Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Khamis, 23 September 2010

CUEPACS MAHU KERJAAN PERTIMBANGKAN BERI BONUS

Berita Harian
23/9/2010



SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.

Presidennya, Omar Osman berkata, Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan. Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus itu. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan. "Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin meyakinkan," katanya ketika ditemui selepas kunjungan Aidilfitri bersama Persatuan Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Malaysia dan Kesatuan Pembantu Pembangunan Masyarakat Semenanjung Malaysia di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau membidas pihak yang mendakwa kesatuan itu hanya tahu menuntut kenaikan gaji dan bonus untuk kira-kira 1.2 juta kakitangan awam setiap tahun.

Omar berkata, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana memang adalah antara matlamat penubuhan kesatuan itu.

"Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan CUEPACS dan jangan ada mana-mana pihak mempertikaikan tuntutan yang dibuat," katanya
Beliau berkata, tuntutan pemberian bonus setiap tahun, termasuk dua bulan tahun ini kerana kakitangan awam tidak seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta lain yang boleh mendapat bonus hingga empat atau lima bulan, katanya.

Sabtu, 18 September 2010

MESYUARAT KONVENSYEN PEMANTAPAN KERJA KE-5 BIL5

Media
Kesukma
18/9/2010


Mesyuarat Konvensyen Pemantapan Kerja Ke-5 Bil.6 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 September 2010 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Kesukma, Wisma Kayu , UKM

Jumaat, 27 Ogos 2010

MESYUARAT KONVENSYEN PEMANTAPAN KERJA KE-5 BIL5

Media Kesukma
27/8/2010



Mesyuarat Konvensyen Pemantapan Kerja Ke 5 bil .5 akan diakan pada

Tarikh: 3 September
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Kesukma , Wisma Kayu UKM

Khamis, 26 Ogos 2010

PERJUMPAAN PENGURUSAN PPUKM BERSAMA JAWATAN KUASA KESUKMA UKM

Media Kesukma
26/8/2010
Kesukma akan mengadakan perjumpaa dengan Pengurusan PPUKM seperti berikut:
Tarikh : 1 September 2010
Masa : 9.00pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Lembaga, Pusat Perubatan UKM.

Rabu, 25 Ogos 2010

DUIT RAYA

Berita Harian
2010/08/26




PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 SyawalKUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal. Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.
Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan. Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan. Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu. Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya. Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara. Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

Isnin, 23 Ogos 2010

PERJUMPAAN PENDAFTAR DENGAN AHLI JAWATANKUASA KESUKMA

Media Kesukma
23/8/2010


Penjumpaan Pendaftar dengan Ahli Majlis Jawatankuasa KESUKMA adakan diadakan:

Tarikh : 25/8/2010
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Pro aras 2 Bangunan Canselori UKM

Selasa, 17 Ogos 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAPAN KERJA KE-5 BIL 4

Media Kesukma
17/8/2010



Tarikh: 20/8/2010
Masa : 9.30pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Kesukma Wisma Kayu UKM