Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Khamis, 6 November 2014

SEMINAR GAGASAN 1 MALAYSIA KE ARAH KEMANTAPAN AHLI KESUKMA

Media KESUKMA
6/11/2014

Seminar KESUKMA: Seminar Gagasan 1 Malaysia ke arah Kemantapan Ahli KESUKMA

Seminar Kemantapan Ahli KESUKMA

Untuk makluman Ahli, KESUKMA akan menganjurkan Seminar Kemantapan Ahli:, seperti butiran berikut:

Tarikh: 12 November 2014 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat: DK43.101KB Kompleks Tun Abdullah Salleh

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta berhubung Persiapan dalam menghadapi Negara Maju dan Teknik-teknik komunikasi berkesan.

Kepada Ahli yang berminat untuk menyertai seminar Tuan/Puan boleh menghubungi Pn zaiton Othman di talian 0192398025 atau Pn Fauziah di talian 0192775886 untuk tujuan pendaftaran atau terus pendaftaran pada tarikh tersebut .

Penyertaan adalah terhad kepada 150 orang terawal sahaja.


Tarikh Acara : Mula: 12/11/2014 Tamat: 12/11/2014
Masa Acara : Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat : DK43.101KB Kompleks Tun Abdullah Salleh
Penganjur / Penganjur Bersama : KESUKMA

Isnin, 3 November 2014

REKREAKSI DI TASIK BANDING BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI DI TASIK LEMBAH BANDING

Media KESUKMA



Kepada semua warga UKM , KESUKMA akan menjalankan satu Program Khidmat Masyarakat iaitu Berekreasi di Tasik Banding dan menjalankan aktiviti bersama Komuniti Orang Asli Tasik Banding di Lembah Belum.

Aktiviti adalah seperti berikut:

Bayaran : RM200.00 (Ahli KESUKMA) RM250.00 (Bukan Ahli KESUKMA) (bayaran adalah termasuk makan dan penginapan di atas rumah Rakit)

Kepada semua warga yang berminat boleh menghubungi: zaiton othman :0192398025 Ismail :01119693982

Tarikh akhir permohonan adalah 3 November 2014.

Tarikh Acara: 
Mula: 15/11/2014 Tamat: 16/11/2014Masa Acara: Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 PetangTempat: Tasik Banding Lembah BelumPenganjur / Penganjur Bersama: KESUKMA

mohon semua amjk war2kan setakat ini hanya baru ada 2 0rang saja yg ingin menyertainya.

Sabtu, 18 Oktober 2014

BENGKEL SEMAKAN SEMULA BUKU PERLEMBANGAAN KESUKMA 17-19 OKTOBER 2014 DI IMPIAN RESORT MORID.

Media KESUKMA
19/10/2015


Bengkel selama 3 hari 2 malam telah diadakan di Impiana Resort Morid di hadiri oleh mantan presiden dan exco kesukma. Dalam penyemakan ini banyak ayat-ayat yang telah dibetulkan bagi memahami apa yang ada dalam peraturan-peraturan pelembangaan KESUKMA.




Jumaat, 18 April 2014

TUNTUTAN KENAIKAN PANGKAT SECARA "ONE OFF" PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N22 KE N28 DILANJUTKAN SEHINGGA 30 JUN 2014

Media KESUKMA
17/4/2014



Sukcita dimaklumkan tuntutan kenaikan pangkat secara "one off" dilanjutkan sehingga 30 Jun 2014. Makluman ini dimaklumkan oleh Pendaftar  UKM dalam mesyuarat MBJ bil.1 2014 pada 16  April 2014. Ini merujukan kepada KESUKMA telah membawa perkara tersebut ke CUEPACS. Pada 25 Januari 2014 perjumpaan 9 pegawai tertinggi CUEPACS telah memohon supaya tarikh keniakan pangkat secara " One Off" dilanjutkan.

Isnin, 14 April 2014

TAHNIAH KESUKMA : BARISAN AMJK KESUKMA SESI 2013-2015

Media KESUKMA
14/4/2014



Tahniah KESUKMA : Barisan AMJK KESUKMA Sesi 2013-2015
Dimaklumkan bahawa pemilihan AMJK KESUKMA bagi sesi 2013-2015 telah pun diadakan semula pada 9 April 2014.Berikut adalah keputusan barisan AMJK KESUKMA bagi sesi 2013-2015.

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Abdul Rahman Hj. Mohd Nordin :01119732260, Zaiton Othman: 0192398025/azie@ukm.my.

