Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Isnin, 16 Januari 2017

ZAINAL RAHIM SEMAN KETUA PENGARAH BAHARU PERKHIDMATAN AWAM - KSN

Bernama
16/1/2017
PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa Zainal Rahim, 59, yang sebelum ini Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), menggantikan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Dis lepas. "Beliau berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran tanah dan daerah, pengurusan sumber manusia dan pengurusan projek pembangunan menerusi karier perkhidmatannya," kata Ali dalam kenyataan mengenai pelantikan itu hari ini.....

Jumaat, 23 Disember 2016

TAHNIAH PRESIDEN KESUKMA

kesukma


Ucapan Tahniah Kepada Abdul Rahman bin Haji Mohd Nordin




TAHNIAH SETIAUSA KESUKMA

kesukma

Ucapan Tahniah kepada Hajah Zaiton Othman


Khamis, 1 Disember 2016

SEMINAR KEPIMPINAN CERMERLANG KESATUAN SEKERJA

26-28 November 2016

Seminar Kepimpinan Cemerlang Kesatuan Sekerja elah diadakan di Swiss Garden Resort Hotel Beserah Kuantan.  Majlis perasmian telah dilakukan oleh Ybrs En Mustapa Ali Ketua Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Kesatuan Sekerja. Turut hari Tuan Haji Abd Razak Husin Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia, dan juga turut hadir sama En Kamarozaman Pengerusi CUEPACS Negeri Pahang.

Sermai 120  orang peserta yang hadir pada seminar kali ini. Peruntukan seminar ini adalah dari Dana Kerajaan Iaitu Dana Pemebangunan Kesatuan Sekerja. Seminar kali di buka kepada ahli kesukma yang berumur 40 tahun kebawah.Ia adalah bertujuan untuk memupuk semangat berkesatuan  dan mencari pelapis kepimpinan  yang baru.
 
 

Khamis, 1 September 2016

UKM KOMITED BANTU MASYARAKAT

Media UKM
6/8/2016





1
Oleh Radzuan Ghazali

Foto Ikhwan Hashim
GRIK, 6 Ogos 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited di dalam memberikan bantuan kepada rakyat, termasuk masyakarat Orang Asli, untuk membantu meringankan bebanan yang mereka hadapi.
Demikian menurut Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dato’ Dr Imran Ho Abdullah, selepas menyampaikan 13 kampit beras dan bekalan makanan kering kepada Gomba Adik, Tok Batin di Kampung Chuweh, Pulau Banding, Grik, Perak.
“Khidmat masyarakat yang diberikan dalam bentuk bantuan makanan adalah usaha yang dilakukan oleh pihak Universiti untuk meneruskan khidmat murni kepada masyarakat yang memerlukan,” tambahnya.
Prof Datuk Dr Imran juga mencadangkan supaya UKM menerima rombongan lawatan dari Kampung Chuweh yang akan diuruskan oleh Pusat Tranformasi Komuniti (UCTC) UKM tidak lama lagi.
“Ini perlu, supaya masyarakat Orang Asli dapat merasai suasana di kampus dan boleh mewujudkan hubungan yang lebih rapat di antara kedua belah pihak,” katanya.
UKM juga akan membantu mendirikan pusat tadika bagi membantu anak-anak kampung tersebut mendapat pendidikan rendah.
Selain itu, Institut Tenaga Solar (SERI) UKM turut memasang panel solar kepada tiga buah rumah untuk membekalkan tenaga elektrik.
Sementara itu, Tok Batin Gomba melahirkan rasa gembira akan lawatan dan sumbangan yang diberikan oleh pihak UKM.
Katanya, sumbangan ini wajar diperluaskan dalam bentuk bantuan pertanian atau perikanan supaya pihak masyarakat kampungnya untuk memperolehi pendapatan.
Kampung Chuweh adalah sebuah kampung kecil yang mempunyai seramai 43 orang penduduk iaitu 18 dewasa dan 24 kanak-kanak suku kaum Jahai dengan perjalanan dua jam dari jeti biasa.
Seramai 14 pegawai dan kakitangan UKM terlibat dalam projek khidmat masyarakat ini yang bermula dari 5 hingga 7 Ogos 2016.ukmnewsportal-bm
2
3

Khamis, 18 Ogos 2016

Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Bil.2/2016



Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Bil.2/2016 

Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Bil.2/2016 Warga UKM yang berjawatan tetap adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Borang Kenaikan Pangkat boleh di muat turun di laman web Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) mengikut gred. Senarai kekosongan jawatan kenaikan pangkat adalah seperti berikut : 

1) Pegawai Kebudayaan B48
2) Pustakawan S54 
3) Pustawakan S52
4) Pustakawan S48 
5) Pegawai Psikologi S48 
6) Pegawai Kewangan W54 
7) Pegawai Kewangan W52 
8) Pegawai Kewangan W48 
9) Pegawai Kewangan W44 
10) Penolong Pegawai Sains C32 
11) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA32 
12) Pembantu Makmal C26 
13) Pembantu Makmal C22 
14) Pembantu Perpustakaan S26 
15) Pembantu Perpustakaan S22 

Sila layari laman web berikut : www.ukm.my/sppj 
Tarikh buka iklan : 16 Ogos 2016 Tarikh tutup iklan : 29 Ogos 2016

Url: http://www.ukm.my/sppj
Lampiran

Isnin, 8 Ogos 2016

Iklan Kekosongan Jawatan Lantikan Ogos 2016 Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM


Media KESUKMA
8/8/2016



Iklan Lantikan 

1) PEGAWAI PERUBATAN UD41/UD43/UD47/UD51/UD53 
2) PEGAWAI PERGIGIAN UG41/UG44/UG48/UG52/UG54 
3) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U41 
4) PEGAWAI SAINS C41 
5) PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41 
6) JURURAWAT U29 
7) JURUTERAPI PERGIGIAN U29 
8) PENOLONG JURU UKUR BAHAN JA29 
9) JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29 
10) PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN C29 
11) JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) U29 
12) PEMBANTU AKAUNTAN W19 
13) PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11 
14) PENGAWAL KESELAMATAN KP11 
15) PEMBANTU AWAM H11 

CARA MEMOHON 
(a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu smk.ukm.my/sppj 
(b) Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat Pemohon dikehendaki mengisi mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web http://www.ppukm.ukm.my/jsm/, atau laman web Jabatan Pendaftar UKM. Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia Hospital Tuanku Canselor Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. 
(c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 
(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. 

Tarikh Tutup Iklan : 18 OGOS 2016 (KHAMIS)

Url: http://smk.ukm.my/sppj
Lampiran
System.Byte[] IKLAN LANTIKAN OGOS 2016.pdf