Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Selasa, 28 Disember 2010

MESYUARAT KHAS GAKUM

Media Kesukma
29/12/2010



Mesyuarat Khas Gakum dan perjumpaan dengan KSU Kementerian Pengajian Tinggi (Amanat Tahun Baru) akan diadakan pada 25 Jan 2010 jam 10.00 pagi di Bilik Konfren, Bangunan E Learning UPSI Tanjung Malim Perak.

Jumaat, 24 Disember 2010

KESILAPAN PANEL 'KEJUT' PERWAKILAN TAPI OMAR KEKAL PRESIDEN, LOK SU AGUNG

Malaysia Insider
24/12/2010




KUALA LUMPUR, 23 Dis — Kemenangan Omar Osman (Kepertama) sebagai presiden dan Lok Yim Peng (Nutp) selaku setiusaha agung tidak terjejas meskipun panel pemilihan Cuepacs membuat kesilapan ‘teknikal’ ketika membuat pengumuman keputusan pagi tadi.

Wakil jawatankuasa pemilihan tersilap mengumumkan bahawa jawatan setiausaha agung telah dimenangi oleh Ahmad Shah Mohd Zin sedangkan Lok menewaskan beliau dengan memperoleh 468.

Perwakilan persidangan Cuepacs kelihatan tersentak apabila diumumkan bahawa yang menang jawatan itu ialah Ahmad Shah, yang merupakan penyandang.

Keputusan tidak rasmi sudah pun diketahui lewat malam tadi.

Bagaimanapun kesilapan itu dibetulkan dengan Lok diisytiharkan sebagai pemenang dengan mengatasi dua pencabar. Ahmad Shah mendapat 263 undi.

Jawatan itu turut ditanding oleh muka baru Ku Azmi Ku Ibrahim (Keska) yang mendapat 278 undi.

Keputusan rasmi diumumkan pagi ini — hari terakhir persidangan tritahunan yang diadakan di kampus Universiti Malaya di sini.

The Malaysian Insider membawa laporan berdasarkan keputusan tidak rasmi awal pagi tadi.

Omar mengekalkan jawatannya dengan memperoleh 815 undi manakala pencabarnya Ramli Omar mendapat 154 undi.

Beberapa perwakilan memberitahu The Malaysian Insider, kejayaan selesa Omar berhubung kait dengan hubungan secara langsung beliau dengan kesatuan-kesatuan gabungan Cuepacs selama ini.

“Saya melihat beliau mendapat banyak undi simpati memandangkan beliau kelihatan seorang pemimpin yang senang didekati, malah beliau banyak membantu kesatuan dengan memberikan sokongan kewangan,” kata seorang pegawai kanan kesatuan.

Cuepacs kini mempunyai sokongan kewangan lebih baik berbanding dekad-dekad sebelum ini dengan memperoleh geran tahunan kerajaan. Malah, walaupun isu lanjutan kontrak perkhidmatan ditimbulkan, Omar dilihat menguasai sokongan besar perwakilan sejak awal lagi. Ramli berganding dengan Ahmad Shah yang mempertahankan jawatan setiausaha agung buat penggal ketiga.

Kemenangan Lok pula banyak dikaitkan dengan pengaruh beliau dalam Majlis Bersama Kebangsaan Kumpulan Sokongan Am yang menyediakan sekitar 400 undi.

Pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan Cuepacs juga mengganggotai tiga Majlis Bersama Kebangsaan pekhidmatan awam.

Dua lagi majlis adalah bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Sains dan Teknologi.

Lok dilihat menerima sokongan daripada anggota kedua-dua Majlis Bersama Kebangsaan Kumpulan Sokongan Am dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Selain itu, isu projek berita SMS Cuepacs juga dilihat menjejaskan sokongan Ahmad Shah meskipun Omar menjelaskan perwakilan pada hari persidangan bahawa isu itu telah selesai dan tiada penyelewengan ataupun salah guna kuasa.

Lok, yang turut dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang pemilihannya akan diadakan minggu depan.

Ini kali kedua seorang wanita dipilih sebagai setiausaha agung Cuepacs. Ahmad Shah (Kesatria) ketika dihubungi berkata beliau menerima kekalahan tetapi “apa yang lebih penting ialah pembangunan organisasi Cuepacs.”

“Pemimpin silih berganti, datang dan pergi. Perjuangan Cuepacs mesti diteruskan, kepentingan kakitangan perlu diperjuangkan,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kekalahannya juga berpunca daripada taktik kotor yang digunakan pihak pesaing.

“Isu-isu yang sudah selesai dibangkitkan, memang ada taktik kotor, isu lama ditimbulkan semula dan ada unsur provokasi,” katanya.

Jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Azih Muda (Anulae) dan Zainal Ismail (Kesatuan Lembaga Air Perak) yang masing-masing mendapat 754 dan 431 undi. Azih, yang juga timbalan presiden semasa, atas kapasiti sebagai timbalan presiden I akan menggantikan Omar apabila beliau bersara tahun depan, dipercayai awal September.

“Dengan kemenangan ini, kami akan memberi tumpuan ke atas soal-soal kebajikan kakitangan awam seperti pemilikan rumah, pinjaman perumahan, pembangunan kerjaya dengan menyediakan kemudahan melanjutkan pelajaran, penambahbaikan skim perkhidmatan,” kata beliau.

Tiga kerusi jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi oleh Adnan Mat (Anulae) ,Abdul Rahman Mohd Nordin (Kesukma UKM) dan Mohamad Baharom. (Pacsu) Adnan memperoleh 679 undi, Abd Rahman (527) dan Mohamad (570).

Adnan merupakan penyandang jawatan itu. Jawatan setiausaha kewangan yang menyaksikan persaingan satu lawan satu dimenangi Ja’apar Mansor (Kastam), yang menewaskan Samuel Devadasan (MTSU).

Azhar Abdul Shukri (PKNS) menewaskan Hamzah Masri (JPJ) untuk menerajui jawatan timbalan setiausaha kewangan.





Khamis, 16 Disember 2010

KENAIKAN YURAN KESUKMA RM5.00

Media Kesukma
16/12/2010


Assalamualaikum w.b.t kepada semua Ahli KESUKMA

Yuran keahlian KESUKMA akan dinaikan dari RM3.00 ke RM5.00 mulai bulan Disember 2010. Pengundian sulit yang telah dilakukan pada Mesyuarat Agung Sesi 2007-2010 telah mendapat sokong dari ahli. Kelulusan telah diluluskan oleh Jabatan Hal-Ehwal Kesatuan Sekerja pada 2 Julai 2010 No. Rujukan JHEKS.549/K. Oleh itu yuran Kesatuan adalah seperti berikut:

Yuran Masuk - RM1.00
Yuran Bulanan - RM5.00

RM2.00 dari yuran yang dipungut daripada tiap-tiap ahli akan diuntukkan dan dipindahkan kepada tabung Kebajikan.

Isnin, 29 November 2010

PERMOHONAN KHIDMAT MASYARAKAT DIBAWAH ANJURAN KESUKMA

Media Kesukma
29/11/2010




KESUKMA sedang mencari sukarelawan dalam kerja KHIDMAT MASYARAKAT dibawah anjuran KESUKMA kepada ahli yang berminat sila kemukakan borang keahlian dilampirkan atau hubungi Presiden KESUKMA untuk dapatkan borang. Keahlian 40 sukarelawan sahaja diperlukan. t.kasih

Presiden Kesukma



Borang Permohonan




Rabu, 3 November 2010

PEMBERIAN BONUS KEPADA KAKITANGAN AWAM BUKAN SATU KEMESTIAN

Berita Harian
2010/11/03




MERUJUK surat oleh 'Layak Dihargai, Kuala Lumpur' dalam ruangan ini baru-baru ini, saya bersependapat dengan beliau bahawa pemberian bonus sepatutnya hanya untuk mereka yang menjalankan tugas dan amanah dengan baik serta cemerlang. Ia harus bersifat subjektif dan bukan kemestian kepada seluruh kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang.

Namun, setinggi tahniah kepada Presiden CUEPACS, Omar Osman kerana menjalankan kerjanya dengan baik sebagai satu daripada tugas utamanya meminta bonus dan kenaikan gaji daripada kerajaan setiap tahun. Alasan yang cukup sinonim agar dapat ‘memberikan suntikan semangat selain meringankan beban kakitangan awam’.

Secara logik dan praktikal sejauh manakah suntikan semangat itu berkesan dan memenuhi matlamat? Mengapa dan sampai bila, beban serta masalah kakitangan awam perlu ditanggung kerajaan? Bukankah mereka semua menerima imbuhan yakni gaji yang berpatutan dengan taraf jawatan serta pendidikan masing-masing. Perlu difahami secara tidak langsung pemberian bonus ini umpama ‘subsidi’ tunai tambahan kepada kakitangan awam selain pelbagai kemudahan disedia dan diberikan. Belajarlah hidup ‘berdikari’ dan memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah sendiri. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan sewajarnya. Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang, jika kita sendiri tidak berusaha menambahkannya.