Tarikh Acara : Mula: 09/04/2014 Tamat: 09/04/2014
Masa Acara : Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Penganjur / Penganjur Bersama : KESUKMA
Lampiran
System.Byte[] jumlah besar pemilihan 2.JPG
System.Byte[] Jumlah besar pemilihan 1.JPG
System.Byte[] keputusan pemilihan AMJK.JPG

Sabtu, 25 Januari 2014

Senarai Klinik Panel PPUKM 2014 Hingga 2015

Web Ewarga UKM


Senarai Klinik Panel PPUKM 2014 Hingga 2015

Berikut adalah senarai klinik panel PPUKM yang dilantik bagi tempoh 2 tahun iaitu tahun 2014 sehingga 2015.

Lampiran
System.Byte[] senarai klinik panel PPUKM 2014-2015.docx

Taklimat Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Kepada Kakitangan UKM/PPUKM

Web ewarga UKM
Makluman Tempat : Taklimat Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Kepada Kakitangan UKM/PPUKM (Kakitangan Tetap Sahaja) Pada 27 Januari 2014
Untuk makluman, Taklimat Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Kepada Kakitangan UKM/PPUKM (Kakitangan Tetap Sahaja) pada 27 Januari 2014, jam 9.00 - 11.00 pagi akan diadakan di Auditorium, HUKM bagi skim perkhidmatan berikut :

Skim Perkhidmatan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Dan Pembantu Perawatan Kesihatan

PEPERIKSAAN KHAS KENAIKAN PANGKAT SKIM SETIAUSAHA PEJABAT

Web ewarga ukm
Pengumuman Ujian Khas Untuk Kenaikan Pangkat Bagi Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat dan Setiausaha Pejabat ke Gred Yang Lebih Tinggi.

Dimaklumkan bahawa LPU pada 2 Ogos 2012 telahpun meluluskan surat edaran JPA. BK(S)241/73/1-3 (9) bertarikh 28 Jun 2012 mengenai Sukatan Ujian Kemahiran Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat dan Setiausaha Pejabat bagi tujuan melaksanakan ujian kelayakan untuk mempertimbangkan kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi untuk dilaksanakan dan diterima pakai di UKM.

Pembantu Setiausaha Pejabat dan Setiausaha Pejabat layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi sekiranya telah lulus Ujian Kemahiran Pemprosesan Perkataan, Lembaran Kerja dan Persembahan. Sila klik Sukatan Ujian berkenaan.

Sehubungan itu Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar telah menjadualkan ujian berkenaan seperti berikut:

Tarikh: 11 – 12 Februari
Tempat : Makmal Komputer Pusat Teknologi Maklumat

Peperiksaan kali ini adalah untuk jawatan N17 ke N22 dan N27/28 ke N32 sahaja. Permohonan hanya dibuka bagi calon-calon lantikan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja.

Sila klik borang permohonan menduduki ujian seperti di Lampiran A. Tarikh tutup permohonan ialah pada 03 Februari 2014.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak Urus Setia: Tel 03-89213026 (Pn. Laili Ziana), Emel: dirlie@ukm.my atau 03-89213617 (Pn. Faizah Ahmad), Emel: faizah@ukm.my

Penganjur / Penganjur Bersama : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UKM
Lampiran
System.Byte[] Sukatan.pdf
System.Byte[] Lampiran A.pdf

Rabu, 8 Januari 2014

KENAIKAN KADAR TUNTUTAN RAWATAN PERGIGIAN SERTA PENYERAHAN URUSAN TUNTUTAN KE PUSAT TANGGUNGJAWAB

Web Ewarga UKM


Tuntutan yang dibuat oleh KESUKMA. dalam mesyuarat MBJ bil.2/2013


Pekeliling Pendaftar Bil. 20/2013 : Kenaikan Kadar Tuntutan Rawatan Pergigian Serta Penyerahan Urusan Tuntutan Ke Pusat Tanggungjawab
Sila klik : Pekeliling Pendaftar Bil. 20/2013 – Kenaikan Kadar Tuntutan Rawatan Pergigian Serta Penyerahan Urusan Tuntutan Ke Pusat Tanggungjawab.

Sebagai panduan kepada kakitangan pentadbiran, sukacita sekiranya dapat merujuk kepada Manual Operasi yang disediakan. Untuk tujuan perekodan dan langkah kawalan di Pejabat, pemohon perlu mengemukakan borang seperti di Lampiran bagi membuat tuntutan.

Lampiran
System.Byte[] Manual Operasi.pdf
System.Byte[] Pekeliling Pendaftar Bil.20/2013.pdf
System.Byte[] Borang Tuntutan Rawatan Pergigian.pdf