Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Ahad, 20 Mac 2011

GAJI KUMPULAN SOKONGAN IPTA TIDAK SESUAI - CUEPACS

Bernama
20/3/2011




SHAH ALAM, 19 Mac (Bernama) -- Hampir 40 peratus daripada 55,000 kakitangan kumpulan sokongan di 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara masih mendapat gaji asas yang tidak sesuai dengan kos sara hidup semasa, kata Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman.

Beliau berkata di bawah Skim Saraan Universiti (SSU), gaji permulaan kakitangan kumpulan sokongan I ialah RM850 sebulan dan RM647 sebulan bagi kumpulan sokongan II.

"Oleh itu Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (GAKUM) sedang menyiapkan memorandum untuk meminta satu gaji minimum baru ditetapkan untuk kumpulan sokongan ini.

"GAKUM akan mengadakan mesyuaratnya di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada 17 dan 18 April ini bagi menyiapkan memorandum berkenaan sebelum diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin," katanya.

Omar berkata setakat ini 85 peratus daripada memorandum itu telah disiapkan semasa perjumpaan jawatankuasa khas membuat penambahbaikan SSU yang membabitkan semua wakil Gakum seluruh negara, di sini.

Beliau berkata GAKUM memohon sekurang-kurangnya gaji asas minimum kumpulan sokongan 1 dan 11 IPTA ialah pada paras RM1,100 sebulan.

-- BERNAMA

Ahad, 9 Januari 2011

PERJUMPAAN PEGAWAI TERTINGGI KESUKMA DENGAN PENGARAH JABATAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN

Media Kesukma
8/1/2011




Pegawai Tertinggi KESUKMA akan berjumpa dengan Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan mengenia Isu Pekerja Kontrak yang diserapkan ke Perkhidmatan Gaji Hari. Perjumpaan ini diadakan pada 10 Januari 2011 jam 2.00petang. Seramai lebih kurang 15 orang penjawat awam yang berjawatan tetap dan sementara akan terlibat. Jawatan yang paling ramai terlibat adalah Jawatan Pembantu Rendah Awam.

CALON DARI UNIVERSITI (GAKUM) YANG MENANG BERTANDING DALAM PEMILIHAN KONVENSYEN TRI-TAHUNAN CUEPACS KE-25 SESI 2010-2013

TAHNIAH CALON DARI UNIVERSITI (GAKUM) YANG MENANG BERTANDING DI
KONVENSYEN TRI-TAHUNAN CUEPACS
KE-25 SESI 2010-2013





PRESIDEN
Tuan Haji Omar bin Haji Osman
(Universti Putra Malaysia)
(Kesatuan: KEPERTAMA)




TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG III
Sdra. Abdul Rahman bin Haji Mohd Nordin
(Universiti Kebangsaan Malaysia)
(Kesatuan: KESUKMA)





TIMBALAN SETIAUSAHA KEWANGAN
Sdra. Mohd Razali bin Singah
(Universiti Putra Malaysia)
(Kesatuan: KEPERTAMA)




NAIB PENGERUSI SAINS, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Sdra. Zulkifli bin Mohamad
(Universiti Institut Teknologi MARA)
(Kesatuan: KKUITM)





PENOLONG SETIAUSAHA GRED KEJURUTERAAN
Sdra. Razak bin Darus
(Universiti Malaya)
(Kesatuan: UMGSU)




PENOLONG SETIAUSAHA KEWANGAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Sdra. Mohd Arpandi bin Said
(Universiti Putra Malaysia)
(Kesatuan: KEPERTAMA)

MESYUARAT AMJK KESUKMA SESI 2009-2011 BIL.7

Media Kesukma
7/1/2011



Mesyuarat Ahli Majlis Jawatakuasa KESUKMA akan adakan pada:

Tarikh: 13 Januari 2011 (Khamis)

Masa : 9.00pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat KESUKMA , Wisma Kayu.


Semua AMJK diwajibkan hadir


Selasa, 28 Disember 2010

MESYUARAT KHAS GAKUM

Media Kesukma
29/12/2010



Mesyuarat Khas Gakum dan perjumpaan dengan KSU Kementerian Pengajian Tinggi (Amanat Tahun Baru) akan diadakan pada 25 Jan 2010 jam 10.00 pagi di Bilik Konfren, Bangunan E Learning UPSI Tanjung Malim Perak.