Pada saya tindakan berterusan mendesak kerajaan agar diberikan juga bonus, bukan langkah yang bijak. Ia dilihat lebih kepada tindakan berkepentingan sendiri. Kerajaan sudah menjelaskan dengan baik mengapa tidak boleh diberikan bonus. Sepatutnya semua kakitangan awam memahami dan menerimanya dengan baik. Namun, atas keprihatinan kerajaan ada juga ‘sagu hati’ dan insentif lain diberikan. Janganlah nanti dikatakan tidak tahu berterima kasih. Sepatutnya, semua pihak bersyukur dan bukan terus mendesak dan mencari kesalahan pihak lain. Jika berdasarkan alasan itu, bukan semua kakitangan awam layak dan patut menerima bonus. Saya menyokong penuh pemberian bonus, tetapi ia harus diberikan hanya kepada mereka yang benar-benar layak. Mungkin boleh diguna pakai formula daripada swasta. Hanya kakitangan awam yang terbukti kuat bekerja dan rajin demi kemajuan, pembangunan dan keuntungan jabatan layak diberikan bonus.

PEGAWAI KANAN 44,
Selangor

Sabtu, 30 Oktober 2010

MESYUARAT AMJK KESUKMA SESI 2009-2011 BIL.6

Media Kesukma
30/101/1010.



Mesyuarat AMJK KESUKMA akan diadakan pada:

Tarikh: 4 November 2010
Masa : 9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Kesukma, Wisma Kayu.


Semua AMJK Kesukma di wajibkan hadir

Rabu, 6 Oktober 2010

KESUKMA MENGADAKAN SKUAT SUKARELA

Media
Kesukma
6/10/2010


Kesukma akan mengadakan skuad sukarela untuk membantu apa-apa yang diperlukan bantuan tenaga. Sukarela ini akan diambil dalam jumlah 40 orang untuk membantu universiti yang memerlukan tenaga sukarela seperti m mangsa sembantu banjir, bencana alam dan lain-lain. Skuad sukarela ini diberi nama SUKA kata Tuan Haji Isa Jamal Presiden KESUKMA.

Perkara ini akan dibawa dalam mesyuarat AMJK akan datang.

Ahad, 3 Oktober 2010

MESYUARAT KONVENYEN PEMANTAPAN KERJA KE-5 BIL.6

Media Kesukma
3/10/2010



Mesyuarat Pemantapan Kerja Ke-5 bil.6 akan diadakan pada:

Tarikh: 6 Oktober 2010

Tempat : Bilik Mesyuarat FSKB tingkat 5 Kampus Kuala lumpur

Masa : 2.30pm

* catatan: Mesyuarat dipercepatkan pada pukul 11.00am di Bilik Seminar Paras 2

Khamis, 23 September 2010

CUEPACS MAHU KERJAAN PERTIMBANGKAN BERI BONUS

Berita Harian
23/9/2010



SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.

Presidennya, Omar Osman berkata, Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan. Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus itu. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan. "Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin meyakinkan," katanya ketika ditemui selepas kunjungan Aidilfitri bersama Persatuan Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Malaysia dan Kesatuan Pembantu Pembangunan Masyarakat Semenanjung Malaysia di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau membidas pihak yang mendakwa kesatuan itu hanya tahu menuntut kenaikan gaji dan bonus untuk kira-kira 1.2 juta kakitangan awam setiap tahun.

Omar berkata, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana memang adalah antara matlamat penubuhan kesatuan itu.

"Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan CUEPACS dan jangan ada mana-mana pihak mempertikaikan tuntutan yang dibuat," katanya
Beliau berkata, tuntutan pemberian bonus setiap tahun, termasuk dua bulan tahun ini kerana kakitangan awam tidak seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta lain yang boleh mendapat bonus hingga empat atau lima bulan, katanya.

Sabtu, 18 September 2010

MESYUARAT KONVENSYEN PEMANTAPAN KERJA KE-5 BIL5

Media
Kesukma
18/9/2010


Mesyuarat Konvensyen Pemantapan Kerja Ke-5 Bil.6 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 September 2010 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Kesukma, Wisma Kayu , UKM

Jumaat, 27 Ogos 2010

MESYUARAT KONVENSYEN PEMANTAPAN KERJA KE-5 BIL5

Media Kesukma
27/8/2010



Mesyuarat Konvensyen Pemantapan Kerja Ke 5 bil .5 akan diakan pada

Tarikh: 3 September
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Kesukma , Wisma Kayu UKM

Khamis, 26 Ogos 2010

PERJUMPAAN PENGURUSAN PPUKM BERSAMA JAWATAN KUASA KESUKMA UKM

Media Kesukma
26/8/2010
Kesukma akan mengadakan perjumpaa dengan Pengurusan PPUKM seperti berikut:
Tarikh : 1 September 2010
Masa : 9.00pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Lembaga, Pusat Perubatan UKM.

