Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Isnin, 29 November 2010

PERMOHONAN KHIDMAT MASYARAKAT DIBAWAH ANJURAN KESUKMA

Media Kesukma
29/11/2010




KESUKMA sedang mencari sukarelawan dalam kerja KHIDMAT MASYARAKAT dibawah anjuran KESUKMA kepada ahli yang berminat sila kemukakan borang keahlian dilampirkan atau hubungi Presiden KESUKMA untuk dapatkan borang. Keahlian 40 sukarelawan sahaja diperlukan. t.kasih

Presiden Kesukma



Borang Permohonan




Rabu, 3 November 2010

PEMBERIAN BONUS KEPADA KAKITANGAN AWAM BUKAN SATU KEMESTIAN

Berita Harian
2010/11/03




MERUJUK surat oleh 'Layak Dihargai, Kuala Lumpur' dalam ruangan ini baru-baru ini, saya bersependapat dengan beliau bahawa pemberian bonus sepatutnya hanya untuk mereka yang menjalankan tugas dan amanah dengan baik serta cemerlang. Ia harus bersifat subjektif dan bukan kemestian kepada seluruh kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang.

Namun, setinggi tahniah kepada Presiden CUEPACS, Omar Osman kerana menjalankan kerjanya dengan baik sebagai satu daripada tugas utamanya meminta bonus dan kenaikan gaji daripada kerajaan setiap tahun. Alasan yang cukup sinonim agar dapat ‘memberikan suntikan semangat selain meringankan beban kakitangan awam’.

Secara logik dan praktikal sejauh manakah suntikan semangat itu berkesan dan memenuhi matlamat? Mengapa dan sampai bila, beban serta masalah kakitangan awam perlu ditanggung kerajaan? Bukankah mereka semua menerima imbuhan yakni gaji yang berpatutan dengan taraf jawatan serta pendidikan masing-masing. Perlu difahami secara tidak langsung pemberian bonus ini umpama ‘subsidi’ tunai tambahan kepada kakitangan awam selain pelbagai kemudahan disedia dan diberikan. Belajarlah hidup ‘berdikari’ dan memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah sendiri. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan sewajarnya. Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang, jika kita sendiri tidak berusaha menambahkannya.

Pada saya tindakan berterusan mendesak kerajaan agar diberikan juga bonus, bukan langkah yang bijak. Ia dilihat lebih kepada tindakan berkepentingan sendiri. Kerajaan sudah menjelaskan dengan baik mengapa tidak boleh diberikan bonus. Sepatutnya semua kakitangan awam memahami dan menerimanya dengan baik. Namun, atas keprihatinan kerajaan ada juga ‘sagu hati’ dan insentif lain diberikan. Janganlah nanti dikatakan tidak tahu berterima kasih. Sepatutnya, semua pihak bersyukur dan bukan terus mendesak dan mencari kesalahan pihak lain. Jika berdasarkan alasan itu, bukan semua kakitangan awam layak dan patut menerima bonus. Saya menyokong penuh pemberian bonus, tetapi ia harus diberikan hanya kepada mereka yang benar-benar layak. Mungkin boleh diguna pakai formula daripada swasta. Hanya kakitangan awam yang terbukti kuat bekerja dan rajin demi kemajuan, pembangunan dan keuntungan jabatan layak diberikan bonus.

PEGAWAI KANAN 44,
Selangor

Sabtu, 30 Oktober 2010

MESYUARAT AMJK KESUKMA SESI 2009-2011 BIL.6

Media Kesukma
30/101/1010.



Mesyuarat AMJK KESUKMA akan diadakan pada:

Tarikh: 4 November 2010
Masa : 9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Kesukma, Wisma Kayu.


Semua AMJK Kesukma di wajibkan hadir

Rabu, 6 Oktober 2010

KESUKMA MENGADAKAN SKUAT SUKARELA

Media
Kesukma
6/10/2010


Kesukma akan mengadakan skuad sukarela untuk membantu apa-apa yang diperlukan bantuan tenaga. Sukarela ini akan diambil dalam jumlah 40 orang untuk membantu universiti yang memerlukan tenaga sukarela seperti m mangsa sembantu banjir, bencana alam dan lain-lain. Skuad sukarela ini diberi nama SUKA kata Tuan Haji Isa Jamal Presiden KESUKMA.

Perkara ini akan dibawa dalam mesyuarat AMJK akan datang.

Ahad, 3 Oktober 2010

MESYUARAT KONVENYEN PEMANTAPAN KERJA KE-5 BIL.6

Media Kesukma
3/10/2010



Mesyuarat Pemantapan Kerja Ke-5 bil.6 akan diadakan pada:

Tarikh: 6 Oktober 2010

Tempat : Bilik Mesyuarat FSKB tingkat 5 Kampus Kuala lumpur

Masa : 2.30pm

* catatan: Mesyuarat dipercepatkan pada pukul 11.00am di Bilik Seminar Paras 2

Khamis, 23 September 2010

CUEPACS MAHU KERJAAN PERTIMBANGKAN BERI BONUS

Berita Harian
23/9/2010



SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.

Presidennya, Omar Osman berkata, Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan. Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus itu. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan. "Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin meyakinkan," katanya ketika ditemui selepas kunjungan Aidilfitri bersama Persatuan Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Malaysia dan Kesatuan Pembantu Pembangunan Masyarakat Semenanjung Malaysia di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau membidas pihak yang mendakwa kesatuan itu hanya tahu menuntut kenaikan gaji dan bonus untuk kira-kira 1.2 juta kakitangan awam setiap tahun.

Omar berkata, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana memang adalah antara matlamat penubuhan kesatuan itu.

"Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan CUEPACS dan jangan ada mana-mana pihak mempertikaikan tuntutan yang dibuat," katanya
Beliau berkata, tuntutan pemberian bonus setiap tahun, termasuk dua bulan tahun ini kerana kakitangan awam tidak seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta lain yang boleh mendapat bonus hingga empat atau lima bulan, katanya.

Sabtu, 18 September 2010

MESYUARAT KONVENSYEN PEMANTAPAN KERJA KE-5 BIL5

Media
Kesukma
18/9/2010


Mesyuarat Konvensyen Pemantapan Kerja Ke-5 Bil.6 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 September 2010 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Kesukma, Wisma Kayu , UKM