Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Jumaat, 14 September 2012

KETUA JABATAN DIINGATKAN TIDAK ABAI KEBAJIKAN DAN KEPERLUAN ANGGOTA BAWAHAN - KSN

Bernama
14/9/2012


KUCHING, 13 Sept (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa pada Khamis mengingatkan semua ketua jabatan dan agensi kerajaan agar sentiasa mengambil berat kebajikan serta kemudahan kerja penjawat awam di bawah jabatan masing-masing.

Beliau berkata jangan hanya mengharapkan mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berkelas dunia kepada rakyat namun pada masa sama mereka bekerja dengan kemudahan dan suasana sebaliknya.

"Ketua jabatan jangan hanya melihat apa yang berlaku di hadapan kaunter perkhidmatan, lihat juga apa yang ada di belakang kaunter sama ada ia juga bertaraf dunia," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis.

Katanya selain itu beliau turut menggalakkan lebih ramai ketua jabatan dan agensi untuk turun padang melihat dengan lebih dekat pelaksanaan dasar kerajaan agar ia sampai kepada golongan sasar iaitu rakyat selain mencari penyelesaian segera kepada sebarang isu yang dibangkitkan.

Menurutnya konsep Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) bersama dengan cara kerja yang lebih kreatif dan inovatif penting dalam meningkatkan lagi perkhidmatan awam ke peringkat yang lebih baik.

-- BERNAMA

Ahad, 9 September 2012

CUEPACS HARAP KERAJAAN BERI BONUS TERBAIK KEPADA PENJAWAT AWAM

Bernama
10/9/2012




KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

"Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini Ahad.

Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik.

-- BERNAMA

Khamis, 30 Ogos 2012

CUEPACS MOHON 438 PEMBANTU MAKMAL IPTA DINAIKKAN PENOLONG PEGAWAI SAINS

Bernama
30/8/2012



ALOR GAJAH, 29 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menaikkan pangkat 438 pembantu makmal gred C17 di enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada jawatan Penolong Pegawai Sains gred C27.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kesemua mereka telah mengikuti kursus peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains, namun hingga kini belum dinaikkan pangkat.

"Kita mohon agar mereka yang belum dinaikkan pangkat ini dilantik secara 'one-off' sebelum 10 Nov depan," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat khas Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia, di sini Rabu.

Katanya perkara itu wajar kerana pembantu makmal terbabit menjalankan kerja termasuk di luar waktu pejabat dan menggunakan peralatan berteknologi tinggi bagi membantu pensyarah dan penyelidik, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

Omar berkata sebelum ini 750 pembantu makmal telah dinaikkan pangkat secara berperingkat oleh kerajaan.



-- BERNAMA

Rabu, 29 Ogos 2012

SAMBUTAN HARI RAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MERIAH

Media KESUKMA
29/8/2012


Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi warga UKM diadakan dengan penuh meriah dan silaturahim. Majlis dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Universiti, Naib Canselor, Timbalan, Naib Censelor dan Pegawai-pegawai Utama UKM. Kesukma berasa di boot  8 bersama dengan PKAUKM, PERTADI, PAKAT, Pendaftar dan Bendahari. Makanan Boot tersebut adalah anika bubur.

Gambar sumbangan dari Jurufoto UKM



Isnin, 27 Ogos 2012

SAMBUTAN HARI RAYA GAKUM DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (UTEM) AIR KEROH MELAKA

Media Kesukma
27/8/201

Gakum akan mengadakan sambutan Hari Raya Adil Fifti di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Seluruh gabungan kesatuan IPTA akan hadir di majlis sambutan Hari Raya Adilfitri. Pada sebelah pagi akan diadakan mesyuarat GAKUM.

Khamis, 16 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA

Media Kesukma
17/8/2012

KESUKMA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Program Gotong-royong memasak bubur lambuk telah berjaya diadakan di Pejabat KESUKMA Rumah Kesatuan Wisma Kayu pada 15 Ogos 2012 mulai jam 10.00pagi.Hadir dalam majlis ini ahli jawatankuasa  KESUKMA. Lebih kurang 550 bekas yang berisi bubur lambuk diagihkan kepada ahli kesukma yang hadir pada jam 2.00petang. Ini adalah salah satu aktiviti KESUKMA di bulan Ramadhan. Program ini akan lakukan ditahun hadapan. KESUKMA memohon maaf mana-mana ahli yang tidak dapat. insyallah akan datang KESUKMA akan membuat lebih besar lagi jumlah agihan bubur lambuk.

Khamis, 9 Ogos 2012

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUNG - AMJK KESUKMA

Media KESUKMA
10/8/2012




Kesukma mengucapkan selamat beribadah dalam bulan Ramadhan. Program Gotong-royong memasak bubur lambuk akan diadakan di Pejabat KESUKMA Rumah Kesatuan Wisma Kayu pada 15 Ogos 2012 mulai jam 10.00pagi. Gotong-royong ini terdiri dari AMKJ KESUKMA. Ahli yang berminat untuk bersama menjayakan program ini sila hadir pada masa yang telah dimaklumkan.

Program penagihan bubur lambuk akan diberi pada pukul 2.00 petang. KESUKMA menjemput ahli datang mengambil bubur lambut tersebut