Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Selasa, 4 Mei 2010

OMAR BIDAS KETUA JABATAN LABEL CUEPACS HARAM

Sinar
3/3/2010


KUALA TERENGGANU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kesal dengan sikap segelintir ketua jabatan kerajaan yang menyifatkan Cuepacs sebagai haram dan melarang pekerjanya menghadiri perhimpunan anjuran kesatuan itu. Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya kini masih menunggu laporan sebelum mengemukakan nama jabatan yang sukar memberikan kerjasama itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Menurutnya, Pengerusi Cuepacs setiap negeri ketika ini telah diarah mendapatkan butir mengenai jabatan yang mengharamkan Cuepacs dan laporan mengenainya akan dibawa pada peringkat kerajaan. “Kami terima maklumat, ada sesetengah ketua jabatan tidak menyokong dan mengharamkan pekerja mereka menjadi ahli Cuepacs untuk menyertai perhimpunan atau program yang kami adakan, seolah-olah Cuepacs seperti sebuah kesatuan tidak berdaftar. “Malah, ada ketua jabatan yang bertindak menukar pekerja mereka ke tempat lain gara-gara pekerja mereka aktif dalam Cuepacs dan keadaan ini tidak adil,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam 2010, anjuran Cuepacs di Stadium Negeri, di sini, semalam. Mengulas lanjut, beliau berkata, sikap segelintir ketua jabatan terbabit menyebabkan pekerja mereka sentiasa khuatir kerana takut ditukar, seterusnya menjadikan suasana kerja tidak lagi harmoni. “Sepatutnya ketika ini Cuepacs memperjuangkan nasib pekerja sektor awam membabitkan semua peringkat dan ketua jabatan berkenaan perlu memberikan kerjasama. "Jika ada perkara yang tidak betul, mereka boleh ketengahkan dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang diiktiraf kerajaan," katanya

Tiada ulasan: