Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Isnin, 5 Disember 2011

MAHKAMAH PUTUSKAN KESATUAN SEKERJA TIDAK BOLEH DISAMAN

Bernama
25/11/2011



KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini Khamis memutuskan kesatuan sekerja menikmati imuniti mutlak daripada disaman di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Hakim Datuk V T Singham berkata Seksyen 22(1) akta itu memberikan perlindungan kepada kesatuan sekerja daripada mana-mana saman yang difailkan di mahkamah, malahan jika pun, wakil kesatuan telah memfitnah pihak satu lagi(majikan).

"Mungkin sudah tiba masanya bagi penggubal undang-undang untuk menimbangkan secara serius sama ada perbuatan fitnah tort, jika dilakukan oleh atau mewakili pihak kesatuan sekerja dan malahan jika ia dilakukan ketika sedang dipertimbangkan atau pelanjutan pertikaian sekerja, patut diberikan perlindungan imuniti seperti di bawah Seksyen 21 dan Seksyen 22 akta itu," katanya.

Hakim Singham juga berkata adalah sangat jelas di bawah seksyen itu bahawa mahkamah tidak sepatutnya melayani sebarang saman terhadap kesatuan sekerja.

Oleh yang demikian, beliau menolak saman fitnah yang dikemukakan oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan setiausaha agungnya J Sandagran Solomon.

Hakim Singham membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan NUBE untuk membatalkan saman itu atas alasan mereka mempunyai imuniti mutlak sebagai kesatuan sekerja mengikut Seksyen 22(1) akta itu.

Beliau juga memerintahkan Maybank membayar RM15,000 sebagai kos kepada para defendan.

Maybank memfailkan saman itu pada 22 April tahun ini, mendakwa Solomon, bertindak mewakili dirinya sendiri dan NUBE, pada Februari atau Mac tahun ini telah menerbitkan artikel mengandungi kenyataan berbaur fitnah mengenai syarikat itu dalam laman web NUBE.

Ia mendakwa kenyataan itu bermaksud plaintif telah menjalankan hal ehwalnya secara tidak amanah dengan mahu menggunakan dananya untuk manfaat pengurusan kanannya sahaja dengan meminggirkan pekerjanya.

Para defendan menyatakan kenyataan itu berkaitan dengan pertikaian yang sedang berlaku di antara plaintif dan NUBE berhubung dakwaan pemberian bonus yang kurang kepada staf peringkat bawahan syarikat itu.

Mereka berkata pertikaian itu telah berlarutan sejak 2009 dan berterusan sehingga sekarang.

Isnin, 7 November 2011

KESATUAN SEKRJA BANTAH DAP

Utusan Malaysia
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA, MD. AZRIN ROSLY,
FAZRINA AYU RADUIAN dan MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
8/11/2011




KUALA LUMPUR 7 Nov. – Beberapa kesatuan sekerja hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam.

Sambil menyifatkan, ia satu tindakan berunsur politik dan mempunyai agenda tersirat, kesatuan-kesatuan juga menyifatkan cadangan itu sebagai tidak rasional serta tidak berasas.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.

“Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak.

“Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri tidak bersetuju dengan hasrat tersebut yang dilihat boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas.

“Contohnya, dalam bidang penguatkuasaan seperti kami, sekiranya tenaga kerja dikurangkan, sudah tentu akan menyukarkan untuk mengawal jumlah kenderaan yang berjuta-juta.

“Tidak mungkin, suatu masa nanti kita mahu menswastakan perkhidmatan awam yang menyebabkan lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pengurangan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan yang mana meningkatkan lagi pengangguran dan kebergantungan khidmat luar sehingga menyebabkan kos lebih tinggi.

“Hasrat DAP dilihat mempunyai agenda tersirat umpama ada udang di sebalik batu. Dalam perkhidmatan kami, bilangan pelajar semakin lama makin meningkat dan memerlukan penambahan kakitangan mengikut keadaan,” jelasnya.

Bagi Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur, Ja‘apar Mansor berkata, tidak semestinya pengurangan bilangan penjawat awam akan dapat mengurangkan bajet kerajaan malah boleh menyebabkan kesan yang sebaliknya.

Pengerusi Persatuan Pekerja Wanita, Silam Hassan berkata, pengurangan berkenaan adalah agenda DAP untuk mengurangkan hasil ekonomi orang Melayu dan ini membuktikan mereka kurang senang dengan pencapaian bumiputera kini.

“Jika penjawat awam rata-rata bangsa Melayu dikurangkan, mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan di syarikat milik bukan Melayu,” katanya.

Menurut Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, hasrat tersebut perlu dibantah keras kerana kewujudan pelbagai sektor awam di negara ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini agar mempunyai punca pendapatan.

