Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Selasa, 6 November 2012

KAJIAN KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM HAD MAKSIMUM BERGANTUNG PERAKUAN SURUHAN JAYA KHAS -KSN

Bernama
6/11/2012


Kajian Kenaikan Gaji Penjawat Awam Had Maksimum Bergantung Perakuan Suruhanjaya Khas - KSNLANGKAWI, 6 Nov (Bernama) -- Kajian terhadap kenaikan gaji penjawat awam yang sudah mencapai had gaji maksimum akan hanya dijalankan sekiranya Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam selesai Disember ini, tetapi tidak membuat sebarang cadangan mengenainya.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata Suruhanjaya Khas itu telah pun mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan hasilnya akan dibentang Disember ini.
"Kita lihat apa idea baru Suruhanjaya itu. Jika tiada pembaharuan, kita akan mulakan kajian (kenaikan gaji) mulai Disember ini juga," katanya kepada Bernama semasa ditanya mengenai perkembangan terhadap kajian gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga maksimum.

Beliau baru-baru ini mengumumkan kajian itu tertumpu kepada penjawat awam yang sudah mencapai had gaji maksimum, daripada dua hingga lima peratus dan akan diberi kepada mereka yang memperoleh markah penilaian dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 80 peratus.


Ali ditemui selepas merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Perkhidmatan Awam peringkat kebangsaan kali ke-29 di sini semalam.


-- BERNAMA

Tiada ulasan: