kesukma
Ucapan Tahniah Kepada Abdul Rahman bin Haji Mohd Nordin
Jumaat, 23 Disember 2016
Khamis, 1 Disember 2016
SEMINAR KEPIMPINAN CERMERLANG KESATUAN SEKERJA
26-28 November 2016
Seminar Kepimpinan Cemerlang Kesatuan Sekerja elah diadakan di Swiss Garden Resort Hotel Beserah Kuantan. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Ybrs En Mustapa Ali Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Kesatuan Sekerja. Turut hari Tuan Haji Abd Razak Husin Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia, dan juga turut hadir sama En Kamarozaman Pengerusi CUEPACS Negeri Pahang.
Seminar Kepimpinan Cemerlang Kesatuan Sekerja elah diadakan di Swiss Garden Resort Hotel Beserah Kuantan. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Ybrs En Mustapa Ali Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Kesatuan Sekerja. Turut hari Tuan Haji Abd Razak Husin Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia, dan juga turut hadir sama En Kamarozaman Pengerusi CUEPACS Negeri Pahang.

Sermai 120 orang peserta yang hadir pada seminar kali ini. Peruntukan seminar ini adalah dari Dana Kerajaan Iaitu Dana Pemebangunan Kesatuan Sekerja. Seminar kali di buka kepada ahli kesukma yang berumur 40 tahun kebawah.Ia adalah bertujuan untuk memupuk semangat berkesatuan dan mencari pelapis kepimpinan yang baru.
Khamis, 1 September 2016
UKM KOMITED BANTU MASYARAKAT
Media UKM
6/8/2016

6/8/2016

Oleh Radzuan Ghazali
Foto Ikhwan Hashim
Foto Ikhwan Hashim
GRIK, 6 Ogos 2016 – Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) komited di dalam memberikan bantuan kepada
rakyat, termasuk masyakarat Orang Asli, untuk membantu meringankan
bebanan yang mereka hadapi.
Demikian menurut Timbalan Naib Canselor
Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dato’ Dr Imran Ho
Abdullah, selepas menyampaikan 13 kampit beras dan bekalan makanan
kering kepada Gomba Adik, Tok Batin di Kampung Chuweh, Pulau Banding,
Grik, Perak.
“Khidmat masyarakat yang diberikan dalam
bentuk bantuan makanan adalah usaha yang dilakukan oleh pihak
Universiti untuk meneruskan khidmat murni kepada masyarakat yang
memerlukan,” tambahnya.
Prof Datuk Dr Imran juga mencadangkan
supaya UKM menerima rombongan lawatan dari Kampung Chuweh yang akan
diuruskan oleh Pusat Tranformasi Komuniti (UCTC) UKM tidak lama lagi.
“Ini perlu, supaya masyarakat Orang Asli
dapat merasai suasana di kampus dan boleh mewujudkan hubungan yang
lebih rapat di antara kedua belah pihak,” katanya.
UKM juga akan membantu mendirikan pusat tadika bagi membantu anak-anak kampung tersebut mendapat pendidikan rendah.
Selain itu, Institut Tenaga Solar (SERI)
UKM turut memasang panel solar kepada tiga buah rumah untuk membekalkan
tenaga elektrik.
Sementara itu, Tok Batin Gomba melahirkan rasa gembira akan lawatan dan sumbangan yang diberikan oleh pihak UKM.
Katanya, sumbangan ini wajar
diperluaskan dalam bentuk bantuan pertanian atau perikanan supaya pihak
masyarakat kampungnya untuk memperolehi pendapatan.
Kampung Chuweh adalah sebuah kampung
kecil yang mempunyai seramai 43 orang penduduk iaitu 18 dewasa dan 24
kanak-kanak suku kaum Jahai dengan perjalanan dua jam dari jeti biasa.
Seramai 14 pegawai dan kakitangan UKM terlibat dalam projek khidmat masyarakat ini yang bermula dari 5 hingga 7 Ogos 2016.



Khamis, 18 Ogos 2016
Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Bil.2/2016
| Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Bil.2/2016 Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Bil.2/2016 Warga UKM yang berjawatan tetap adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Borang Kenaikan Pangkat boleh di muat turun di laman web Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) mengikut gred. Senarai kekosongan jawatan kenaikan pangkat adalah seperti berikut :
1) Pegawai Kebudayaan B48
2) Pustakawan S54
3) Pustawakan S52
4) Pustakawan S48
5) Pegawai Psikologi S48
6) Pegawai Kewangan W54
7) Pegawai Kewangan W52
8) Pegawai Kewangan W48
9) Pegawai Kewangan W44
10) Penolong Pegawai Sains C32
11) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA32
12) Pembantu Makmal C26
13) Pembantu Makmal C22
14) Pembantu Perpustakaan S26
15) Pembantu Perpustakaan S22
Sila layari laman web berikut : www.ukm.my/sppj
Tarikh buka iklan : 16 Ogos 2016 Tarikh tutup iklan : 29 Ogos 2016
| |
| Url | : http://www.ukm.my/sppj |
| Lampiran | |
Isnin, 8 Ogos 2016
Iklan Kekosongan Jawatan Lantikan Ogos 2016 Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM
Media KESUKMA
8/8/2016
Iklan Lantikan
1) PEGAWAI PERUBATAN UD41/UD43/UD47/UD51/UD53
2) PEGAWAI PERGIGIAN UG41/UG44/UG48/UG52/UG54
3) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U41
4) PEGAWAI SAINS C41
5) PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
6) JURURAWAT U29
7) JURUTERAPI PERGIGIAN U29
8) PENOLONG JURU UKUR BAHAN JA29
9) JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
10) PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN C29
11) JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) U29
12) PEMBANTU AKAUNTAN W19
13) PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
14) PENGAWAL KESELAMATAN KP11
15) PEMBANTU AWAM H11
CARA MEMOHON
(a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu smk.ukm.my/sppj
(b) Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat Pemohon dikehendaki mengisi mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web http://www.ppukm.ukm.my/jsm/, atau laman web Jabatan Pendaftar UKM. Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia Hospital Tuanku Canselor Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
(c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Tarikh Tutup Iklan : 18 OGOS 2016 (KHAMIS)
| ||
| Url | : http://smk.ukm.my/sppj | |
| Lampiran |
| |
Jumaat, 22 Julai 2016
KONVENSYEN PEMANTAPAN KERJA KE-7
Media KESUKMA
22/7/2016
| |||||||||||||||
Langgan:
Catatan (Atom)



![Lampiran System.Byte[]](http://ehebahan.ukm.my/sumber/Images/page.png)