“Adakah dengan berniat mengurangkan jumlah penjawat awam maka ruang kerja akan disediakan oleh mereka yang terlibat. Ini sesuatu yang perlu dipandang serius dan ditentang kerana akan meningkatkan jumlah pengangguran,” katanya.

Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KSKM), Hamran Ahmad menyatakan kenyataan yang dibuat Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua itu lebih berat kepada unsur-unsur politik daripada menjaga kepentingan penjawat awam yang lebih 80 peratus terdiri daripada orang Melayu.

“Mengurangkan jumlah kakitangan bermakna ada penjawat yang akan kehilangan kerja. Ini akan membantutkan perkembangan ekonomi negara dan akan memberi impak yang tidak sihat kepada negara,” katanya.

Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia turut membantah cadangan DAP dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.

Presidennya, Alias Aziz berkata, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.

Rabu, 19 Oktober 2011

CUEPACS MOHON KERAJAAN TIMBANG LANJUT PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM BERSTATUS KONTRAK

Bernama
19/10/2011


KUANTAN, 18 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbang untuk melanjutkan perkhidmatan penjawat awam berstatus kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan pada 31 Dis ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada penjawat awam di jabatan, agensi dan badan berkanun berstatus kontrak yang telah diberikan surat tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka.

"Cuepacs akan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon jasa baik beliau untuk melanjutkan kontrak pekerja berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat isu semasa di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Selasa.

Beliau berkata tempoh berkenaan bagi membolehkan penjawat awam tersebut yang kebanyakannya daripada kumpulan pengurusan dan profesional memohon perjawatan tetap atau mencari pekerjaan lain bagi meneruskan kehidupan.

Katanya, kerajaan seboleh-bolehnya diminta agar menyerap penjawat awam berstatus kontrak terbabit untuk memenuhi jawatan kosong yang wujud dalam perkhidmatan awam ketika ini.

"Ada antara mereka yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan kalau ditamatkan begitu sahaja, sudah pasti akan menyusahkan kehidupan mereka yang mempunyai pelbagai bebanan dan tanggungan," katanya.

Omar berkata, terdapat kira-kira 45,000 pekerja berstatus kontrak pada masa ini, namun beliau difahamkan bukan kesemua mereka tidak dilanjutkan kontrak pada hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau mengingatkan para graduan agar tidak berasa bimbang berhubung had umur persaraan yang dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun kerana ia tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan dalam sektor awam.

Katanya, bukan kesemua penjawat awam akan berkhidmat sehingga usia 60 tahun dan hanya mereka yang mempunyai kesihatan serta masih mampu menyumbang idea dan inovasi bakal diberikan keutamaan.

-- BERNAMA

Isnin, 17 Oktober 2011

PENYERAHAN TUGAS DAN MESYUARAT AMJK BIL.1 SESI 2011-2013

Kesukma
17/10/2011


KESUKMA telah mengadakan menyuarat AMJK bil.1 sesi 2011-2013 pada 14 Oktober 2011 jam 9.00pagi. Sebelum memulakan mesyuarat , upacara penyerahan tugas Presiden telah dilakukan . Tuan Haji Mat Isa Jamal mantan Presiden menyerahkan dokumen kepada Sdra Abdul Rahman Mohd Nordin Presiden yang akan menerajui KESUKMA sesi 2011-2013. Semua AMJK yang hadir mesyuarat menyaksikan penyerahan dokumen tersebut.

Sabtu, 1 Oktober 2011

KEPIMPINAN BARU AHLI MAJLIS JAWATANKUASA KERJA KESUKMA KE-19

Media Kesukma
10/1/2011

Barisan Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja KESUKMA Ke-19 :


Presiden


1. Sdr. Abdul Rahman Hj. Mohd Nordin

Naib Presiden

1. Sdra. Raub Hj. Salleh

Setiausaha

1. Hjh. Zaiton Othman

Penolong Setiausaha

1. Hjh. Fauziah Ramli

Bendahari

1. Hj. Nadzri Daud


Ahli Jawatankuasa

1. Sdra Mohd Sinin Mohd Sani (JPP)
2. Hjh. Samiah Kadri (FST)
3. Sdra Kamaruddin Mat Rawi (KKL)
4. Sdra Razali Sulaiman Shah (KKL)
5. Sdra Harun Mohd Yusof (FST)
6. Hj. Ramli mahmood (PPU)
7. Hj. Ismail Ibrahim (Penerbit)
8. Sdra Hasnan Musa (PPUKM)
9. Sdri Rosmah Md Noor (FPendidikan)
10 Sdri Latifah Sahid (PPUKM)

Jumaat, 30 September 2011

KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI MAJLIS JAWATANKUASA KERJA KESUKMA KE-19

Media Kesukma
30/1/2011



Keputusan Pemilihan Calon Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Ke-19 yang telah berlangsung di Danau Golf Universiti Kebangsaan Malaysia bertarikh 29.9.2011. Keputusan di umumkan pada jam 3.20petang oleh En Saidon sebagai Ketua Pengira Undi.


