Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Khamis, 19 November 2015

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT 2015


Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat 2015.

Kakitangan UKM yang berjawatan tetap adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Borang Kenaikan Pangkat boleh di muat turun di laman web Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) mengikut gred seperti yang diiklankan sahaja.

Berikut adalah jawatan kenaikan pangkat:

1) Pegawai Sains C52
2) Pegawai Sains C48
3) Pegawai Tadbir N44
4) Penolong Jurutera JA38
5) Penolong Jurutera JA36
6) Penolong Pegawai Sains C32
7) Penolong Pegawai Tadbir N32
) Pembantu Makmal C26
9) Pembantu Makmal C22
10) Penyelia Asrama N22
11) Pembantu Perpustakaan S22
12) Pengawal Keselamatan KP14


Tarikh buka Iklan : 18 November 2015
Tarikh tutup Iklan : 01 Disember 2015


Url : http://www.ukm.my/sppj




JAWATAN KENAIKAN PANGKAT
PENGURUSAN & PROFESSIONAL DAN PELAKSANA
BIL JAWATAN TARIKH TUTUP MAKLUMAT
1. PEGAWAI SAINS C48 01/12/2015 Kakitangan UKM Sahaja
2. PEGAWAI SAINS C52 01/12/2015 Kakitangan UKM Sahaja
3. PEGAWAI TADBIR N44 01/12/2015 Kakitangan UKM Sahaja
4. PEMBANTU MAKMAL C22 01/12/2015 Kakitangan UKM Sahaja
5. PEMBANTU MAKMAL C26 01/12/2015 Kakitangan UKM Sahaja
6. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S22 01/12/2015 Kakitangan UKM Sahaja
7. PENGAWAL KESELAMATAN KP14 01/12/2015 Kakitangan UKM Sahaja
8. PENOLONG JURUTERA JA36 01/12/2015 Kakitangan UKM Sahaja
9. PENOLONG JURUTERA JA38 01/12/2015 Kakitangan UKM Sahaja
10. PENOLONG PEGAWAI SAINS C32 01/12/2015 Kakitangan UKM Sahaja
11. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N32 01/12/2015 Kakitangan UKM Sahaja
12. PENYELIA ASRAMA N22 01/12/2015 Kakitangan UKM Sahaja

Khamis, 5 November 2015

SESI PERJUMPAAN JPA BERSAMA CUEPACS

5/11/2015



Satu taklimat Ketua Pengarah JPA dengan CUEPACS telah diadakan  pada 4 November 2015 jam 1130 pagi di Auditorium JPA Aras 4 Blok C JPA Putrajaya. Hampir 150 orang hadir termasuk pegawai jpa dan pegawai tertinggi CUEPACS


Isnin, 2 November 2015

IKLAN JAAWATAN KOSONG PPUKM NOVEMBER 2015

UKM
1/11/2015


Iklan Jawatan Kosong Lantikan PPUKM November 2015


1) PEGAWAI SAINS - GRED C41

2) JURURAWAT - U29 

(a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu http://www.smk.ukm.my/sppj 

(b) Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat Pemohon dikehendaki mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM. Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1 Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. 

(c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 

(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. 

(e) Borang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada: 

Ketua Jabatan Sumber Manusia Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja`afar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur. 

Tarikh Tutup: 16 November 2015 (Isnin)

Isnin, 26 Oktober 2015

FAEDAH PEMINDAHAN GAJI BANTU PENJAWAT AWAM TANGANI KOS SARA HIDUP - CUEPACS

Bernama
23/10/2015


KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan dilaksana tahun depan dapat membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata ini bermakna mereka akan menikmati kenaikan gaji tahunan dua kali pada 2016.
|
"Kami mengucapkan terima kasih kerana perkara itu dipertimbangkan kerajaan. Kami juga kena memahami kedudukan kerajaan," katanya ketika diminta mengulas mengenai insentif kepada penjawat awam dalam Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Jumaat. Menurut Najib, kenaikan itu akan memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam melibatkan peruntukan RM1.1 bilion.

