Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Sabtu, 25 Januari 2014

Senarai Klinik Panel PPUKM 2014 Hingga 2015

Web Ewarga UKM


Senarai Klinik Panel PPUKM 2014 Hingga 2015

Berikut adalah senarai klinik panel PPUKM yang dilantik bagi tempoh 2 tahun iaitu tahun 2014 sehingga 2015.

Lampiran
System.Byte[] senarai klinik panel PPUKM 2014-2015.docx

Taklimat Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Kepada Kakitangan UKM/PPUKM

Web ewarga UKM
Makluman Tempat : Taklimat Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Kepada Kakitangan UKM/PPUKM (Kakitangan Tetap Sahaja) Pada 27 Januari 2014
Untuk makluman, Taklimat Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Kepada Kakitangan UKM/PPUKM (Kakitangan Tetap Sahaja) pada 27 Januari 2014, jam 9.00 - 11.00 pagi akan diadakan di Auditorium, HUKM bagi skim perkhidmatan berikut :

Skim Perkhidmatan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Dan Pembantu Perawatan Kesihatan

PEPERIKSAAN KHAS KENAIKAN PANGKAT SKIM SETIAUSAHA PEJABAT

Web ewarga ukm
Pengumuman Ujian Khas Untuk Kenaikan Pangkat Bagi Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat dan Setiausaha Pejabat ke Gred Yang Lebih Tinggi.

Dimaklumkan bahawa LPU pada 2 Ogos 2012 telahpun meluluskan surat edaran JPA. BK(S)241/73/1-3 (9) bertarikh 28 Jun 2012 mengenai Sukatan Ujian Kemahiran Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat dan Setiausaha Pejabat bagi tujuan melaksanakan ujian kelayakan untuk mempertimbangkan kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi untuk dilaksanakan dan diterima pakai di UKM.

Pembantu Setiausaha Pejabat dan Setiausaha Pejabat layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi sekiranya telah lulus Ujian Kemahiran Pemprosesan Perkataan, Lembaran Kerja dan Persembahan. Sila klik Sukatan Ujian berkenaan.

Sehubungan itu Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar telah menjadualkan ujian berkenaan seperti berikut:

Tarikh: 11 – 12 Februari
Tempat : Makmal Komputer Pusat Teknologi Maklumat

Peperiksaan kali ini adalah untuk jawatan N17 ke N22 dan N27/28 ke N32 sahaja. Permohonan hanya dibuka bagi calon-calon lantikan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja.

Sila klik borang permohonan menduduki ujian seperti di Lampiran A. Tarikh tutup permohonan ialah pada 03 Februari 2014.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi pihak Urus Setia: Tel 03-89213026 (Pn. Laili Ziana), Emel: dirlie@ukm.my atau 03-89213617 (Pn. Faizah Ahmad), Emel: faizah@ukm.my

Penganjur / Penganjur Bersama : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UKM
Lampiran
System.Byte[] Sukatan.pdf
System.Byte[] Lampiran A.pdf

Rabu, 8 Januari 2014

KENAIKAN KADAR TUNTUTAN RAWATAN PERGIGIAN SERTA PENYERAHAN URUSAN TUNTUTAN KE PUSAT TANGGUNGJAWAB

Web Ewarga UKM


Tuntutan yang dibuat oleh KESUKMA. dalam mesyuarat MBJ bil.2/2013


Pekeliling Pendaftar Bil. 20/2013 : Kenaikan Kadar Tuntutan Rawatan Pergigian Serta Penyerahan Urusan Tuntutan Ke Pusat Tanggungjawab
Sila klik : Pekeliling Pendaftar Bil. 20/2013 – Kenaikan Kadar Tuntutan Rawatan Pergigian Serta Penyerahan Urusan Tuntutan Ke Pusat Tanggungjawab.

Sebagai panduan kepada kakitangan pentadbiran, sukacita sekiranya dapat merujuk kepada Manual Operasi yang disediakan. Untuk tujuan perekodan dan langkah kawalan di Pejabat, pemohon perlu mengemukakan borang seperti di Lampiran bagi membuat tuntutan.

Lampiran
System.Byte[] Manual Operasi.pdf
System.Byte[] Pekeliling Pendaftar Bil.20/2013.pdf
System.Byte[] Borang Tuntutan Rawatan Pergigian.pdf