Presiden


1. Sdr. Abdul Rahman Hj. Mohd Nordin (488) (Menang)
2. Hj. Ramli Mahmood (158)

Naib Presiden

1. Sdra. Raub Hj. Salleh (364 ) (Menang)
2. Hj. Lokman Hj. Mohamed (250 )
3. Hj. Ismail Ibrahim (43)

Setiausaha

1. Hjh. Zaiton Othman (410) (Menang)
2. Hj. Lokman Hj. Mohamed (250)

Penolong Setiausaha

1. Hjh. Fauziah Ramli (382 ) (Menang)
2. Sdra. Raub Hj. Saleh (201)
3. Sdra Jefri Mohd Ashaari (43)


Bendahari

1. Hj. Nadzri Daud ( Menang Tanpa Bertanding )


Ahli Jawatankuasa

1. Sdra. Raub Saleh (JPP) (440) Menang
2. Hjh. Fauziah Ramli (Fak Kej.) ( 457) Menang
3. Sdra Mohd Sinin Mohd Sani (JPP) (520) Menang
4. Hjh. Samiah Kadri (FST) (459) (Menang)
5. Sdra Kamaruddin Mat Rawi (KKL) (509) Menang
6. Sdra Razali Sulaiman Shah (KKL) (388) Menang
7. Sdra Harun Mohd Yusof (FST) (413) Menang
8. Hj. Ramli mahmood (PPU) (423) Menang
9. Hj. Ismail Ibrahim (Penerbit) (471) Menang
10. Sdra Hasnan Musa (PPUKM) (322 ) Menang
11. Sdri Rosmah Md Noor (FPendidikan) (288) Menang
12 Sdra Kamarul Bahrin (Penerbit) (261 )
13 Sdri Norhabshah Abdul Jalil (FST) (241 )
14 Sdra Zakaria Hanafi (PPA) (267)
15 Hj Wan Abd Rashid (JPP) (265)
16 Sdra Jefri Mohd Azahri (FSSK) (193)
17 Sdra Jamaluddin Ismail (Cesmed) (190 )
18 Sdri Latifah Sahid (PPUKM) (307) Menang

Selasa, 23 Ogos 2011

PENERIMAAN DAN PENUTUPAN BORANG PENCALONAN AHLI MAJLIS JAWATANKUASA KERJA KESUKMA KE-19 SESI 2011-2013

Media Kesukma
24/8/2011



Penerimaan semua kertas pencalonan bagi Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Ke-19 telah ditutup pada jam 10.00pagi bertarikh 23.8.2011. Jawatankuasa Mesyuarat bersetuju menerima semua kertas pencalonan yang mengikut peraturan-peraturan perlembagaan. Berikut disenaraikan pencalonan tersebut:


Presiden

1. Sdr. Abdul Rahman Hj. Mohd Nordin (11 Pencalonan)
2. Hj. Lokman Hj. Mohamed (3 Pencalonan)
3. Hj. Ramli Mahmood (1 Pencalonan)

Naib Presiden

1. Sdra. Raub Hj. Salleh ( 3 Pencalonan )
2. Hj. Lokman Hj. Mohamed (2 Pencalonan )
3 Hjh. Zaiton Othman ( 2 Pencalonan )
4. Hj. Ismail Ibrahim (1 Pencalonan)

Setiausaha

1. Hjh. Zaiton Othman (7 Pencalonan)
2. Hj. Lokman Hj. Mohamed (3 Pencalonan)

Penolong Setiausaha

1. Sdra. Raub Hj. Saleh (3 Pencalonan)
2. Hjh. Fauziah Ramli (3 Pencalonan)
3. Sdra Jefri Mohd Ashaari (1 Pencalonan)


Bendahari

1. Hj. Nadzri Daud ( 6 Pencalonan )


Ahli Jawatankuasa

1. Sdra. Raub Saleh (JPP) (5 Pencalonan)
2. Hjh. Fauziah Ramli (Fak Kej.) ( 2 Pencalonan)
3. Sdra Mohd Sinin Mohd Sani (JPP) (1 Pencalonan)
4. Hjh. Samiah Kadri (FST) (1 Pencalonan)
5. Sdra Kamaruddin Mat Rawi (KKL) (1 Pencalonan)
6. Sdra Razali Sulaiman Shah (KKL) (1 Pencalonan)
7. Sdra Harun Mohd Yusof (FST) (1 Pencalonan)
8. Hj. Ramli mahmood (PPU) (1 Pencalonan)
9. Hj. Ismail Ibrahim (Penerbit) (1 Pencalonan)
10. Sdra Hasnan Musa (PPUKM) (1 Pencalonan )
11. Sdri Rosmah Md Noor (FPendidikan) (1 Pencalonan)
12 Sdra Kamarul Bahrin (Penerbit) (1 Pencalonan )
13 Sdri Norhabshah Abdul Jalil (FST) (1 Pencalonan )
14 Sdri Zahariah Hanapi (PPA) (1 Pencalonan )
15 Hj Wan Abd Rashid (JPP) (1 Pencalonan)
16 Sdra Jefri Mohd Azahri (FSSKK) (1 Pencalonan)
17 Sdra Jamaluddin Ismail (Cesmed) (1 Pencalonan )
18 Sdri Latifah Sahid (PPUKM) (1 Pencalonan)