Senada dengan Azih, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Hashim Adnan berpendapat langkah berkenaan menunjukkan negara masih berada pada landasan ekonomi yang kukuh berbanding banyak negara lain. Najib turut mengumumkan pemberian khas RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas RM250 kepada 700,000 pesara kerajaan dengan jumlah keseluruhan hampir RM1 bilion, yang akan dibayar pada Jan 2016.

"Perubahan ekonomi dunia tidak menghalang pemberian ini, kita harus melihatnya secara positif. Negara lain ada yang muflis, namun kita masih mampu membayar gaji bulanan serta kenaikan walaupun nilai mata wang jatuh," katanya. Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Tan Sri Raja Wan Mahmood Pawan Teh pula menarik perhatian bahawa ramai pesara hidup di bawah paras kemiskinan dan agak terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini. -- BERNAMA


CUEPACS PUASHATI DENGAN GAJI ASA MINIMUM RM1,200

Bernama
24/10/2014



JOHOR BAHARU, 24 Okt (Bernama) -- Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata pihaknya berpuas hati dengan penetapan gaji asas minimum RM1,200 seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2016. Penetapan gaji ini amat dinantikan 60,000 penjawat awam terutama mereka yang tinggal di bandar serta baru memulakan pekerjaan termasuk golongan belia, kata beliau. Azih berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Ke-13 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia di sini hari.

Gaji asas minimum itu nanti turut diharapkan dapat membantu penjawat awam berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya yang tinggal di bandar. Azih juga berkata CUEPACS berpuas hati berikutan kerajaan bersetuju menambah baik 252 skim perkhidmatan, menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan dan faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan dilaksanakan tahun depan.

Katanya pelantikan tetap pegawai lantikan 'Contract of Services' yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun adalah perkara yang harus dilakukan dan golongan itu berhak mendapat peluang itu. Beliau juga berkata penetapan gaji minimum baharu itu juga akan mengubah kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam dan kadar pencen yang akan dinikmati golongan berkenaan.

Khamis, 22 Oktober 2015

BERITA KESUKMA- SIJIL BRIDGING PROGRAM PEMBANTU MAKMAL

KESUKMA
22/10/2015




Kepada semua Pembantu Makmal yang telah lulus peperiksaan Bridging Program tetapi masih belum mendapat jawatan C27 (Penolong Pegawai Sains) mohon supaya dapat memberikan salinan sijil tersebut kepada saya dalam kadar segera sebelum 28 Oktober 2015. 

Salinan boleh dihantar melalui : emel : zaiton63@ukm.edu.my faks : 89213879 maklumat lanjut boleh hubungi Pn zaiton 0192398025 @ 89213233.

Kerjasama daripada tuan/puan amatlah diharapkan dan diucapkan terima kasih.




Jumaat, 2 Oktober 2015

TAHNIAH KENIAKAN PANGKAT KE GRED UTUAMA V (VU7) SKIM PEGAWAI TADBIR (N)

KESUKMA

 
Sukacita pihak Universiti merakamkan ucapan setinggi-tinggi Tahniah kepada Encik Abdul Razak Hussin, Timbalan Pengarah, Pejabat Naib Canselor di atas kejayaan beliau dalam Eksesais Kenaikan Pangkat ke Gred Utama C (VU7), Skim Pegawai Tadbir (N) yang berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2015.

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan yang diberikan oleh Universiti di atas pencapaian unggul perkhidmatan beliau selama ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberikan suntikan semangat kepada semua kakitangan Universiti ini untuk meningkatkan potensi diri dan untuk terus menyumbang kepada perkhidmatan yang terbaik di UKM.

Tahniah dan syabas!