Rabu, 25 Ogos 2010

DUIT RAYA

Berita Harian
2010/08/26




PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 SyawalKUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal. Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.
Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan. Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan. Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu. Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya. Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara. Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

Isnin, 23 Ogos 2010

PERJUMPAAN PENDAFTAR DENGAN AHLI JAWATANKUASA KESUKMA

Media Kesukma
23/8/2010


Penjumpaan Pendaftar dengan Ahli Majlis Jawatankuasa KESUKMA adakan diadakan:

Tarikh : 25/8/2010
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Pro aras 2 Bangunan Canselori UKM

Selasa, 17 Ogos 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAPAN KERJA KE-5 BIL 4

Media Kesukma
17/8/2010



Tarikh: 20/8/2010
Masa : 9.30pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Kesukma Wisma Kayu UKM

Isnin, 16 Ogos 2010

MEKANISME BENARKAN PEKERJA LAKUKAN KERJA SEPARUH MASA PERLU KAJIAN TELITI - CUEPACS

Bernama
16/8/2010


PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) -- Mekanisme yang membenarkan petugas dalam sektor awam dan swasta bekerja separuh masa mulai 1 Okt tahun ini perlu dikaji dengan teliti bagi memastikan produktiviti dan prestasi pekerja tidak terjejas.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata kebenaran itu akan memberi manfaat besar kepada golongan pekerja khususnya kakitangan awam kerana berpeluang menambah pendapatan mereka, tetapi ia perlu dikaji daripada segenap aspek agar tidak memberi masalah di kemudian hari.

Keputusan itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi produktiviti dan prestasi pekerjaan sebenar petugas terbabit, apatah lagi jika mereka memperoleh pendapatan yang lebih lumayan dalam kerja separuh masa itu berbanding gaji yang diperoleh daripada pekerjaan tetap, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa di Sri Perdana di sini Isnin malam.

Beliau diminta mengulas pengumuman Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam hari ini bahawa lebih satu juta pekerja sektor awam dan swasta akan dibenarkan melakukan kerja separuh masa selepas peraturan baru mengenainya siap digubal dalam masa dua bulan lagi.

Omar berkata tindakan itu perlu disusuli dengan pemerhatian teliti dalam segenap aspek, termasuk perlindungan ke atas pekerja sewaktu melakukan kerja separuh masa berkenaan.

"Kita nak tahu, sekiranya kakitangan awam ini ditimpa kemalangan sewaktu sedang melakukan kerja separuh masa, adakah mereka tertakluk dalam insurans dan pampasan oleh majikan sebenar atau majikan separuh masa mereka," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan Cuepacs meminta agar kerajaan memberi bantuan kewangan kepada penjawat awam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Omar berkata perkara itu telah pun dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya telah sampaikan kepada Perdana Menteri tadi, meminta jasa baik kerajaan untuk memberi pendahuluan berjumlah RM1,000 hingga RM1,500 kepada kakitangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Seperti yang diketahui, gaji pada bulan Ogos telah digunakan untuk persiapan menyambut Ramadan, justeru sedikit bantuan kewangan amat diperlukan bagi membolehkan persiapan lebaran dilaksanakan dengan sempurna," katanya.

-- BERNAMA

Sabtu, 7 Ogos 2010

MESYUARAT KONVNSYEN PEMANTAPAN KERJA KE-5 BIL.4

Media Kesukma
7/8/2010


Tarikh : 13 Ogos 2010
Masa : 9.30pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat KESUKMA (Wisma Kayu)

(catatan: Mesyuarat di tangguh ke tarikh 20/8/2010)

Jumaat, 2 Julai 2010

SEMINAR DAN MESYUARAT GAKUM DI HOTEL COSTA RICA MELAKA

2/7/2010


GAKUM akan mengadakan seminar Auku dan mesyuarat seperti berikut:

Tarikh: 25-26 Julai 2010

Tempat : Hotel Costa Rica , Bandar Hilir Melaka

Setiap Kesatuan akan menghantar 6 orang peserta terdiri daripada Presiden Naib/Timbalan Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha , Bendahari dan seorang exco.

