Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Selasa, 23 Ogos 2011

PENERIMAAN DAN PENUTUPAN BORANG PENCALONAN AHLI MAJLIS JAWATANKUASA KERJA KESUKMA KE-19 SESI 2011-2013

Media Kesukma
24/8/2011



Penerimaan semua kertas pencalonan bagi Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Ke-19 telah ditutup pada jam 10.00pagi bertarikh 23.8.2011. Jawatankuasa Mesyuarat bersetuju menerima semua kertas pencalonan yang mengikut peraturan-peraturan perlembagaan. Berikut disenaraikan pencalonan tersebut:


Presiden

1. Sdr. Abdul Rahman Hj. Mohd Nordin (11 Pencalonan)
2. Hj. Lokman Hj. Mohamed (3 Pencalonan)
3. Hj. Ramli Mahmood (1 Pencalonan)

Naib Presiden

1. Sdra. Raub Hj. Salleh ( 3 Pencalonan )
2. Hj. Lokman Hj. Mohamed (2 Pencalonan )
3 Hjh. Zaiton Othman ( 2 Pencalonan )
4. Hj. Ismail Ibrahim (1 Pencalonan)

Setiausaha

1. Hjh. Zaiton Othman (7 Pencalonan)
2. Hj. Lokman Hj. Mohamed (3 Pencalonan)

Penolong Setiausaha

1. Sdra. Raub Hj. Saleh (3 Pencalonan)
2. Hjh. Fauziah Ramli (3 Pencalonan)
3. Sdra Jefri Mohd Ashaari (1 Pencalonan)


Bendahari

1. Hj. Nadzri Daud ( 6 Pencalonan )


Ahli Jawatankuasa

1. Sdra. Raub Saleh (JPP) (5 Pencalonan)
2. Hjh. Fauziah Ramli (Fak Kej.) ( 2 Pencalonan)
3. Sdra Mohd Sinin Mohd Sani (JPP) (1 Pencalonan)
4. Hjh. Samiah Kadri (FST) (1 Pencalonan)
5. Sdra Kamaruddin Mat Rawi (KKL) (1 Pencalonan)
6. Sdra Razali Sulaiman Shah (KKL) (1 Pencalonan)
7. Sdra Harun Mohd Yusof (FST) (1 Pencalonan)
8. Hj. Ramli mahmood (PPU) (1 Pencalonan)
9. Hj. Ismail Ibrahim (Penerbit) (1 Pencalonan)
10. Sdra Hasnan Musa (PPUKM) (1 Pencalonan )
11. Sdri Rosmah Md Noor (FPendidikan) (1 Pencalonan)
12 Sdra Kamarul Bahrin (Penerbit) (1 Pencalonan )
13 Sdri Norhabshah Abdul Jalil (FST) (1 Pencalonan )
14 Sdri Zahariah Hanapi (PPA) (1 Pencalonan )
15 Hj Wan Abd Rashid (JPP) (1 Pencalonan)
16 Sdra Jefri Mohd Azahri (FSSKK) (1 Pencalonan)
17 Sdra Jamaluddin Ismail (Cesmed) (1 Pencalonan )
18 Sdri Latifah Sahid (PPUKM) (1 Pencalonan)

Isnin, 8 Ogos 2011

KERAJAAN UMUM BONUS SETENGAH BULAN UNTUK PENJAWAT AWAM, RM500 UNTUK PESARA

Bernama
8/8/2011



KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Khamis, 4 Ogos 2011

CUEPACS TERUS MINTA KERAJAAN TIMBANG BONUS DUA BULAN

Bernama
4/8/2011



KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sebelum ini, Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Beliau juga berkata pemberian bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi kepada keseluruhan penjawat awam.

Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan Cuepacs berharap agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan.

Sementara itu, Cuepacs berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai Skim Pencen Bercarum (SPB) yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata walaupun Cuepacs sebulat suara menolak pelaksanaan skim itu, mereka tetap bersedia untuk berbincang dengan harapan kerajaan dapat menawarkan penambahbaikan yang mampu memberi kebaikan kepada keseluruhan penjawat awam.

"Perbincangan ini untuk kerajaan mendengar apa sebenarnya pandangan Cuepacs, kenapa Cuepacs menolak SPB," katanya.

Cuepacs sebagai badan tertinggi yang mewakili sektor awam tetap dan berpencen mendakwa bahawa skim itu tidak menguntungkan terutamanya kepada generasi baru sektor awam.