Sabtu, 19 September 2015

BERITA KESUKMA - MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN KE-21 KESUKMA

Kepada semua ahli KESUKMA,

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tiga Tahunan ke 21 KESUKMA yang telah ditangguhkan mengikut Perlembagaan dan Peraturaan KESUKMA akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh : 22 September 2015 (Selasa)
Tempat : Dewan Sri Kayangan Kelab Glof Danau UKM
Pendaftaran : 8.00 Pagi 

Semua ahli KESUKMA dijemput hadir. Maklumat dan surat pelepasan seperti dilampiran.


Penganjur / Penganjur Bersama : KESUKMA
Lampiran
System.Byte[] SURAT PELEPASAN.pdf
System.Byte[] ATURCARA.docx
System.Byte[] NOTIS MESYUARAT AGUNG.doc

Selasa, 25 Ogos 2015

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PELANTIKAN TAHUN 2015

Berita Ewarga
25/8/2015




Iklan Kekosongan Jawatan Pelantikan Tahun 2015 Pihak Universiti mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaaan Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan di laman web Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ). 

JAWATAN LANTIKAN BARU
PENGURUSAN & PROFESSIONAL DAN PELAKSANA
BIL JAWATAN TARIKH TUTUP MAKLUMAT
1. JURUPULIH PERUBATAN U29 08/09/2015  
2. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29 08/09/2015  
3. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29 08/09/2015  
4. PEMBANTU AWAM H11 08/09/2015  
5. PEMBANTU KEMAHIRAN H17 08/09/2015  
6. PEMBANTU MAKMAL C17 08/09/2015  
7. PEMBANTU OPERASI N11 08/09/2015  
8. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17 08/09/2015  
9. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17 08/09/2015  
10. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17 08/09/2015  
11. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27 08/09/2015  
12. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 08/09/2015  
13. PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27 08/09/2015  
14. PEREKA B27 08/09/2015  
JAWATAN LANTIKAN BARU
PENGURUSAN & PROFESSIONAL DAN PELAKSANA
BIL JAWATAN TARIKH TUTUP MAKLUMAT
1. JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) U29 01/09/2015  
2. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29 01/09/2015 Kakitangan UKM Sahaja
3. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17 01/09/2015  
4. PENOLONG JURUTERA JA29 01/09/2015 Kakitangan UKM Sahaja
5. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 01/09/2015  
6. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U41 01/09/2015  
7. SETIAUSAHA PEJABAT N27 01/09/2015 Kakitangan UKM Saha
Tarikh buka iklan: 26 Ogos 2015 

Tarikh tutup iklan: 8 September 2015


Url : http://www.ukm.my/sppj    




   

Sabtu, 22 Ogos 2015

IKLAN JAWATAN KOSONG DAN KENAIKAN PANGKAT PPUKM OGOS 2015

Berita Ewarga
19/8/2015


Lantikan :
1) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN - GRED U41
2) JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) - GRED U29
3) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN - GRED U29
4) PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN - GRED U17
Lantikan Dalaman:
1) JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN - GRED U29
2) PENOLONG JURUTERA - GRED JA29
3) SETIAUSAHA PEJABAT - GRED N27


Kenaikan Pangkat :
1) JURURAWAT GRED U36
2) JURURAWAT GRED U32
3) JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) GRED U32
4) PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT GREDN32
5) PENGAWAL KESELAMATAN KP14
(a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu http://www.smk.ukm.my/sppj
(b) Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat Pemohon dikehendaki mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM. Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1 Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
(c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
(e) Borang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada: Ketua Jabatan Sumber Manusia Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja`afar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Tarikh Tutup: 01 September 2015 (Selasa)

Url : smk.ukm.my/sppj
Lampiran
System.Byte[] IKLAN LANTIKA OGOS 2015.pdf
System.Byte[] IKLAN NAIK PANGKAT OGOS 2015.doc

Jumaat, 31 Julai 2015

BERITA KESUKMA : NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN KESUKAM KE-21

Kesukma
31/7/2015



  Kepada semua ahli KESUKMA,

KESUKMA dalam proses penghantaran Notis Pemberitahuan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan KESUKMA Ke-21 diminta semua ahli yang belum menerima notis tersebut supaya menghubung Setiausaha KESUKMA 

i: Pn. Zaiton Othman (0192398025) emel: zaiton63@ukm.edu.my Faks:0389213879. 

