Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Ahad, 24 Mei 2015

KESATUAN KAKITANGAN AM UKM KUKUH KERJASAMA DENGAN UMS

Azri Onn Bin Othman



Kota Kinabalu: Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma UKM) mengukuhkan lagi kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui lawatan ke universiti di Negeri di Bawah Bayu itu, baru-baru ini.
Lawatan Kesukma UKM Bangi yang disertai kira-kira 85 ahli itu mengadakan kunjungan terhadap Pemangku Pendaftar UMS, No’man Ahmad yang mewakili Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.
Rombongan Kesukma diketuai oleh Timbalan Presidennya, Hasnan Musa bersama Kumpulan Jururawat daripada pelbagai majikan di Selangor.
Dalam ucapan alu-aluannya, Presiden Kesatuan Kakitangan Am UMS (KEKAUMAS), Amat Jutrah Musnih mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kesukma UKM kerana memilih UMS sebagai tumpuan utama lawatan mereka.
Katanya, hubungan antara UKM dengan UMS memang sudah lama terjalin dalam kalangan pegawai pengurusan mahupun staf pelaksana kerana ramai staf yang bertugas di UMS berasal dari UKM Kampus Cawangan Sabah dahulu.
Beliau turut memaklumkan UMS kini mempunyai dua kampus iaitu di Wilayah Persekutuan Labuan dan Sandakan sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai IPTA yang unggul di rantau ini.
Sementara itu, No’man berharap kesemua peserta lawatan bergembira dengan kehadiran mereka ke UMS kerana prasarana yang terdapat di UMS tidak sama dengan universiti lain di Malaysia, ianya mudah diperolehi untuk mereka yang benar-benar menghayati akan kekayaan sumber alam yang terdapat di negeri yang memiliki gunung yang tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalunya.
Katanya, kakitangan UKM yang julung-julung kali datang ke Sabah khususnya UMS itu bukanlah lawatan kali terakhir kepada mereka kerana agak mudah akan kembali berulang kali ke Sabah.
Sambil mengucapkan selamat datang kepada semua ahli rombongan, No’man berkata hubungan pihak pekerja yang diketuai Amat Jutrah dengan pihak pengurusan di UMS memang akrab sekali.
“ Hubungan antara kakitangan dengan pengurusan UMS sangat baik hasil kebijaksanaan Presiden Kekaumas, Amat Jutrah dan tolak ansur Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dalam menangani masalah yang dihadapi kakitangan sokongan, “ katanya.
No’man yakin lawatan dari UKM itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam mengadakan jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang sama ada yang berkaitan pengurusan, kakitangan mahupun pelajar.
Sementara itu, dalam ucapan balasnya, Hasnan Musa amat kagum dengan kerjasama dan komitmen pihak Kesatuan UMS yang dapat mengatur kemudahan perjalanan para peserta yang datang ke Sabah.
“ Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada pihak pengurusan UMS kerana telah memberikan kerjasama dan layanan yang terbaik khususnya kepada Naib Canselor dan Jabatan Pendaftar UMS, “ katanya.
Presiden Kesukma UKM Bangi, Abd. Rahman Nordin melahirkan rasa sukacita dan terima kasih kepada pihak kesatuan dan pihak pengurusan UMS di atas jasa baik yang telah diberikan kepada kesatuan itu.
Beliau yang datang kemudian juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kekaumas yang diterajui Amat Jutrah kerana dapat mengaturkan program berkenaan.
Tamat.

Jumaat, 22 Mei 2015

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT TAHUN 2015

Berita Ewarga
22/5/2015




Kakitangan UKM yang berjawatan tetap adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Borang Kenaikan Pangkat boleh di muat turun di laman web Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) mengikut gred seperti yang diiklankan sahaja. Berikut adalah jawatan kenaikan pangkat:

1) Pegawai Kewangan W542) Pegawai Kewangan W523) Pegawai Teknologi Maklumat F484) Pegawai Penyelidik Sosial N485) Pegawai Pemulihan Perubatan U486) Penolong Pegawai Sains C387) Setiausaha Pejabat N368) Juruteknologi Makmal Perubatan U369) Juruteknologi Pergigian U3610) Setiausaha Pejabat N3211) Juruteknologi Makmal Perubatan U3212) Penjaga Jentera Elektrik J2613) Penyelia Asrama N2
 
Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Tahun 2015

Kakitangan UKM yang berjawatan tetap adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Borang Kenaikan Pangkat boleh di muat turun di laman web Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) mengikut gred seperti yang diiklankan sahaja. Berikut adalah jawatan kenaikan pangkat:

1) Pegawai Kewangan W542) Pegawai Kewangan W523) Pegawai Teknologi Maklumat F484) Pegawai Penyelidik Sosial N485) Pegawai Pemulihan Perubatan U486) Penolong Pegawai Sains C387) Setiausaha Pejabat N368) Juruteknologi Makmal Perubatan U369) Juruteknologi Pergigian U3610) Setiausaha Pejabat N3211) Juruteknologi Makmal Perubatan U3212) Penjaga Jentera Elektrik J2613) Penyelia Asrama N26
Tarikh buka iklan : 22 Mei 2015
Tarikh tutup iklan : 4 Jun 2015


Url : http://www.ukm.my/sppj
Lampiran
System.Byte[] Iklan kekosongan jawatan fuu.pdf
System.Byte[] Borang permohonan.doc