Rabu, 23 Jun 2010

CUEPACS MAHU 2 BULAN BONUS

Berita Harian
2010/06/24



MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi Bajet 2011, yang bakal dibentangkan pada Oktober ini. Presidennya, Omar Osman, berkata permohonan untuk kira-kira 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara itu sudah pun dibuat oleh kesatuan berkenaan kepada kerajaan tahun lalu, namun ia ditangguhkan berikutan masalah kegawatan ekonomi.
“Berdasarkan perkembangan semasa, keadaan ekonomi negara kini sudah pun kembali pulih. Jadi, saya berpendapat seluruh penjawat awam di negara ini amat berharap kerajaan dapat memberi berita baik kepada mereka menerusi pemberian bonus dua bulan gaji.
“Ini penting kerana pemberian bonus berkenaan secara tidak langsung akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10),” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMASA) di Durian Tunggal, dekat sini, semalam. Hadir sama, Presiden UTeMASA, Prof Madya Dr Raja Roslan Raja Abdul Rahman dan Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi, Prof Dr Raduan Che Rose. Omar berkata, CUEPACS juga akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kedudukan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK), sama ada perlu diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMKe-10. Beliau berkata, satu kertas kerja mengenai peperiksaan itu akan dibentangkan pada prakonvesyen CUEPACS di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini. Omar turut mengesahkan CUEPACS memohon kepada kerajaan supaya menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada bajet akan datang.

Jumaat, 14 Mei 2010

MESYUARAT AHLI MAJLIS JAWATAN KUAS AKERJA KESUKMA BIL. 4/2010 SESI 2009/2011

Webmaster
Kesukma



Mesyurat Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja KESUKMA akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : 17 Mei 2010 (Isnin)

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selasa, 11 Mei 2010

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA NAFI PINDA TIGA AKTA BERKAITAN PEKERJA