Isnin, 8 Ogos 2011

KERAJAAN UMUM BONUS SETENGAH BULAN UNTUK PENJAWAT AWAM, RM500 UNTUK PESARA

Bernama
8/8/2011



KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Khamis, 4 Ogos 2011

CUEPACS TERUS MINTA KERAJAAN TIMBANG BONUS DUA BULAN

Bernama
4/8/2011



KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sebelum ini, Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Beliau juga berkata pemberian bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi kepada keseluruhan penjawat awam.

Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan Cuepacs berharap agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan.

Sementara itu, Cuepacs berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai Skim Pencen Bercarum (SPB) yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata walaupun Cuepacs sebulat suara menolak pelaksanaan skim itu, mereka tetap bersedia untuk berbincang dengan harapan kerajaan dapat menawarkan penambahbaikan yang mampu memberi kebaikan kepada keseluruhan penjawat awam.

"Perbincangan ini untuk kerajaan mendengar apa sebenarnya pandangan Cuepacs, kenapa Cuepacs menolak SPB," katanya.

Cuepacs sebagai badan tertinggi yang mewakili sektor awam tetap dan berpencen mendakwa bahawa skim itu tidak menguntungkan terutamanya kepada generasi baru sektor awam.

Jumaat, 22 Julai 2011

CUEPACS MAHU KERAJAAN LAKSANA SKIM INSURANS NYAWA UNTUK PENJAWAT AGENSI PENGUATKUASA

Bernama
22/7/2011



KOTA BAHARU, 22 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melaksanakan pemberian skim insurans nyawa untuk penjawat awam yang berkhidmat di agensi penguatkuasaan undang-undang.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata ini bagi memastikan kebajikan mereka terbela sekiranya mereka ditimpa kemalangan atau mengalami kecederaan ketika menjalankan tugas mereka yang sentiasa berdepan dengan pelbagai risiko.

"Sebab itu kita minta agar kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam menimbang untuk memberikan skim insurans nyawa kepada kakitangan di agensi pelaksana penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Pihak Berkuasa Tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar/Bengkel Kepimpinan Generasi Muda anjuran Jawatankuasa Pendidikan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) di sini, Jumaat. Turut hadir Presiden Anulae, Azih Muda.

Omar mengulas insiden seorang penguatkuasa Majlis Daerah Hulu Selangor, G. Sivarajah, 24, yang patah kaki kirinya apabila dirempuh kenderaan milik seorang penjual durian yang tiba-tiba mengamuk apabila barangan jualannya dirampas dalam operasi sita semalam.

Katanya ketika ini penjawat awam hanya mendapat pembelaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) jika mengalami kecacatan kekal ketika bertugas.

Beliau berkata Cuepacs memandang serius masalah berkenaan kerana bukan semua penjawat awam mempunyai gaji yang tinggi dan mampu membeli skim insurans nyawa untuk diri mereka.

"Ini satu pembelaan kepada kakitangan kerajaan seperti ini dan saya harap pihak kerajaan melalui JPA dan ketua jabatan masing-masing dapat bersama-sama Cuepacs untuk merealisasikan hasrat ini," katanya.

Sementara itu, katanya Cuepacs meminta JPA mengkaji semula gred jawatan pengarah agensi kerajaan di setiap negeri yang kini berbeza di mana ada antaranya berada di gred rendah dan tidak setaraf memegang jawatan yang mempunyai beban tugas tinggi itu.

"Mereka sekurang-kurangnya mesti bergred 54 iaitu JUSA C ke atas dan apa yang kita dapati ada pengarah itu bergred 48 dan terpaksa menggalas tugas yang besar," katanya.

Selain itu, Omar berkata Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam kerana siasatan mendapati tiada yang terbabit menyertai perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lepas.

"Ini membuktikan kakitangan kerajaan menyokong kepimpinan kerajaan yang ada dan menolak sebarang perhimpunan haram untuk menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih melalui pilihan raya yang adil," katanya.

Isnin, 20 Jun 2011

5 TUNTUTAN CUEPACS

Berita Harian
Oleh Azmi Md Deros
azmimd@bharian.com.my
2011/06/20



Prasyarat persetujui pelaksanaan PROSPEK

ALOR SETAR: CUEPACS yang baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Julai, mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu. Tuntutan utama adalah supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi, memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat dan melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK, Dua tuntutan lagi adalah penubuhan jawatankuasa utama yang dianggotai |CUEPACS dan JPA bagi memantau pelaksanaan PROSPEK dan isu berkaitan serta memastikan setiap perkara dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini dipatuhi kedua-dua pihak sebelum pekeliling mengenai penilaian dikeluarkan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata CUEPACS mengemukakan tuntutan baru kerana tidak bersetuju dengan beberapa terma dan syarat dalam MoU yang ditandatangani dengan JPA sebelum ini.

“Kita tidak puas hati dengan beberapa perkara dalam PROSPEK dan menuntut supaya lima perkara itu diberi perhatian oleh JPA sebelum kami bersetuju dengan pelaksanaan kaedah baru penilaian prestasi kakitangan awam yang akan dikuatkuasakan bulan depan.

“CUEPACS sudah bertemu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada Khamis lalu dan beliau setuju supaya kita berbincang dengan JPA mengenai lima tuntutan itu sebelum pekeliling PROSPEK diedarkan.
“Jika pekeliling dikeluarkan tanpa perbincangan antara JPA dengan CUEPACS berhubung tuntutan itu, kita mungkin menolak pelaksanaan PROSPEK,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pekerja RISDA Kedah ke-24, di sini semalam.

Pada 19 Mei lalu, CUEPACS telah menyatakan persetujuan mengenai PROSPEK menerusi MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah bersama Omar yang mewakili CUEPACS, bagi menggantikan PTK yang dimansuhkan pada Januari lalu.

Menerusi PROSPEK, kaedah penilaian kakitangan awam tidak lagi berasaskan peperiksaan, sebaliknya ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.

Pelaksanaannya akan membabitkan lapan prinsip penilaian baru, iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi. Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi, memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS berharap kerajaan memberikan dua bulan bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam akhir tahun ini, selain Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300 sebulan di seluruh negara dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada Oktober nanti.

Khamis, 19 Mei 2011

PROSPEK PENGGANTI PTK BERKUATKUASA 1 JULAI

Bernama
19/5/2011


PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru itu meliputi falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

"Walau bagaimanapun, sebarang penambahbaikan pelaksanaan boleh dibuat atau dirunding dari semasa ke semasa.

"Itu jaminan saya," katanya pada majlis Menandatangani Persetujuan Bersama JPA-Cuepacs Mengenai Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan PTK di sini Khamis.

Turut hadir Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Abu Bakar berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs secara bersama bersetuju bahawa falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan memperluaskan skopnya meliputi pembangunan kompetensi dan potensi.

"Pengenalan penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru ini bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata selain dimensi asas kompetensi seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, kedua-dua pihak bersetuju dimensi tambahan diperkenalkan iaitu kreativiti dan inovasi selaras dengan nilai semasa yang diberi penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan negara.

Katanya kaedah penilaian bagi kumpulan pelaksana tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa yang akan menilai kompetensi yang diperlukan pada sesuatu jawatan.

Katanya hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi 'cemerlang dan berpotensi tinggi', 'memenuhi kompetensi dan berpotensi' atau 'memerlukan pembangunan'.

Abu Bakar berkata pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan, berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya.

"Faedah pembangunan diri termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang pegawai serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan lain-lain.

"Manakala faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan untuk kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan di dalam atau di luar negeri," katanya.

Katanya pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred yang berkenaan.

"Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan, Latihan Berteraskan Kompetensi dan seumpamanya," katanya.

Abu Bakar berkata ketua perkhidmatan dan ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan.

Katanya pada keseluruhannya penilaian kompetensi baru ini adalah berbentuk program yang bersepadu bermula dengan pengenalpastian kompetensi pegawai di gred lantikan yang diikuti dengan pelbagai program pembangunan diri termasuk bimbingan, pementoran dan latihan sesuai dengan keperluan pembelajaran pegawai yang berkenaan.

"Setelah berada di gred kenaikan pangkat, pegawai seterusnya akan melalui program pembangunan kompetensi dan potensi yang dirancang secara sistematik sehingga ke akhir kerjaya seseorang pegawai," katanya.

Katanya pada masa ini, pihak JPA sedang meneliti draf akhir pekeliling berkenaan yang dijangka akan dikeluarkan pada akhir bulan ini.

Mengulas mengenai tiga permohonan Cuepacs, Abu Bakar berkata pihaknya tidak dapat menjanjikannya kerana setiap perancangan kewangan perlu dilaksanakan dengan baik.

Terdahulu, Omar dalam ucapannya memohon kepada JPA supaya kenaikan pangkat secara time-based dikekalkan, bukan berdasarkan kepada kompetensi tertentu; dan kedua perlu ada kenaikan pangkat secara istimewa yang tidak tertakluk kepada jawatan kosong.

