Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Isnin, 26 Oktober 2015

FAEDAH PEMINDAHAN GAJI BANTU PENJAWAT AWAM TANGANI KOS SARA HIDUP - CUEPACS

Bernama
23/10/2015


KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan dilaksana tahun depan dapat membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata ini bermakna mereka akan menikmati kenaikan gaji tahunan dua kali pada 2016.
|
"Kami mengucapkan terima kasih kerana perkara itu dipertimbangkan kerajaan. Kami juga kena memahami kedudukan kerajaan," katanya ketika diminta mengulas mengenai insentif kepada penjawat awam dalam Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Jumaat. Menurut Najib, kenaikan itu akan memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam melibatkan peruntukan RM1.1 bilion.

Senada dengan Azih, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Hashim Adnan berpendapat langkah berkenaan menunjukkan negara masih berada pada landasan ekonomi yang kukuh berbanding banyak negara lain. Najib turut mengumumkan pemberian khas RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas RM250 kepada 700,000 pesara kerajaan dengan jumlah keseluruhan hampir RM1 bilion, yang akan dibayar pada Jan 2016.

"Perubahan ekonomi dunia tidak menghalang pemberian ini, kita harus melihatnya secara positif. Negara lain ada yang muflis, namun kita masih mampu membayar gaji bulanan serta kenaikan walaupun nilai mata wang jatuh," katanya. Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Tan Sri Raja Wan Mahmood Pawan Teh pula menarik perhatian bahawa ramai pesara hidup di bawah paras kemiskinan dan agak terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini. -- BERNAMA


CUEPACS PUASHATI DENGAN GAJI ASA MINIMUM RM1,200

Bernama
24/10/2014



JOHOR BAHARU, 24 Okt (Bernama) -- Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata pihaknya berpuas hati dengan penetapan gaji asas minimum RM1,200 seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2016. Penetapan gaji ini amat dinantikan 60,000 penjawat awam terutama mereka yang tinggal di bandar serta baru memulakan pekerjaan termasuk golongan belia, kata beliau. Azih berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Ke-13 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia di sini hari.

Gaji asas minimum itu nanti turut diharapkan dapat membantu penjawat awam berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutamanya yang tinggal di bandar. Azih juga berkata CUEPACS berpuas hati berikutan kerajaan bersetuju menambah baik 252 skim perkhidmatan, menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan dan faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan dilaksanakan tahun depan.

Katanya pelantikan tetap pegawai lantikan 'Contract of Services' yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun adalah perkara yang harus dilakukan dan golongan itu berhak mendapat peluang itu. Beliau juga berkata penetapan gaji minimum baharu itu juga akan mengubah kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam dan kadar pencen yang akan dinikmati golongan berkenaan.

Khamis, 22 Oktober 2015

BERITA KESUKMA- SIJIL BRIDGING PROGRAM PEMBANTU MAKMAL

KESUKMA
22/10/2015




Kepada semua Pembantu Makmal yang telah lulus peperiksaan Bridging Program tetapi masih belum mendapat jawatan C27 (Penolong Pegawai Sains) mohon supaya dapat memberikan salinan sijil tersebut kepada saya dalam kadar segera sebelum 28 Oktober 2015. 

Salinan boleh dihantar melalui : emel : zaiton63@ukm.edu.my faks : 89213879 maklumat lanjut boleh hubungi Pn zaiton 0192398025 @ 89213233.

Kerjasama daripada tuan/puan amatlah diharapkan dan diucapkan terima kasih.




Jumaat, 2 Oktober 2015

TAHNIAH KENIAKAN PANGKAT KE GRED UTUAMA V (VU7) SKIM PEGAWAI TADBIR (N)

KESUKMA

 
Sukacita pihak Universiti merakamkan ucapan setinggi-tinggi Tahniah kepada Encik Abdul Razak Hussin, Timbalan Pengarah, Pejabat Naib Canselor di atas kejayaan beliau dalam Eksesais Kenaikan Pangkat ke Gred Utama C (VU7), Skim Pegawai Tadbir (N) yang berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2015.

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan yang diberikan oleh Universiti di atas pencapaian unggul perkhidmatan beliau selama ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberikan suntikan semangat kepada semua kakitangan Universiti ini untuk meningkatkan potensi diri dan untuk terus menyumbang kepada perkhidmatan yang terbaik di UKM.

Tahniah dan syabas!