Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Khamis, 11 Mac 2010

MESYURAT AHLI MAJLIS JAWATANKUASA KESUKMA BIL. SESI 2009/2011

Webmaster Kesukma
11/3/2010


Mesyuarat Ahli Majlis Jawatakuasa Kesukma akan diadakan :


Tarikh : 18 Mac 2010
Hari : Khamis
Jam : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyurat KESUKMA (Wisma Kayu)

Khamis, 4 Mac 2010

Berita Harian
5/3/2010


SAYA tertarik dengan laporan akhbar ini pada 2 Februari lalu yang memetik kenyataan Presiden Cuepacs, Omar Osman meminta kerajaan menyemak pencen penjawat awam serendah RM300 dan menyemak gaji yang mencapai gred maksimum. Apa yang ingin saya perkatakan ialah mengenai permohonan bersara pilihan. Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Rujukan: JPA/PEN (s)228/25/5-11(22) bertarikh 25 Januari lalu, menyatakan penjawat awam yang memohon bersara pilihan selepas mencapai perkhidmatan lebih 30 tahun sama ada genap umur 54, 55, 56 ke atas hanya dibayar 20 peratus daripada ganjaran. Selebihnya dibayar apabila mencapai umur mengikut opsyen 58 tahun dan dengan menerima syarat pampasan itu pula akan ditolak kepada pinjaman perumahan. Syarat 20 peratus boleh juga diterima tapi janganlah ditolak pinjaman perumahan.
Saya berpendapat perkara ini tidak masuk akal sedangkan pinjaman perumahan diluluskan kerajaan mengikut tempoh dipersetujui dan diinsuranskan. Diharap kerajaan terutama JPA tidak mencadangkan arahan yang memberi tekanan kepada penjawat awam yang sedang merancang masa depan. Mungkin ramai penjawat awam sependapat dengan saya. Jika Omar membaca Berita Harian, pandang-pandanglah ruangan surat pembaca kerana pampasan yang diterima itu untuk kita memulakan penghidupan baru sebagai rakyat biasa seperti menunaikan haji, memulakan perniagaan bagi yang berminat, perusahaan kampung seperti memelihara, bertani dan membuat pelaburan dengan menyimpan dalam Amanah Saham Bumiputera untuk hari tua. Diharap Presiden Cuepacs dapat menyemak arahan JPA seperti di atas supaya bakal pesara menerima sekali gus pampasan dan tidak perlu pampasan itu ditolak pinjaman perumahan dan jangan slogan Perdana Menteri, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' menjadi laungan semata-mata.
Biar penjawat awam yang mahu bersara pada umur 54, 55, 56 dapat mengecapi kesenangan dan yang mahu berkhidmat hingga 58 tahun, teruskan. Jangan arahan lama JPA/PEN/228/25/1/JID.4 BIL 6 Tahun 2008 itu dipinda. Biar ia diguna pakai bagi mereka yang mahu bersara pilihan. Biar mereka rasa kesenangan ketika bersara dan menjalani kehidupan tenteram, bak kata pepatah tidaklah kita mati berputih mata kerana tidak dapat melihat hasil sumbangan tenaga kepada negara.
BAKAL PESARA HAMPA,
EBL, Muar.

Selasa, 2 Mac 2010

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN BIL. 1/2010

Kesukma
3/3/2010
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan akan diadakan pada 4 Mac 2010 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Canselori Aras 6. KESUKMA di wakili oleh Tuan Haji Mat Isa Jamal (Presiden) dan Hj. Lokman Haji Mohamed (Setiausaha) beberapa usul telah dihantar kepejabat pendaftar dan akan dibentang didalam mesyuarat tersebut.
Abdul Rahman Mohd Nordin

KESATUAN SEKERJA: PEKERJA DIPECAT BOLEH PEGANG JAWATAN

Bernama
02/03/2010 7:07pm

KUALA LUMPUR 2 Mac – Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini memutuskan pekerja yang telah dipecat boleh memegang jawatan pegawai dalam kesatuan sekerja.
Dalam kes yang dikemukakan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) bagi mencabar surat daripada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja (DGTU) mengenai kedudukan seorang daripada setiausaha agungnya, J. Solomon, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman membenarkan permohonan NUBE bagi diisytiharkan anggotanya yang telah dipecat, dibuang atau diberhentikan kerja kekal dianggap sebagai anggota kesatuan.
Alizatul juga membenarkan rayuan kedua kesatuan itu dan 10 anggotanya bagi diisytiharkan Akta Kesatuan Sekerja 1959, dibaca bersama-sama dengan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, tidak menghalang anggotanya yang telah dipecat, dibuang atau diberhentikan kerja daripada memegang jawatan sebagai anggota kesatuan.
Alizatul, yang memerintahkan kos ditanggung para plaintif, berkata, mahkamah tidak akan membuat keputusan terhadap rayuan ketiga kerana para plaintif telah menarik balik permohonan itu.
Dalam rayuan ketiga, kesatuan itu memohon diisytiharkan bahawa Solomon, yang dilantik setiausaha agung pada 7 Ogos, 2005, dan dilantik semua ke jawatan yang sama pada 26 Julai, 2008, telah dilantik secara sah dan mengikut undang-undang.
Berikutan keputusan hari ini, Solomon akan kekal sebagai Setiausaha Agung NUBE hingga 2011.
NUBE memfailkan saman pemula pada 20 Ogos, 2008 selepas menerima surat daripada DGTU. – Bernama

PERJUMPAAN AHLI MAJLIS JAWATAKUASA KESUKMA DENGAN PENDAFTAR

KESUKMA
2/3/2010

Perjumpaan AMJK KESUKMA dengan Pendaftar telah diadakan di Bilik Majlis Aras 5 Bangunan Caselori pada 2/3/2010. Seramai 7 orang AMJK KESUKMA yang hadir diketuai oleh Presiden Tuan Haji Mat Isa Jamal, Naib Presiden Encik Abdul Rahman Haji Mohd Nordin, Setiausaha Tuan Haji Lokman Haji Mohamed, Penolong Setiausaha Hajah Zaitun Othman, Bendahari Haji Nadzri Daud dan AJK En. Ramli Mahmood dan Puan Fauziah. Isu dibincang mengenai petikaian pekerja, cadangan usul-usul yang akan dibawa dalam MBJ pada 4/3/2010. Bagi pihak pendaftar yang hadir adalah Pendaftar En. Ab Aziz Othman, En. Ashsan, Pn. Noraini dan Cik Nurul Elaladin.