Mohon semua ahli KESUKMA mengambil perhatian atas pemakluman ini. 




Penganjur / Penganjur Bersama : KESUKMA

Khamis, 9 Julai 2015

KESUKMA PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK (2015)

Kesukma
9/7/2015
 
Kepada semua ahli KESUKMA dijemput hadir bagi mengambil bubur lambuk jam 1.30 tengah hari pada 9 Julai 2015. Bagi ahli mempunyai kelapangan dijemput juga hadir memasak bubur lambuk pada jam 8.00 pagi.
Penganjur / Penganjur Bersama : KESUKMA

Rabu, 8 Julai 2015

BERITA KESUKMA : KEMASKINI ALAMAT AHLI KESUKMA

Kesukma
8/7/2015


Kepada semua ahli KESUKMA adalah diminta mengemaskini alamat tuan/puan bagi tujuan surat menyurat dan penghantaran notis mesyuarat agung KESUKMA ke-21.
 
Borang telah dihantar pada awal tahun tetapi masih ramai lagi yang belum menghantar kembali.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi: Pn. Zaiton Othman (0192398025) emel: zaiton63@ukm.edu.my Faks:0389213879. Mohon semua ahli KESUKMA mengambil perhatian atas pemakluman ini.

Penganjur / Penganjur Bersama : KESUKMA
Lampiran
System.Byte[] BORANG.doc

Rabu, 24 Jun 2015

BERITA KESUKMA : KEMASKINI ALAMAT AHLI KESUKMA

Kesukma
24/6/2015


 
Kepada semua ahli KESUKMA adalah diminta mengemaskini alamat tuan/puan bagi tujuan surat menyurat dan penghantaran notis mesyuarat agung KESUKMA ke-21. 

Borang telah dihantar pada awal tahun tetapi masih ramai lagi yang belum menghantar kembali.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi: Pn. Zaiton Othman (0192398025) emel: zaiton63@ukm.edu.my Faks:0389213879. 

Mohon semua ahli KESUKMA mengambil perhatian atas pemakluman ini.