Berita Harian
12/5/2010

Kementerian Sumber Manusia cadang ubah sistem latihan sektor awam, swasta bantu warga kerja tingkat kemahiran, pengetahuan SEMPENA hari pekerja hari ini, kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia mahu warga kerja sama ada di sektor awam atau swasta lebih berdaya saing dan berkemahiran sejajar dengan misi Model Ekonomi Baru (MEB) yang mahukan pekerja meningkat keupayaan diri. Tema kali ini ialah 'Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi'.Pihak kesatuan sekerja terutama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pula menjadikan sambutan Hari Pekerja kali ini dengan mesej untuk meneruskan tuntutan lain yang masih tertunggak khususnya penambahbaikan Skim Gred Perkhidmatan Sektor Awam. Tema yang dipilih kesatuan ini ialah Kebajikan Cemerlang Gagasan Malaysia Terbilang. Apa pun, Hari Pekerja setiap 1 Mei, seharusnya memberi erti besar kepada pekerja atas sumbangan dan pengiktirafan mereka terhadap pembangunan negara.Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pihaknya bersyukur di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mencatat banyak pencapaian membanggakan khususnya dalam suasana kelembapan ekonomi hingga negara kita tetap unggul sebagai negara aman makmur, harmoni dan meletakkan Malaysia di landasan betul di persada dunia. Kerajaan juga sentiasa prihatin merangka strategi untuk mewujudkan keseimbangan, menjaga kesejahteraan dan keselamatan pekerja yang begitu banyak menyumbang bakti kepada pembangunan negara. “Kita akui kemakmuran dan keharmonian itu hasil kerjasama erat antara pekerja, majikan dan kerajaan. Oleh itu, semua pihak perlu mengekalkan kefahaman pintar sebagai model terbaik negara untuk terus bergerak ke hadapan. Bagi merealisasikan matlamat itu tenaga kerja negara wajar menguasai kepakaran,” katanya. Subramaniam berkata, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang menjadi tuntutan utama ketika ini untuk memastikan situasi baik dan mampu berdaya saing setanding pekerja di negara maju. Dalam konteks ini, Kementerian Sumber Manusia sebagai peneraju pembangunan dan pengurusan sumber manusia negara sentiasa memainkan peranan membantu membangunkan tenaga mahir, mewujudkan peluang pekerjaan, menjamin kebajikan, keselamatan, hak pekerja serta keselamatan sosial mereka. “Sempena Hari Pekerja, saya merakamkan penghargaan kepada warga pekerja sama ada dalam sektor awam atau swasta yang memberi sokongan kepada kerajaan di bawah gagasan 1Malaysia,” katanya. Sejajar dengan MEB, seluruh warga pekerja sepatutnya dilengkapi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pekerjaan masing-masing bagi membolehkan mereka memperoleh pendapatan lebih dua atau tiga kali ganda berbanding sekarang. Oleh itu, kementerian akan memberi penekanan dengan menyediakan peluang lebih luas kepada pekerja untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan pada pelbagai peringkat. Kementerian tetap optimis dengan latihan kemahiran dan pengetahuan tinggi dibekalkan itu, mampu meningkatkan produktiviti, sekali gus dapat menambah keuntungan kepada syari kat dan memberi gaji lebih tinggi kepada pekerja. Namun, tidak semua datang bergolek, apa yang penting kementerian akan melakukan perubahan sistem latihan dalam institusi kerajaan dan swasta. Kurikulum dan isi kandungan latihan kemahiran pula perlu selaras antara kedua-dua sektor dengan mengutamakan keperluan semasa. Kerjasama erat antara kerajaan, pekerja dan majikan perlu terus terjalin erat dengan masing-masing saling melengkapi bagi menyumbang tenaga ke arah produktiviti negara. Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman mahu kakitangan sektor awam meliputi 1.2 juta memberi fokus untuk meningkatkan integriti, kualiti dan produktiviti dalam bidang tugas masing-masing bagi menghapuskan persepsi lapuk masyarakat bahawa penjawat awam tidak cekap dan kerap terbabit dengan rasuah. Kerjasama Cuepacs dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi rasuah dalam sektor awam memberikan suntikan baru supaya ia tidak terus berada pada tahap kritikal. “Sepanjang tahun lalu, 41 peratus kakitangan sektor awam didapati terbabit dengan gejala rasuah. Oleh itu, tahun ini, tumpuan kita mengesan siapa pemberi rasuah itu,” katanya. Sempena Hari Pekerja, katanya, Cuepacs tetap mengharapkan ada berita baik diumumkan sebagai insentif dan memberikan semangat kepada pekerja untuk memberikan perkhidmatan lebih cemerlang, selain meneruskan tuntutan lain yang masih tertunggak khususnya penambahbaikan Skim Gred Perkhidmatan Sektor Awam. Dalam apa juga kemelut dihadapi, Malaysia dianggap bertuah kerana tidak timbul huru-hara atau demonstrasi besar-besaran antara kerajaan, kesatuan sekerja, pekerja dan majikan dalam merealisasikan tuntutan berkaitan kebajikan seperti kenaikan gaji untuk kepentingan ahli masing-masing. Justeru, pihak kesatuan perlu lebih realistik dalam sebarang tuntutan mereka demi kepentingan ahlinya dan bukan mencampuradukkan perjuangan kesatuan dengan agenda politik dan platform memecah-belah antara golongan pekerja dan kerajaan. Bagi pekerja, sewajarnya tidak hanya 1 Mei dijadikan penanda aras terhadap sumbangan mereka kepada syarikat dan pembangunan negara, sebaliknya perlu juga mengukur keupayaan pada badan sendiri adakah gaji atau pendapatan diterima itu selari dengan kualiti, produktiviti, kemahiran dan pengetahuan? Wajarkah mereka terus mendesak untuk menuntut gaji yang tinggi dan insentif lain sedang kemampuannya masih di takuk lama? Selamat Hari Pekerja.

Selasa, 4 Mei 2010

OMAR BIDAS KETUA JABATAN LABEL CUEPACS HARAM

Sinar
3/3/2010


KUALA TERENGGANU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kesal dengan sikap segelintir ketua jabatan kerajaan yang menyifatkan Cuepacs sebagai haram dan melarang pekerjanya menghadiri perhimpunan anjuran kesatuan itu. Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya kini masih menunggu laporan sebelum mengemukakan nama jabatan yang sukar memberikan kerjasama itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Menurutnya, Pengerusi Cuepacs setiap negeri ketika ini telah diarah mendapatkan butir mengenai jabatan yang mengharamkan Cuepacs dan laporan mengenainya akan dibawa pada peringkat kerajaan. “Kami terima maklumat, ada sesetengah ketua jabatan tidak menyokong dan mengharamkan pekerja mereka menjadi ahli Cuepacs untuk menyertai perhimpunan atau program yang kami adakan, seolah-olah Cuepacs seperti sebuah kesatuan tidak berdaftar. “Malah, ada ketua jabatan yang bertindak menukar pekerja mereka ke tempat lain gara-gara pekerja mereka aktif dalam Cuepacs dan keadaan ini tidak adil,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam 2010, anjuran Cuepacs di Stadium Negeri, di sini, semalam. Mengulas lanjut, beliau berkata, sikap segelintir ketua jabatan terbabit menyebabkan pekerja mereka sentiasa khuatir kerana takut ditukar, seterusnya menjadikan suasana kerja tidak lagi harmoni. “Sepatutnya ketika ini Cuepacs memperjuangkan nasib pekerja sektor awam membabitkan semua peringkat dan ketua jabatan berkenaan perlu memberikan kerjasama. "Jika ada perkara yang tidak betul, mereka boleh ketengahkan dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang diiktiraf kerajaan," katanya

