Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Khamis, 1 September 2016

UKM KOMITED BANTU MASYARAKAT

Media UKM
6/8/2016





1
Oleh Radzuan Ghazali

Foto Ikhwan Hashim
GRIK, 6 Ogos 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited di dalam memberikan bantuan kepada rakyat, termasuk masyakarat Orang Asli, untuk membantu meringankan bebanan yang mereka hadapi.
Demikian menurut Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dato’ Dr Imran Ho Abdullah, selepas menyampaikan 13 kampit beras dan bekalan makanan kering kepada Gomba Adik, Tok Batin di Kampung Chuweh, Pulau Banding, Grik, Perak.
“Khidmat masyarakat yang diberikan dalam bentuk bantuan makanan adalah usaha yang dilakukan oleh pihak Universiti untuk meneruskan khidmat murni kepada masyarakat yang memerlukan,” tambahnya.
Prof Datuk Dr Imran juga mencadangkan supaya UKM menerima rombongan lawatan dari Kampung Chuweh yang akan diuruskan oleh Pusat Tranformasi Komuniti (UCTC) UKM tidak lama lagi.
“Ini perlu, supaya masyarakat Orang Asli dapat merasai suasana di kampus dan boleh mewujudkan hubungan yang lebih rapat di antara kedua belah pihak,” katanya.
UKM juga akan membantu mendirikan pusat tadika bagi membantu anak-anak kampung tersebut mendapat pendidikan rendah.
Selain itu, Institut Tenaga Solar (SERI) UKM turut memasang panel solar kepada tiga buah rumah untuk membekalkan tenaga elektrik.
Sementara itu, Tok Batin Gomba melahirkan rasa gembira akan lawatan dan sumbangan yang diberikan oleh pihak UKM.
Katanya, sumbangan ini wajar diperluaskan dalam bentuk bantuan pertanian atau perikanan supaya pihak masyarakat kampungnya untuk memperolehi pendapatan.
Kampung Chuweh adalah sebuah kampung kecil yang mempunyai seramai 43 orang penduduk iaitu 18 dewasa dan 24 kanak-kanak suku kaum Jahai dengan perjalanan dua jam dari jeti biasa.
Seramai 14 pegawai dan kakitangan UKM terlibat dalam projek khidmat masyarakat ini yang bermula dari 5 hingga 7 Ogos 2016.ukmnewsportal-bm
2
3

Tiada ulasan: