Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Khamis, 18 Ogos 2016

Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Bil.2/2016



Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Bil.2/2016 

Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Bil.2/2016 Warga UKM yang berjawatan tetap adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Borang Kenaikan Pangkat boleh di muat turun di laman web Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) mengikut gred. Senarai kekosongan jawatan kenaikan pangkat adalah seperti berikut : 

1) Pegawai Kebudayaan B48
2) Pustakawan S54 
3) Pustawakan S52
4) Pustakawan S48 
5) Pegawai Psikologi S48 
6) Pegawai Kewangan W54 
7) Pegawai Kewangan W52 
8) Pegawai Kewangan W48 
9) Pegawai Kewangan W44 
10) Penolong Pegawai Sains C32 
11) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA32 
12) Pembantu Makmal C26 
13) Pembantu Makmal C22 
14) Pembantu Perpustakaan S26 
15) Pembantu Perpustakaan S22 

Sila layari laman web berikut : www.ukm.my/sppj 
Tarikh buka iklan : 16 Ogos 2016 Tarikh tutup iklan : 29 Ogos 2016

Url: http://www.ukm.my/sppj
Lampiran

Isnin, 8 Ogos 2016

Iklan Kekosongan Jawatan Lantikan Ogos 2016 Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM


Media KESUKMA
8/8/2016



Iklan Lantikan 

1) PEGAWAI PERUBATAN UD41/UD43/UD47/UD51/UD53 
2) PEGAWAI PERGIGIAN UG41/UG44/UG48/UG52/UG54 
3) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U41 
4) PEGAWAI SAINS C41 
5) PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41 
6) JURURAWAT U29 
7) JURUTERAPI PERGIGIAN U29 
8) PENOLONG JURU UKUR BAHAN JA29 
9) JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29 
10) PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN C29 
11) JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) U29 
12) PEMBANTU AKAUNTAN W19 
13) PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11 
14) PENGAWAL KESELAMATAN KP11 
15) PEMBANTU AWAM H11 

CARA MEMOHON 
(a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu smk.ukm.my/sppj 
(b) Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat Pemohon dikehendaki mengisi mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web http://www.ppukm.ukm.my/jsm/, atau laman web Jabatan Pendaftar UKM. Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia Hospital Tuanku Canselor Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. 
(c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 
(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. 

Tarikh Tutup Iklan : 18 OGOS 2016 (KHAMIS)

Url: http://smk.ukm.my/sppj
Lampiran
System.Byte[] IKLAN LANTIKAN OGOS 2016.pdf

Jumaat, 22 Julai 2016

KONVENSYEN PEMANTAPAN KERJA KE-7


Media KESUKMA
22/7/2016


Konvensyen Pemantapan Kerja Ke-7

Sukacita dimaklumkan bahawa KESUKMA akan mengadakan konvensyen yang akan di adakan pada: 

Tarikh: 23 - 25 Ogos 2016 
Tempat : BTN Balik Pulau Pulau Pinang 
Masa 8.00 pagi - 5.00 petang 

Setiap penyertaan di kenakan bayaran ( RM300 AHLI KESUKMA ) dan RM350 BUKAN AHLI 

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :
1) Pn. Zaiton 019-3886025
2) Noraidi 012-9063880
3) Pn. Fauziah 019-4734374
4) Hasnan Musa 013-2552641

Tarikh Acara: Mula: 23/08/2016 Tamat: 25/08/2016
Masa Acara: Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat: Kem BTN Balik Pulau PULAU PINANG
Penganjur / Penganjur Bersama: KESUKMA
Lampiran
System.Byte[] Borang Penyertaan.pdf


Khamis, 14 Julai 2016

JAMUAN HARI RAYA KESUKMA 2016

Media KESUKMA
14/7/2016
 

Semua ahli KESUKMA sahaja dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan hari raya yang akan di adakan pada:


Tarikh Acara : Mula: 19/07/2016 Tamat: 19/07/2016
Masa Acara : Mula: 10:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat : Dataran Kesukma Wisma Kayu
Penganjur / Penganjur Bersama : KESUKMA

JAMUAN HARI RAYA CUEPACS

Media KESUKMA
14/7/2016


Sukacita dimaklumkan CUEPACS akan mengadakan jamuan raya,Justeru itu beliau mempelawa kepada warga UKM yang berminat boleh hadir seperti maklumat yang di bawah. 

Untuk makluman sebuah bas akan di sediakan bagi pengankutan ke majlis berkenaa.Majlis juga mengadakan tema pemakaian dengan warna ROYAL BLUE sekiranya ada. 

Semua peserta di harap berkumpul di Panggung Seni pada jam 8.00 pagi.Sebarang pertanyaan sila hubungi ADY 012-9063880.

Tarikh Acara : Mula: 21/07/2016 Tamat: 21/07/2016
Masa Acara : Mula: 10:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat : Bagunan CIDB CHERAS
Penganjur / Penganjur Bersama : CUEPACS

Isnin, 27 Jun 2016

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN LANTIKAN JUN 2016 DI PUSAT PERUBATAN UKM

Ewarga
28/6/2016
 
Iklan Lantikan Jawatan kosong

1) JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
2) PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
3) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
4) PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

CARA MEMOHON 
(a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu smk.ukm.my/sppj
(b) Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat Pemohon dikehendaki mengisi mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web http://www.ppukm.ukm.my/jsm/, atau laman web Jabatan Pendaftar UKM.  Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia Hospital Tuanku Canselor Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
(c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Tarikh Tutup Iklan : 11 Julai 2016 (Isnin)


Url : http://smk.ukm.my/sppj
Lampiran
System.Byte[] Iklan Lantikan.pdf

Ahad, 1 Mei 2016

HARAPAN PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA SEMPENA HARI PEKERJA

Berita UKM
Oleh Vinoothene Chandrasekaran
Foto Izwan Azman dan Mohd Noor Ramly

BANGI, 1 Mei 2016 – Kakitangan Am di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menjalankan tugas-tugas mereka sebaik mungkin, kata Presiden Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA) Abdul Rahman Hj Mohd Nordin.
Walaupun mereka mempunyai hak-hak mereka sebagai pekerja, Abdul Rahman mengakui bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab kepada pihak pengurusan.
“Saya mengharapkan supaya penjawat awam terutamanya pekerja UKM menjalakan kerja dengan produktif bagi menjayakan kerajaan ke arah pembangunan negara yang maju,” katanya dalam satu temu bual dengan Portal Berita UKM sempena Hari Pekerja hari ini.
Pada masa yang sama, beliau berjanji untuk melaksanaakan tanggungjawab sebagai kakitangan UKM dan melindungi hak-hak pekerja, sama ada di universiti atau di sektor awam yang lain.
Abdul Rahman, yang juga Timbalan Setiausaha Agung II Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhimatan Awam (CUEPACS), berkata ramai penjawat am bergantung kepada beliau untuk mengemukakan kepentingan mereka.

Beliau menjelaskan bahawa dalam usaha untuk memperjuangkan hak-hak mereka, tidak ada orang lain yang berani kerana mereka takut dipecat.
“Sekarang, masalah seperti kenaikan pangkat telah diselesaikan,” katanya.
Beliau menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab memastikan layanan adil untuk pekerja, terutama mengenai merangka dasar elaun pekerja, gaji dan skim perkhidmatan.
Berkhidmat untuk UKM selama 20 tahun sebagai Penolong Jurutera Mekanikal bawah Jabatan Pengurusan dan Pembangunan, beliau percaya bijak menguruskan masa adalah kunci menjadi pemimpin kesatuan sekerja yang baik.
Rahman selang bertugas pada malam dan siang menjaga logi penyejuk , manakala pada waktu petang lebih tertumpu kepada hal-ehwal KESUKMA dan CUEPACS.