Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Isnin, 23 Disember 2013

TUNTUTAN KENAIKAN PANGKAT SECARA "ONE OFF" PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N22 KE N28 SEDANG DILAKSANAKAN.

Media Kesukma
23/12/23



Sukcita dimaklumkan seramai 33 Pembantu Setiausaha  yang berada di gred N22 sedang menjalani latihan di  Makmal Komputer   Kompleks Tun  Salleh Abas. pada 23-24 Disember 2013 . Setelah mereka lulus peperiksaan tersebut barulah layak untuk  ditemuduga pada 30 Disember 2013. Tuntutan ini berjaya dibuat oleh KESUKMA dalam mesyuarat MBJ bil 4/2013.. Kenaikan pangkat ini adalah secara one Off yang telah dikeluarkan oleh JPA dan tarikh tamat memohon  adalah 31 Disember 2013. KESUKMA mengucapkan semoga semua yang layak dapat kenaikan pangkat secara one off ini..

Jumaat, 20 Disember 2013

TAHNIAH - PRESIDEN DAN SETIAUSAHA KESUKMA BERJAYA MEMENANGI JAWATAN DALAM CUEPACS BAGI SESI 2013-2016

Media KESUKMA
20/11/2013



Tahniah kepada En. Abdul Rahman Mohd Nordin kerana berjaya memenangi jawatan Timbalan Setiausaha Agung II CUEPACS dan Puan Zaiton Othman berjaya memenangi jawatan Penolong Setiausaha Gred Sains CUEPACS bagi Sesi 2013-2016. Konvensyen Tritahunan telah diadakan pada 17-19 Disember 2013 di Dewan Wawasan PGRM Cheras Kuala Lumpur.


Isnin, 9 Disember 2013

AHLI KESUKMA BERTAMBAH LAGI

Media Kesukma
9/12/2013



Mesyuarat AMJK pada hari ini mememaklumkan pertambahan ahli KESUKMA sejak lepas aktiviti BTN di Kundangsang dan BTN bersama jururawat PPUKM di Langkawi. Perambahan hali 120 orang sedang disemak oleh Setiausaha dan Bendahari KESUKMA. Pertambahan ahli KESUKMA ini akan memantapkan lagi perjuangan dimasa akan datang yang penuh dengan rintangan yang menacabar. KESUKMA mengucapkan tahniah kepada ahli yang menerima 81 skim perkhidmatan yang telah diumumkan oleh Kerajaan. Ini adalah hasil perjuangan AMJK dan ahli KESUKMA yang telah matang. Keahlian KESUKMA telah mececah 1500 orang