Isnin, 3 Mei 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA KESUKMA DAN PRESIDEN BERSAMA AHLI KESUKMA DI PPUKM

Webmaster KESUKMA
3/Mei/2010



Mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa KESUKMA dan Perjumpaan Presiden bersama Ahli KESUKMA di PPUKM akan diakan pada 17 Mei 2010.

Perjumpaan dengan ahli KESUKMA akan diadakan pada jam 12 tengahari. Semua AMJK diwajibkan hadir sama.

Khamis, 11 Mac 2010

MESYURAT AHLI MAJLIS JAWATANKUASA KESUKMA BIL. SESI 2009/2011

Webmaster Kesukma
11/3/2010


Mesyuarat Ahli Majlis Jawatakuasa Kesukma akan diadakan :


Tarikh : 18 Mac 2010
Hari : Khamis
Jam : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyurat KESUKMA (Wisma Kayu)

Khamis, 4 Mac 2010

Berita Harian
5/3/2010


SAYA tertarik dengan laporan akhbar ini pada 2 Februari lalu yang memetik kenyataan Presiden Cuepacs, Omar Osman meminta kerajaan menyemak pencen penjawat awam serendah RM300 dan menyemak gaji yang mencapai gred maksimum. Apa yang ingin saya perkatakan ialah mengenai permohonan bersara pilihan. Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Rujukan: JPA/PEN (s)228/25/5-11(22) bertarikh 25 Januari lalu, menyatakan penjawat awam yang memohon bersara pilihan selepas mencapai perkhidmatan lebih 30 tahun sama ada genap umur 54, 55, 56 ke atas hanya dibayar 20 peratus daripada ganjaran. Selebihnya dibayar apabila mencapai umur mengikut opsyen 58 tahun dan dengan menerima syarat pampasan itu pula akan ditolak kepada pinjaman perumahan. Syarat 20 peratus boleh juga diterima tapi janganlah ditolak pinjaman perumahan.
Saya berpendapat perkara ini tidak masuk akal sedangkan pinjaman perumahan diluluskan kerajaan mengikut tempoh dipersetujui dan diinsuranskan. Diharap kerajaan terutama JPA tidak mencadangkan arahan yang memberi tekanan kepada penjawat awam yang sedang merancang masa depan. Mungkin ramai penjawat awam sependapat dengan saya. Jika Omar membaca Berita Harian, pandang-pandanglah ruangan surat pembaca kerana pampasan yang diterima itu untuk kita memulakan penghidupan baru sebagai rakyat biasa seperti menunaikan haji, memulakan perniagaan bagi yang berminat, perusahaan kampung seperti memelihara, bertani dan membuat pelaburan dengan menyimpan dalam Amanah Saham Bumiputera untuk hari tua. Diharap Presiden Cuepacs dapat menyemak arahan JPA seperti di atas supaya bakal pesara menerima sekali gus pampasan dan tidak perlu pampasan itu ditolak pinjaman perumahan dan jangan slogan Perdana Menteri, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' menjadi laungan semata-mata.
Biar penjawat awam yang mahu bersara pada umur 54, 55, 56 dapat mengecapi kesenangan dan yang mahu berkhidmat hingga 58 tahun, teruskan. Jangan arahan lama JPA/PEN/228/25/1/JID.4 BIL 6 Tahun 2008 itu dipinda. Biar ia diguna pakai bagi mereka yang mahu bersara pilihan. Biar mereka rasa kesenangan ketika bersara dan menjalani kehidupan tenteram, bak kata pepatah tidaklah kita mati berputih mata kerana tidak dapat melihat hasil sumbangan tenaga kepada negara.
BAKAL PESARA HAMPA,
EBL, Muar.