"Selepas pergi mana-mana kursus atau meningkatkan kompetensi tetapi balik tidak juga dapat kenaikan pangkat. Jadi, kita mahu mana-mana penjawat awam yang pergi bagi meningkatkan kompetensi dan potensi, supaya balik tanpa temuduga terus mendapat kenaikan yang cemerlang dan istimewa," katanya.

Katanya yang ketiga ialah insentif diberikan apabila seseorang pengawai itu mendapat kenaikan pangkat dan sebagainya.

Selasa, 12 April 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN SAMBUTAN HARI PEKERJA PADA 1 MEI 2011 DI IPOH PERAK DARUL RIDZUAN

Media Kesukma
12/4/2011



Kesukma menawarkan kepada semual ahli kesukma untuk menghadir sambutan hari pekerja 2011 di Ipoh Perak Darul Ridzuan. Bayaran adalah percuma. Waktu bertolak dari UKM pada 1/5/2011 jam 12 tengah malam. Kepada ahli Kesukma yang berminat sila klik disini . Tarikh tutup permohonan 20 April 2011.

Sekian terima kasih

Ahad, 10 April 2011

SENARAI PESERTA KONVENSYEN PEMANTAPAN KERJA KE-5 YANG BERJAYA

Media Kesukma
11/4/2011



Konvensyen Pemantapan Kerja Ke-5
Tarikh : 23-25 April 2011
Tempat: Orient Star Hotel.
Tarikh Kemaskini :11/4/2011




