Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Khamis, 25 Februari 2016

Iklan Jawatan Kosong dan Kenaikan Pangkat PPUKM Februari 2016


Iklan Jawatan Kosong dan Kenaikan Pangkat PPUKM Februari 2016 

Lantikan : 
1) JURU X-RAY - GRED U41 
2) JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN - GRED U29 
3) JURURAWAT PERGIGIAN - GRED U29 
4) JURU X-RAY - GRED U29 
5) PENOLONG AKAUNTAN - GRED W27 

Kenaikan Pangkat : 
1) JURUTERA - GRED J52
2) PEGAWAI TADBIR - GRED N48 
3) PEGAWAI SAINS - GRED C48 
4) PEGAWAI DIETETIK - GRED U48
5) PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN - GRED U48
6) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN - GRED U36
7) PENOLONG PEGAWAI TADBIR - GRED N36
8) JURURAWAT PERGIGIAN - GRED U32
9) PEMBANTU PERPUSTAKAAN - GRED S26
 

(a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu http://www.smk.ukm.my/sppj 

(b) Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat Pemohon dikehendaki mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM. Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1 Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. 

(c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 

(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. 

(e) Borang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada: Ketua Jabatan Sumber Manusia Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja`afar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur. 

Tarikh Tutup: 07 Mac 2016 (Isnin)


Url : smk.ukm.my/sppj
Lampiran
System.Byte[] IKLAN LANTIKAN FEBRUARI 2016.pdf
System.Byte[] IKLAN KENAIKAN PANGKAT FEBRUARI 2016.pdf

Jumaat, 12 Februari 2016

Kursus Penerbitan Buletin anjuran KESUKMA UKM 2016



Kursus Penerbitan Buletin anjuran KESUKMA UKM 2016

Kursus ini amat berguna kepada semua jabatan untuk menyebarkan maklumat kepada umum. Kursus ini terbuka kepada semua warga UKM dan komuniti sekitar Bangi termasuk sekolah-sekolah berhampiran yang terlibat dengan penerbitan majalah sekolah serta sidang ridaksi. 

Ambillah peluang ini untuk memajukan diri, kelab, institusi, sekolah dan lain-lain kerana yuran penyertaannya amat murah dan mampu untuk disertai oleh semua orang.


Tarikh Acara : Mula: 24/02/2016 Tamat: 24/02/2016
Masa Acara : Mula: 08:30 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat : Bilik Seminar Aras 1, Bangunan Penerbit UKM
Penganjur / Penganjur Bersama : KESUKMA UKM
Url : https://www.facebook.com/Kesukma UKM

Program Transformasi 1 Malaysia KESUKMA Siri Ke-5







Program Transformasi 1 Malaysia KESUKMA Siri Ke-5

Sukacita dimaklumkan KESUKMA dengan kerjasama Biro Tatanegara akan menganjurkan program tersebut. Ahli yang berminat hendaklah mengisi borang penyertaan aktiviti KESUKMA beserta satu salinan kad pengenalan. Bayaran penyertaan ialah RM 600 tunai Penyertaan terhad kepada 40 orang sahaja. 

Tarikh tutup penyertaan ialah 3 Mac 2016

Maklumat lanjut sila hubungi : En Hasnan Musa 013 2552641 (PPUKM) Hajah Zaiton Othman 019 2398025 (Kampus Bangi) Pn Fauziah Ramli 019 4734374


Tarikh Acara : Mula: 08/04/2016 Tamat: 11/04/2016
Masa Acara : Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat : Kem B BTN Kundasang, Sabah
Penganjur / Penganjur Bersama : KESUKMA
Lampiran
System.Byte[] Borang Penyertaan.doc