Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Selasa, 30 Julai 2013

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBU SEMPENA BULAN RAMADHAN ANJURAN KESUKMA 2013


KESUKMA akan mengadakan gotong royong memasak bubur lambuk sempena bulan ramadhan pada tahun ini . Semua ahli yang berminat untuk menjayakan program dijemput hadir seperti dinyatakan dibawah ini:

Tarikh:  1 Ogos 2013
Masa:  8.30pagi  mula program memasak
Masa agihan bubur lambuk: 2.00petang
Tempat: Rumah Kesatuan (KESUKMA) ,Wisma Kayu, UKM Bangi.

Semua AMJK diwajibkan hadir
Semua ahli KESUKMA dijemput untuk mengambil bubur lambuk.

Khamis, 25 Julai 2013

PM UMUM BANTUAN RM500 KEPADA PENJAWAT AWAM

Sinar Harian
25/7/2013
Najib Tun RazakKUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.
Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.
"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.
Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.
Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.
"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.
Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - Bernama

Rabu, 17 Julai 2013

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KESUKMA KE-20


Rujukan  :Kes 519/MA (20)
Tarikh :    12 Julai 2013

Semua Ahli KESUKMA
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi
Selangor

Tuan/Puan,

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG
DWI TAHUNAN KESUKMA KE-20

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KESUKMA Ke-20  akan diadakan pada hari Rabu, 18 September 2013, jam 8.00 pagi bertempat di  Kelab Golf Danau, UKM.

2.         Tertakluk kepada perlembagaan Kesatuan, di bawah Perkara 3 Peraturan 9, semua usul yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung tersebut perlu dihantar kepada Setiausaha, 15 hari sebelum mesyuarat diadakan.

3.         Sehubungan dengan itu, pihak KESUKMA amat berharap, sekiranya tuan/puan dapat menyampaikan usul atau cadangan di dalam tempoh waktu yang lebih awal daripada yang dinyatakan di dalam Perlembagaan, untuk diedarkan bersama-sama Buku Laporan.                                                           

4.         Bersama ini dilampirkan borang  pencalunan anggota Majlis Jawatankuasa Kerja bagi Sesi 2013/2015, dan hendaklah dikembalikan  kepada Setiausaha pada atau sebelum 7 Ogos 2013 (Rabu), jam 10.00 pagi.  Hanya borang-borang pencalunan yang dikembalikan dengan lengkap sahaja yang akan diterima.

Sekian, atas perhatian dan kerjasama yang diberikan, terlebih dahulu diucapkan terima kasih.


Yang benar,



ZAITON BTE OTHMAN
Setiausaha KESUKMA


“BERKHIDMAT KE ARAH KECEMERLANGAN UNIVERSITI”

KERAJAAN KAJI PEMBERIAN BONUS UNTUK PENJAWAT AWAM - NAJIB

Bernama
17/9/2013

PUTRAJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Perdana Menteri berkata kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.

"Kita akan mengkaji perkara ini. Masih ada masa lagi," katanya pada persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini sejurus selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan empat syarikat yang bersetuju melabur RM1.96 bilion di negeri-negeri di kawasan Koridor Utara.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai kemungkinan ada berita baik buat 1.4 juta penjawat awam berikutan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.

Sebelum ini, Presidennya Datuk Omar Osman meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Aidilfitri kerana ia dapat mengurangkan beban penjawat awam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.

Kenyataan CUEPACS itu menyusul sehari selepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus, dan pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dua kali untuk tahun ini sudah boleh dianggap sebagai bonus.

-- BERNAMA

MASIH ADA HARAPAN PENJAWAT AWAM DAPAT BONUS - CUEPACS

Bernama
17/7/2013


PUTRAJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berpendapat masih ada harapan untuk lebih 1.4 juta penjawat awam menerima bonus menjelang Aidilfitri.
Ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu yang memaklumkan kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang Aidilfitri, kata Omar.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan itu dan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.

"CUEPACS mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi mempertimbangkan permohonan CUEPACS untuk 1.4 juta penjawat awam.

"CUEPACS yakin Perdana Menteri akan mempertimbangkan perkara ini. Saya rasa ada harapan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Puspanitapuri di sini.

CUEPACS sebelum ini masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.

Terdahulu hampir 1,000 tetamu hadir pada majlis berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara.

-- BERNAMA

Rabu, 3 Julai 2013

SEMINAR TRANFORMASI 1 MALAYSIA ANJURAN BIRO TATANEGARA DENGA KERJASAMA KESUKMA DI KEM BENA NEGARA KUNDANSANG SABAH.

Media KESUKMA
1/7/2013


Seminar Tranformasi 1 Malaysia anjuran KESUKMA dengan kerjasama Birotatanegara.



Tarikh               : 24 – 27 Septembar 2013.
Tempat             : Kem Bina Negara Kundasang, Sabah.
Aktiviti/Program : Transformasi 1 Malaysia KESUKMA.

Pegawai yang perlu dihubungi untuk keterangan lanjut:

-          Hajah Zaiton Othman, e-mel: azie@ukm.my Tel: 019 2398025/038921 3879
-          Puan Fauziah Ramli, e-mel: fauziah@eng.ukm.my Tel: 019 2775886/038921 6313
-          Encik Hasnan Musa, Tel: 013 2552641.
-          dan semua AJK KESUKMA.


Catatan::

1. Tiket pernerbangan  pergi balik dari Kuala Lumpur  ke Kota Kinabalu  ditanggung oleh peserta.
2. Lain-lain bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak BTN/KESUKMA