapat
memberikan pendapat dan komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan
penjawat awam.
- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan