PASUKAN KOMUNIKASI
Jabatan Perkhidmatan Awam
1 November 2013
SIARAN
MEDIA
PERJUMPAAN
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
BERSAMA CUEPACS
1
NOVEMBER 2013
81
SKIM PERKHIDMATAN AWAM DINAIK TARAF
PUTRAJAYA 1 Noveber 2013 –
Berikutan daripada pembentangan Baget
2014 YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan
seperti yang diumumkan oleh YBhg Tan Sri
Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara, baru-baru ini.. Penambahnbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam akan dilaksanakan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang melibatkan 613,732 penyandang. Penambahbaikan
ini merupakan salah satu Teras Transfomasi Perkhidmatan AwamPerlaksanaannya
adalah bersesuaian dengan setiuasi semasa agar perkhidmatan awam kekal relevan
bagai mencapai hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju,
nerpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
“ Kajian terhadap 81
skim-skim perkhidmatan awam berkenaan te;ah dilaksanakan secara rundingan di
antara JPA, Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan, CUEPACS dan Kesatuan/Persatuan
tiga(3) Majlis Bersama Kebangsaan iaitu ahli Majlis Bersama Kebangsaan Bagi
Pekerja-Pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P), ahli Majlis
Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja
Sains dan Teknologi (MBK S&T) dan ahli Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja=Pekerja
Am (MBK Am) agara penambahbaikan skim perkhidmatan tersebut mendapat
persetujuan pihak kata YBhg Tan sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam selepas pertemuan khas bersama pihak CUEPACS pada hari ini.
Pihak CUEPACS telah
menyambut baik usaha Kerajaan ini dan bersedia untuk turut sama dalam program
turun padang JPA ke seluruh negara bagi memberi taklimat tentang perlaksanaan
ini, CUEPACS juga berpendapat bahawa masnya adalah amat sesuai serta dapat
melonjakkan lagi kretibiliti penjawat awam.
“Berikutan pendapat 81 skim
perkhidmatan ini, maka Kerajaan berjaya mengurangkan bilangan skim
perkhidmatan sedia ada dari 274 kepada 249 pada 1 Januari 2014 ’ kata
Zabidi lagi.
Selaian dari CUEPACS, JPA
juga akan mengadakan satu taklimat khas bagi memberi taklimat tentang perlaksanaan
penambahbaikan ini pada 4 November 2013
kepada Ketua Perkhidmatan yang terlibat, ahli-ahli MBK S&T dan MBK Am serta
kesatuan-kesatuan perkhidmatan yang berkaitan.
Skim-skim perkhidmatan awam
yang telah sedia untuk dilaksanakan adalah :
a) Pengubalan
skim perkhidmatan baharu iaitu Pensyarah Farmasi
bagi menarik bakat dan calon terbaik untuk menyertai profesion ini serta
memastikan laluan kemajuan kerjaya Penyarah Farmasi standing dengan Pegawai
Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia.
b)
Kenaikan
taraf skim perkhidmatan Gred 1 – Gred 10 kepada Gred 11
berikutan penetapan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam adalah
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
c)
Pengabungan
19 skim perkhidmatan kepada 7 skim perkhidmatan
dengan tujuan mengembangkan kepakaran/kemahiran yang perbagai penambahbaikan
peluang kemahuan kerjaya dan mobility pegawai.
Contoh
pengabungan:
Tukang K1 Gred R17,R24 = Pembantu Kemahiran
Tukang K2 Gred R11, R22 Gred H17,H22, H26
Tukang K3 Gred R9, R14
d)
Pengabungan
9 skim perkhidmatan kepada 5 skim perkihmatan bagi mrnambahbaik
peluang kemajuan kerjaya berasaskan kesinambungan perkhidmatan:
Contoh:
· Pembantu Veterinar Pembantu
Veterinar/
·
Penolong Pegawai Veterunar = Penolong Pegawai Veterinar
e)
Pindaan
perbekalan 25 skim perkhidmatan seperti nama skim
perkhidmatan, nama dan kod klasifikasi
perkhidmatan, perubahan lapisan gred jawatan, pindaan syarat-syarat kelayakan
masuk, perubahan syarat dalam pengesahan
perkhidnatan, perubahan syarat kenaikan pangkat, peruntukan kenaikan
pangkat ke kumpulam pengurusan tertinggi, perubahan terma dan syarat umur
Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dan peruntukan Syarat Indeks Jisim Badan
(BMI)/ peruntukan syarat fizikal.
f)
Penjumudan
7 skim perkhidmatan Juruteknik, Juruteknik Ukur dan Pembantu
Pertanian bagi mengurangkan lapisan penyelia dalam organisasi.
PASUKAN KOMUNIKASI
Jabatan Perkhidmatan Awam
1 November 2013