SENARAI PESERTA YANG LAYAK KE KONVENSYEN



Bil. Nama Alamat Organisasi
1 Siti Zubaidah Ahmad / JKAS, FKAB
2 Nik Mohd Asraf Nik Muhammad / JKAS, FKAB
3 Izar Shahril Abu Hashim / JKAS, FKAB
4 Noraidi Tawel / JKEES, FKAB
5 Mohamad Jeffri Kamaruddin / JKEES, FKAB
6 Mohd Nazmi Abd. Razak / JKEES, FKAB
7 Ahmad Nazri Bin Mohd. Ali / JKEES, FKAB
8 Nor Jaziha Mat jalil / JKEES, FKAB-KIK
9 Siti Zaida Md Yasir / JKEES, FKAB-KIK
10 Faridah Ahmad / JKEES, FKAB-KIK
11 Rosiah Basir / JKEES, FKAB-KIK
12 Ainun Jariah Mohamed / JKEES, FKAB-KIK
13 Aida Baharuddin / JKEES, FKAB-KIK
14 Mohd Noor Azman Jamaludin / JKEES, FKAB-KIK
15 Sabariah Meran / JKMB, FKAB
16 Norsiah Ithnin / Pej. Dekan, FKAB
17 Nora Abd. Razak / Pej. Dekan, FKAB
18 Abdul Rahman Abdullah / Pej. Dekan, FKAB
19 Rosmizam Senin / Pej. Dekan, FKAB
20 Noraini Hussain / Fakulti Islam, UKM
21 Shahrizam Mohd. Sharif / Fakulti Pendidikan
22 Siti Mariam Alias/ Fakulti Pendidikan
23 Mohd Rafie Lim Mohd. Ros Lim/ Fakulti Pendidikan
24 Mohd Rais Salimi M. Yusuf/ Fakulti Pendidikan
25 Khalizah Ghazali/ Fakulti Pendidikan
26 Muhamad Azmin Jamrus / Fakulti Pendidikan
27 Raziah Ibrahim / Jabatan Bendahari
28 Yaakub bin Md Nor Jabatan Bendahari
29 Kadir bin Rahmat Jabatan Bendahari
30 Noraida binti Abd Latif Jabatan Bendahari
31 Baserah binti Abas Jabatan Bendahari
32 Norhayati binti Hashim Jabatan Bendahari
33 Junainah binti Saad Jabatan Bendahari
34 Saidah binti Mohsin Jabatan Bendahari
35 Sarinah binti Nayan Jabatan Bendahari
36 Zaidah binti Kechik Jabatan Bendahari
37 Salmah Gumbri JPP
38 Abdul Rahim Mokhtar / JPP
39 Mohamad Ali Abdul Manap / JPP
40 Mazlan Mashhod / JPP
41 Ramlee Abd. Karim / JPP
42 Mohd Nazrie Mohd Ali / JPP
43 Omar Amlah Abas / JPP
44 Hasni Atan / JPP
45 Suasanamasra Saubissabriah / Unit Landskap, JPP
46 Hartini Hamzah / Muzium Warisan Akademik
47 Roziawatie Razali / Muzium Warisan Akademik
48 Che Rukiah Che Ahmad / Bhg. Pentadbiran, PTM
49 Foziah Abas Pusat Tek. Maklumat, KKL
50 Sa'diah Hj. Ibrahim / Pusat Teknologi Maklumat
51 Hasmah Hj Noordin Pusat Teknologi Maklumat, KKL
52 Mahar Effendi / PTM (Pengacara Majlis)
53 Saodah Md Akif / FEP
54 Dorisha Jabar / P. Peng.Perakaunan, FEP
55 Mastura Tumar / Pejabat Dekan, FEP
56 Hasni Arshad / Pejabat Dekan, FEP
57 Ahmad Hj Hassan Basri / Pejabat Dekan, FEP
58 Salamiah Abdul Rahman / Pejabat Dekan, FEP
59 Khatijah Nordin / Pejabat Dekan, FEP
60 Noorzailah Ahmad / Pusat Pengajian Ekonomi, FEP
61 Mohd Fauzi Sayuti / P. Peng. Sains Sekitaran & Sumber Alam, FST
62 Junaidah Mohd Saad / P. Peng. Biosains & Bioteknologi, FST
63 Siti Zaimah Abd. Manaf / P. Peng. Biosains & Bioteknologi, FST
64 Azlan Ismail / P. Peng. Biosains & Bioteknologi, FST
65 Mohammad Zabidi Yaacob / P. Peng. Sains Sekitaran & Sumber Alam, FST
66 Zainal Mohamad / P. Peng. Sains Sekitaran & Sumber Alam, FST
67 Mohd Husdy Salleh / P. Peng. Sains Sekitaran & Sumber Alam, FST
68 Mahani Samad / P. Peng. Sains Sekitaran & Sumber Alam, FST
69 Sawiyah Tori / P. Peng.Sains Kimia & Tek. Makanan, FST
70 Nor Mala Mohd Ali Hanapiah / P. Peng.Sains Kimia & Tek. Makanan, FST
71 Nor Rohmi@Norrmhamee Mokhtar / P. Peng.Sains Kimia & Tek. Makanan, FST
72 Azman Hashim / Pej. Am P. Peng. Sains Sekitaran & Sumber Alam, FST
73 Mohd Nawawi Mohd Tahir / Penerbit, UKM
74 Ikhwan Hashim / Penerbit, UKM
75 Azrul Khaidir Zamri / Penerbit, UKM
76 Kamarul Baharin Supaat / Penerbitan, UKM
77 Rohani Hamid FSSK
78 Salina Jamrus / Pej. Dekan, FSSK
79 Nur Izzah Othman / Pej. Dekan, FSSK
80 Salwa Zahira Mukhtar Pej. Dekan, FSSK
81 Md. Roslan Ab. Manap / Pej. Dekan, FSSK
82 Mohd. Razali Md. Razi / Pejabat Dekan, FSSK
83 Ishak Selamat / P. Peng. Sej,Politik & Strategi, FSSK
84 Ramli Bahudin / P. Peng. Sosial, Pemb & Persk, FSSK
85 Mohd Azray Haris / P. Peng. Sosial, Pemb & Persk, FSSK
86 Faieza Jaafar / Pusat Perkembangan Pelajar
87 Haji Mohd Fuan Hj. Yusop / Pusat Perkembangan Pelajar