Selasa, 2 Mac 2010

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN BIL. 1/2010

Kesukma
3/3/2010
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan akan diadakan pada 4 Mac 2010 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Canselori Aras 6. KESUKMA di wakili oleh Tuan Haji Mat Isa Jamal (Presiden) dan Hj. Lokman Haji Mohamed (Setiausaha) beberapa usul telah dihantar kepejabat pendaftar dan akan dibentang didalam mesyuarat tersebut.
Abdul Rahman Mohd Nordin

KESATUAN SEKERJA: PEKERJA DIPECAT BOLEH PEGANG JAWATAN

Bernama
02/03/2010 7:07pm

KUALA LUMPUR 2 Mac – Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini memutuskan pekerja yang telah dipecat boleh memegang jawatan pegawai dalam kesatuan sekerja.
Dalam kes yang dikemukakan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) bagi mencabar surat daripada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja (DGTU) mengenai kedudukan seorang daripada setiausaha agungnya, J. Solomon, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman membenarkan permohonan NUBE bagi diisytiharkan anggotanya yang telah dipecat, dibuang atau diberhentikan kerja kekal dianggap sebagai anggota kesatuan.
Alizatul juga membenarkan rayuan kedua kesatuan itu dan 10 anggotanya bagi diisytiharkan Akta Kesatuan Sekerja 1959, dibaca bersama-sama dengan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, tidak menghalang anggotanya yang telah dipecat, dibuang atau diberhentikan kerja daripada memegang jawatan sebagai anggota kesatuan.
Alizatul, yang memerintahkan kos ditanggung para plaintif, berkata, mahkamah tidak akan membuat keputusan terhadap rayuan ketiga kerana para plaintif telah menarik balik permohonan itu.
Dalam rayuan ketiga, kesatuan itu memohon diisytiharkan bahawa Solomon, yang dilantik setiausaha agung pada 7 Ogos, 2005, dan dilantik semua ke jawatan yang sama pada 26 Julai, 2008, telah dilantik secara sah dan mengikut undang-undang.
Berikutan keputusan hari ini, Solomon akan kekal sebagai Setiausaha Agung NUBE hingga 2011.
NUBE memfailkan saman pemula pada 20 Ogos, 2008 selepas menerima surat daripada DGTU. – Bernama

PERJUMPAAN AHLI MAJLIS JAWATAKUASA KESUKMA DENGAN PENDAFTAR

KESUKMA
2/3/2010

Perjumpaan AMJK KESUKMA dengan Pendaftar telah diadakan di Bilik Majlis Aras 5 Bangunan Caselori pada 2/3/2010. Seramai 7 orang AMJK KESUKMA yang hadir diketuai oleh Presiden Tuan Haji Mat Isa Jamal, Naib Presiden Encik Abdul Rahman Haji Mohd Nordin, Setiausaha Tuan Haji Lokman Haji Mohamed, Penolong Setiausaha Hajah Zaitun Othman, Bendahari Haji Nadzri Daud dan AJK En. Ramli Mahmood dan Puan Fauziah. Isu dibincang mengenai petikaian pekerja, cadangan usul-usul yang akan dibawa dalam MBJ pada 4/3/2010. Bagi pihak pendaftar yang hadir adalah Pendaftar En. Ab Aziz Othman, En. Ashsan, Pn. Noraini dan Cik Nurul Elaladin.

Ahad, 21 Februari 2010

SANGGAR KERJA KESUKMA

Kesukma
21/2/2010



KESUKMA telah mengadakan sanggar kerja untuk sesi 2009/2011 di Hotel Impian Resort Morib Banting Selangor. Seramai 13 ahli majlis jawatan kuasa kerja. Sanggar Kerja ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran yang tinggi ahli-ahli ke atas tugas, tanggungjawab dan amanah yang dipikul dalam menguruskan Kesatuan. Disamping bagi memupuk semangat kerja berpasukan. Kebolehan menyampaikan ucapan dikhalayak ‘Pengucapan Awam’, kemahiran menyediakan kertas kerja dan penulisan minit mesyuarat yang merupakan sebahagian dari tugas Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja KESUKMA dalam Kesatuan/Organisasi. Pengisian aktiviti meliputi;

a. Mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Bil. 3 Sesi 2009-2011.

b. Ceramah Pengucapan Awam ‘Public Speaking’.

c. Ceramah Penyediaan Kertas Kerja Berkualiti dan Kemahiran menulis Minit Mesyuarat Gaya UKM.
Sanggar kerja ini di isi dengan Ceramah Public Speaking yang disampaikan oleh Encik Harun Bintang dari PPUKM, Penulisan Minit Mesyuarat dengan gaya UKM dan Penyediaan kertas kerja berkualiti yang disampaikan oleh Encik Othman Ahmad Ketua Penolong Pendaftar FSSK.


Abdul Rahman Nordin