Penganjur / Penganjur Bersama : KESUKMA
Lampiran
System.Byte[] BORANG .doc

Ahad, 24 Mei 2015

KESATUAN KAKITANGAN AM UKM KUKUH KERJASAMA DENGAN UMS

Azri Onn Bin Othman



Kota Kinabalu: Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma UKM) mengukuhkan lagi kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui lawatan ke universiti di Negeri di Bawah Bayu itu, baru-baru ini.
Lawatan Kesukma UKM Bangi yang disertai kira-kira 85 ahli itu mengadakan kunjungan terhadap Pemangku Pendaftar UMS, No’man Ahmad yang mewakili Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.
Rombongan Kesukma diketuai oleh Timbalan Presidennya, Hasnan Musa bersama Kumpulan Jururawat daripada pelbagai majikan di Selangor.
Dalam ucapan alu-aluannya, Presiden Kesatuan Kakitangan Am UMS (KEKAUMAS), Amat Jutrah Musnih mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kesukma UKM kerana memilih UMS sebagai tumpuan utama lawatan mereka.
Katanya, hubungan antara UKM dengan UMS memang sudah lama terjalin dalam kalangan pegawai pengurusan mahupun staf pelaksana kerana ramai staf yang bertugas di UMS berasal dari UKM Kampus Cawangan Sabah dahulu.
Beliau turut memaklumkan UMS kini mempunyai dua kampus iaitu di Wilayah Persekutuan Labuan dan Sandakan sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai IPTA yang unggul di rantau ini.
Sementara itu, No’man berharap kesemua peserta lawatan bergembira dengan kehadiran mereka ke UMS kerana prasarana yang terdapat di UMS tidak sama dengan universiti lain di Malaysia, ianya mudah diperolehi untuk mereka yang benar-benar menghayati akan kekayaan sumber alam yang terdapat di negeri yang memiliki gunung yang tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalunya.
Katanya, kakitangan UKM yang julung-julung kali datang ke Sabah khususnya UMS itu bukanlah lawatan kali terakhir kepada mereka kerana agak mudah akan kembali berulang kali ke Sabah.
Sambil mengucapkan selamat datang kepada semua ahli rombongan, No’man berkata hubungan pihak pekerja yang diketuai Amat Jutrah dengan pihak pengurusan di UMS memang akrab sekali.
“ Hubungan antara kakitangan dengan pengurusan UMS sangat baik hasil kebijaksanaan Presiden Kekaumas, Amat Jutrah dan tolak ansur Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dalam menangani masalah yang dihadapi kakitangan sokongan, “ katanya.
No’man yakin lawatan dari UKM itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam mengadakan jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang sama ada yang berkaitan pengurusan, kakitangan mahupun pelajar.
Sementara itu, dalam ucapan balasnya, Hasnan Musa amat kagum dengan kerjasama dan komitmen pihak Kesatuan UMS yang dapat mengatur kemudahan perjalanan para peserta yang datang ke Sabah.
“ Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada pihak pengurusan UMS kerana telah memberikan kerjasama dan layanan yang terbaik khususnya kepada Naib Canselor dan Jabatan Pendaftar UMS, “ katanya.
Presiden Kesukma UKM Bangi, Abd. Rahman Nordin melahirkan rasa sukacita dan terima kasih kepada pihak kesatuan dan pihak pengurusan UMS di atas jasa baik yang telah diberikan kepada kesatuan itu.
Beliau yang datang kemudian juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kekaumas yang diterajui Amat Jutrah kerana dapat mengaturkan program berkenaan.
Tamat.

Jumaat, 22 Mei 2015

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT TAHUN 2015

Berita Ewarga
22/5/2015




Kakitangan UKM yang berjawatan tetap adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Borang Kenaikan Pangkat boleh di muat turun di laman web Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) mengikut gred seperti yang diiklankan sahaja. Berikut adalah jawatan kenaikan pangkat:

1) Pegawai Kewangan W542) Pegawai Kewangan W523) Pegawai Teknologi Maklumat F484) Pegawai Penyelidik Sosial N485) Pegawai Pemulihan Perubatan U486) Penolong Pegawai Sains C387) Setiausaha Pejabat N368) Juruteknologi Makmal Perubatan U369) Juruteknologi Pergigian U3610) Setiausaha Pejabat N3211) Juruteknologi Makmal Perubatan U3212) Penjaga Jentera Elektrik J2613) Penyelia Asrama N2
 
Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Tahun 2015

Kakitangan UKM yang berjawatan tetap adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Borang Kenaikan Pangkat boleh di muat turun di laman web Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) mengikut gred seperti yang diiklankan sahaja. Berikut adalah jawatan kenaikan pangkat:

1) Pegawai Kewangan W542) Pegawai Kewangan W523) Pegawai Teknologi Maklumat F484) Pegawai Penyelidik Sosial N485) Pegawai Pemulihan Perubatan U486) Penolong Pegawai Sains C387) Setiausaha Pejabat N368) Juruteknologi Makmal Perubatan U369) Juruteknologi Pergigian U3610) Setiausaha Pejabat N3211) Juruteknologi Makmal Perubatan U3212) Penjaga Jentera Elektrik J2613) Penyelia Asrama N26
Tarikh buka iklan : 22 Mei 2015
Tarikh tutup iklan : 4 Jun 2015