Isnin, 4 November 2013

SIARAN MEDIA PERJUMPAAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA CUEPACS 1 NOVEMBER 2013

PASUKAN KOMUNIKASI
Jabatan Perkhidmatan Awam
1 November 2013



SIARAN MEDIA
PERJUMPAAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
 BERSAMA CUEPACS
1 NOVEMBER 2013
81 SKIM PERKHIDMATAN AWAM DINAIK TARAF
PUTRAJAYA  1 Noveber 2013 – Berikutan daripada  pembentangan Baget 2014 YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan seperti  yang diumumkan oleh YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara, baru-baru ini.. Penambahnbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam akan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang melibatkan 613,732 penyandang. Penambahbaikan ini merupakan salah satu Teras Transfomasi Perkhidmatan AwamPerlaksanaannya adalah bersesuaian dengan setiuasi semasa agar perkhidmatan awam kekal relevan bagai mencapai hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, nerpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
“ Kajian terhadap 81 skim-skim perkhidmatan awam berkenaan te;ah dilaksanakan secara rundingan di antara JPA, Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan, CUEPACS dan Kesatuan/Persatuan tiga(3) Majlis Bersama Kebangsaan iaitu ahli Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P), ahli Majlis Bersama  Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Sains dan Teknologi (MBK S&T) dan ahli Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja=Pekerja Am (MBK Am) agara penambahbaikan skim perkhidmatan tersebut mendapat persetujuan pihak kata YBhg Tan sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selepas pertemuan khas bersama pihak CUEPACS pada hari ini.
Pihak CUEPACS telah menyambut baik usaha Kerajaan ini dan bersedia untuk turut sama dalam program turun padang JPA ke seluruh negara bagi memberi taklimat tentang perlaksanaan ini, CUEPACS juga berpendapat bahawa masnya adalah amat sesuai serta dapat melonjakkan lagi kretibiliti penjawat awam.
“Berikutan pendapat 81 skim perkhidmatan ini, maka Kerajaan berjaya mengurangkan bilangan skim perkhidmatan  sedia ada dari 274 kepada 249 pada 1 Januari 2014 ’ kata Zabidi lagi.
Selaian dari CUEPACS, JPA juga akan mengadakan satu taklimat khas bagi memberi taklimat tentang perlaksanaan penambahbaikan ini pada 4 November 2013 kepada Ketua Perkhidmatan yang terlibat, ahli-ahli MBK S&T dan MBK Am serta kesatuan-kesatuan perkhidmatan yang berkaitan.
Skim-skim perkhidmatan awam yang telah sedia untuk dilaksanakan adalah :
a)                   Pengubalan skim perkhidmatan baharu iaitu Pensyarah Farmasi bagi menarik bakat dan calon terbaik untuk menyertai profesion ini serta memastikan laluan kemajuan kerjaya Penyarah Farmasi standing dengan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia.
b)                      Kenaikan taraf skim perkhidmatan Gred 1 – Gred 10 kepada Gred 11 berikutan penetapan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam adalah Penilaian Menengah Rendah (PMR)
c)                      Pengabungan 19 skim perkhidmatan kepada 7 skim perkhidmatan dengan tujuan mengembangkan kepakaran/kemahiran yang perbagai penambahbaikan peluang kemahuan kerjaya dan mobility pegawai.
Contoh pengabungan:

               Tukang K1 Gred R17,R24                =         Pembantu Kemahiran
                 Tukang K2 Gred R11, R22                         Gred  H17,H22, H26
                 Tukang K3 Gred R9, R14                          
d)                    Pengabungan 9 skim perkhidmatan kepada 5 skim perkihmatan bagi mrnambahbaik peluang kemajuan kerjaya berasaskan kesinambungan perkhidmatan:
Contoh:

·         Pembantu Veterinar                                    Pembantu Veterinar/
·         Penolong Pegawai Veterunar      =         Penolong Pegawai Veterinar
e)                 Pindaan perbekalan 25 skim perkhidmatan seperti nama skim perkhidmatan, nama  dan kod klasifikasi perkhidmatan, perubahan lapisan gred jawatan, pindaan syarat-syarat kelayakan masuk, perubahan syarat dalam pengesahan  perkhidnatan, perubahan syarat kenaikan pangkat, peruntukan kenaikan pangkat ke kumpulam pengurusan tertinggi, perubahan terma dan syarat umur Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dan peruntukan Syarat Indeks Jisim Badan (BMI)/ peruntukan syarat fizikal.
f)                     Penjumudan 7 skim perkhidmatan Juruteknik, Juruteknik Ukur dan Pembantu Pertanian bagi mengurangkan lapisan penyelia dalam organisasi.

PASUKAN KOMUNIKASI
Jabatan Perkhidmatan Awam
1 November 2013

Sabtu, 2 November 2013

CUEPACS MAHU PENAMBAHBAIKAN SKIM PADA SEMUA, BUKAN HANYA 81 SKIM

Bernama
1/11/2013

SHAH ALAM, 31 Okt (Bernama) -- CUEPACS mahu penambahbaikan skim perkhidmatan kakitangan awam tidak terhad kepada 81 skim sahaja sebaliknya meliputi kesemua lebih 200 skim.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata penambahbaikan skim perkhidmatan awam perlu dibuat secara menyeluruh bagi mengelak produktiviti dalam kalangan 1.3 juta penjawat awam terjejas jika 81 skim sahaja ditambah baik.

"Kita berharap bukan hanya untuk 81 skim sahaja, kita ada lebih 200 skim. Kita mahu sebelum 31 Dis ini, kalau boleh semua skim dapat penyelesaian," katanya semasa melawat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Padang Jawa Khamis.

Sebelum ini, beliau berkata kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti JPJ, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.

Begitu juga dengan kumpulan pentadbiran sistem maklumat dan kewangan serta kumpulan pengurusan dan profesional, katanya.

Omar berkata CUEPACS akan mendengar taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya Jumaat berkaitan skim yang akan ditambah baik dan pihaknya dijangka membangkitkan keperluan penambahbaikan kepada semua skim.

Beliau juga berkata gred gaji permulaan bagi anggota penguatkuasa masih rendah iaitu kira-kira RM800 sebulan berbanding gaji minimum yang ditetapkan kerajaan sebanyak RM900 sebulan.

-- BERNAMA

PENJAWAT AWAM TERLIBAT 81 SKIM DITAMBAH BAIK AKAN TERIMA SURAT OPSYEN BULAN INI - KPPA

Bernama
1/11/2013



PUTRAJAYA, 1 Nov (Bernama) -- Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.

Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini Jumaat, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.

"Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan," katanya.

Mohamad Zabidi berkata penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.

Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata kesatuan sekerja yang terlibat dalam penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan mengemukakan memorandum penambahbaikan skim perkhidmatan masing-masing kepada kerajaan.

Sementara itu Omar berkata skim-skim lain yang tidak termasuk dalam 81 skim yang ditambahbaik itu masih mempunyai harapan untuk mendapat peluang yang sama.

"Untuk skim yang lain, kami sedang berunding," katanya.

Jumaat, 4 Oktober 2013

CUEPACS MINTA JAWATAN PEMBANTU TADBIR DIGANTI

Bernama
3/10/2013

KANGAR, 3 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir yang secara tidak langsung boleh meningkatkan gred seramai 65,000 penyandang jawatan itu di seluruh negara.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata penyandang jawatan itu merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan mereka tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-11 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia di sini Khamis, beliau berkata CUEPACS telah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pertukaran nama jawatan itu serta meningkatkan gred jawatan berkenaan yang pada masa ini berada pada gred antara 17 dan 26.

Beliau berharap JPA dapat memberi pertimbangan dan respons sewajarnya atas permohonan itu sebelum tarikh konvensyen tahunan CUEPACS selama tiga hari mulai 17 Disember ini bagi membolehkan keputusan yang positif atas cadangan itu dimaklumkan pula kepada seluruh kakitangan berkenaan.

"Lebih diharapkan agar perkara ini dapat diketahui semasa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan bajet negara pada 25 Oktober akan datang," katanya.

Omar berkata CUEPACS juga mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi kelulusan pinjaman perumahan kepada kakitangan perkhidmatan awam mengikut harga rumah, bukan mengikut tangga gaji mereka dengan kadar faedahnya dikurangkan kepada satu peratus berbanding empat peratus sekarang.

Langkah itu dapat mengurangkan bebanan kakitangan awam yang membeli rumah berikutan harga rumah yang semakin meningkat, katanya.

Mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012, beliau berkata CUEPACS amat terkejut dengan laporan itu kerana ia meletakkan imej negatif kakitangan perkhidmatan awam yang lemah menjalankan tugas sehingga membazirkan wang kerajaan.

Sehubungan itu beliau berharap segala kelemahan oleh sebarang agensi sebagaimana yang didedahkan dalam laporan berkenaan dapat diperbetulkan segera supaya perkara itu tidak berulang dalam laporan tahun 2013 akan datang.

-- BERNAMA