88 Cik Rohaiza Abd Manap / Pusat Perkembangan Pelajar
89 Fazlul Linda Jalaluddin / Pusat Sukan, UKM
90 Mohd Basri Jamaluddin / Pusat Sukan, UKM
91 Ahmad Sawal Dakair / Pusat Sukan, UKM
92 Eliati Ahmad / Pusat Sukan, UKM
93 Mohd Azhar Zainal / Pusat Sukan, UKM
94 Marani Siran / Pusat Sukan, UKM
95 Noor Suhaiza Sadri Pusat Sukan, UKM
96 Noor Rozita Ahmad / Fak. Undang-Undang, UKM
97 Mariani Masri / Fak. Undang-Undang, UKM
98 Sakinah Din / Institiut Sel Fuel,UKM
99 Zainab Samsudin / Jabatan Pengurusan Pelajar (JPPEL)
100 Ruslinah Taslim / Unit Kebajikan Pelajar, JPPEL
101 Yabani Damin / Unit Kaunseling, JPPEL
102 Salmah A. Manan / Pej. Perhubungan Alumni
103 Hazlinah Ramlee / Bhg. Perkhidmatan Maklumat, PTSL
104 Maznah Yunus / Perpustakaan (TSL),UKM
105 Noor Marina Yusof Perpustakaan (TSL),UKM
106 Wan A'sah Wan Abd. Aziz Perpustakaan (TSL),UKM
107 Asmida Omar PTSL
108 Mohd. Fazli M. Nayiah PTSL
109 Sa'diah Sanad PTSL
110 Sanusi Mohd Yunus PTSL
111 Muhd Farid Zainal Azman PTSL
112 Muhamad Helmie Zainudin PTSL
113 Sahmin Mangun / PPP& Instrmentasi
114 Hafizah Zulkifli (Bas) Univ. Pertahanan Nasional M'sia
115 Yuhaniz Yahaya (Bas) Univ. Pertahanan Nasional M'sia
116 Johari Kassim Univ. Pertahanan Nasional M'sia
117 Azman Kamani (Bas) / Fak. Kej, Elektronik & Kej. Komputer, UTEM, Hang Tuah Jaya,76100 Durian Tunggal, Melaka
118 Faradilla Mohd Ali Fak.Sains dan Teknologi, UMT
119 Zuhaini Ali Fak.Sains dan Teknologi, UMT
120 Dalina Awang UMT
121 Abd.Razak Mamat UMT
122 Nazirah Rani Jb. Biokimia, F.Perubatan, KKL
123 Nor Zazarina Maarof Jb. Biokimia, F.Perubatan, KKL
124 Nurul Syafiqah Mohd Sahman Jb. Biokimia, F.Perubatan, KKL
125 Fazaine Zakaria Jb. Biokimia, F.Perubatan, KKL
126 Zanariah Jarrien Jb. Biokimia, F.Perubatan, KKL
127 Latiffah Shahbodin Jb. Biokimia, F.Perubatan, KKL
128 Mohd Razman Mohd Noor Jb. Biokimia, F.Perubatan, KKL
129 Md Yunos Yaacob Fakulti Pergigian, KKL
130 Noryatol Anin Abd. Hamid Fakulti Pergigian, KKL
131 Kiftiah Ahmad Fakulti Pergigian, KKL
132 Abdul Salim Abdul Manan Fakulti Pergigian, KKL
133 Hamisah Mustafa Fakulti Pergigian, KKL
134 Azizah Embong Fak. Perubatan, KKL
135 Zainuddin Zainal Fak. Perubatan, KKL
136 Faisal Sallehudin Fak. Perubatan, KKL
137 Mohammed Azmy Mohd Drus Fak. Perubatan, KKL
138 Musmarlina Omar Jb. Fisiologi, Fak.Perubatan, KKL
139 Zakaria Md. Din Makmal Pelbagaiguna, Fak. Perubatan, KKL
140 Abu Bakar Haji Sukari Jb. Pengurusan Pembangunan, KKL
141 Hj.Baharom Suboh Fakulti Farmasi
142 Mohd Aniff Maarof Fakulti Farmasi
143 Kartiniwati Muhammad Pej. Dekan, Fak. Farmasi
144 Shahrani Muda Pej. Dekan, Fak. Farmasi
145 Mohd Noorfadzreen Sumiran Pej. Dekan, Fak.Farmasi
146 Fatimah Jais Jab.Pemakanan & Dietetik, FSKB
147 Zaimah Hj.Borhan Jabatan Optometri, FSKB
148 Rohayah Hj.Tahir Jbt. Audiologi & S.Per, FSKB
149 Noor Rohaini Alias Pejabat Dekan, FSKB
150 Mohd. Nur Fahimi Mohd Yusop Pejabat Dekan, FSKB
151 Mohd Noor Razali PKL, FSKB
152 Rosman Mohd. Rashid PKL, FSKB
153 Azliza Awang Prog. Kesihatan Persk. FSKB
154 Mohd Asrol Abd Manap Prog. Terapi Carakerja, FSKB
155 Mohd. Faisal Arifin Sains Bioperubatan, FSKB
156 Shaharuddin Arshad Sains Bioperubatan, FSKB
157 Sabarina Ismail Jab. Sains Bioperubatan, FSKB
158 Aznida Ali Jab. Sains Bioperubatan, FSKB
159 Kamarulzaman Othman Sekt. Peny. Perubatan, PPUKM
160 Alias Laji Jab. Kesihatan Masyarakat,PPUKM
161 Hj. Md. Isa Jamal AJK-Urusetia
162 Abd. Rahman Hj. Mohd Nordin AJK-Urusetia
163 Hj. Lokman Hj. Mohamed AJK-Urusetia
164 Harun Md. Yusoff AJK-Urusetia
165 Razali Sulaiman Shah AJK-Urusetia
166 Hajah Zaiton Othman & Suami AJK-Urusetia
167 Fauziah Ramli AJK-Urusetia
168 Hj. Nadzri Daud AJK-Urusetia
169 Hj. Ramli Mahmood AJK-Urusetia
170 Hj. Ismail Ibrahim AJK-Urusetia
171 Hajah Samiah Kadri AJK-Urusetia
172 Mohd Sinin Mohd Sani AJK-Urusetia
173 Raub Hj. Salleh AJK-Urusetia
174 Kamarudin Mat Rawi AJK-Urusetia
175 Hasnan Musa AJK-Urusetia