Url : http://www.ukm.my/sppj
Lampiran
System.Byte[] Iklan kekosongan jawatan fuu.pdf
System.Byte[] Borang permohonan.doc
 

Sabtu, 4 April 2015

KESUKMA - PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM DAN PENJELASAN ISU SEMASA ANJURAN CUEPACS

Kesukma
4/4/2015


Kepada semua Ahli KESUKMA yang ingin turut serta dalam Perhimpunan anjuran CUEPACS tersebut boleh menghubungi AJK seperti berikut: 

En. Sinin - 0173442359 (Bangi) 
Cik Siti Noor - 0193255667 (PPUKM) 
En. Razali - 0132284646 (KKL) 

Atur cara dan surat jemputan disertakan.

Tarikh Acara: Mula: 15/04/2015 Tamat:
Masa Acara: Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat: CIDB Convention Centre Cheras
Penganjur / Penganjur Bersama: CUEPACS
Lampiran
System.Byte[] Aturcara Majlis.pdf
System.Byte[] Surat jemputan.docx

Isnin, 2 Februari 2015

PROGRAM REKREAKSI KESUKMA BERSAMA KOMUNITI PULAI BANDING, LEMBAH BELUM

Kesukma
2/2/2015




Dimaklumkan bahawa KESUKMA akan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat bersama komuniti Pulau Banding, Lembah Belum, Gerik Perak seperti pada maklumat di bawah.

Peserta: Terbuka kepada semua warga UKM

Bayaran:
Ahli KESUKMA RM:160.00
Warga UKM RM200.00

Bayaran adalah meliputi tambang Rumah Bot dan makan/minum.

Atur cara Program seperti lampiran Kepada yang berminat boleh menghubungi: Pn. Zaiton Othman 0192398025 (Bangi) En, Ismail Ibrahim 01119693982 (Bangi) En.Hasnan Musa 0132552541 (PPUKM) En Razali Sulaiman Shah 0132284646 (KKL).

Tempat adalah terhad kepada 40 orang sahaja.

Isnin, 26 Januari 2015

IKLAN JAWATAN KOSONG DI PPUKM JANUARI 2015

Berita UKM
26/1/2015


Lantikan Baru

1) Pegawai Sains C41(Bidang Fizik)
2) Pegawai Psikologi S41
3) Juru X-Ray U41/42 (Bidang Radioterapi)
4) Pegawai Dietetik U41
5) Pegawai Perubatan UD43/UD47/UD51/UD53
6) Pegawai Pemulihan Perubatan U41(Pertuturan)
7) Jurupulih Perubatan U29 (Cara Kerja)
8) Juruteknologi Makmal Perubatan U29
9) Jururawat U29
10) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27
11) Penerbit Rancangan B27
12) Pembantu Akauntan W17
13) Pembantu Pembangunan Masyarakat S17
14) Juruteknik Perubatan U19
15) Pembantu Keselamatan KP17


Naik Pangkat
1) Jururawat U42
2) Juruteknologi Makmal Perubatan U38
3) Penolong Pegawai Perubatan U36
4) Penolong Pegawai Farmasi U36
5) Juruteknologi MakmalPerubatan U36
6) Juruteknologi Makmal Perubatan U32
7) Penolong Pegawai Tadbir N32
8) Pembantu Tadbir (P/O) N26
9) Pembantu Pembedahan Pergigian U22 


Cara Memohon
(a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu http://www.smk.ukm.my/sppj
(b) Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat Pemohon dikehendaki mengisi mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM. Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1 Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
(c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
(e) Borang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Jabatan Sumber Manusia Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja`afar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Iklan : 26 JANUARI 2015 (ISNIN)

Url : http://www.smk.ukm.my/sppj
Lampiran
System.Byte[] Iklan Kenaikan Pangkat PPUKM Januari 2015.pdf