Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Rabu, 8 Julai 2015

BERITA KESUKMA : KEMASKINI ALAMAT AHLI KESUKMA

Kesukma
8/7/2015


Kepada semua ahli KESUKMA adalah diminta mengemaskini alamat tuan/puan bagi tujuan surat menyurat dan penghantaran notis mesyuarat agung KESUKMA ke-21.
 
Borang telah dihantar pada awal tahun tetapi masih ramai lagi yang belum menghantar kembali.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi: Pn. Zaiton Othman (0192398025) emel: zaiton63@ukm.edu.my Faks:0389213879. Mohon semua ahli KESUKMA mengambil perhatian atas pemakluman ini.

Penganjur / Penganjur Bersama : KESUKMA
Lampiran
System.Byte[] BORANG.doc

Rabu, 24 Jun 2015

BERITA KESUKMA : KEMASKINI ALAMAT AHLI KESUKMA

Kesukma
24/6/2015


 
Kepada semua ahli KESUKMA adalah diminta mengemaskini alamat tuan/puan bagi tujuan surat menyurat dan penghantaran notis mesyuarat agung KESUKMA ke-21. 

Borang telah dihantar pada awal tahun tetapi masih ramai lagi yang belum menghantar kembali.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi: Pn. Zaiton Othman (0192398025) emel: zaiton63@ukm.edu.my Faks:0389213879. 

Mohon semua ahli KESUKMA mengambil perhatian atas pemakluman ini.


Penganjur / Penganjur Bersama : KESUKMA
Lampiran
System.Byte[] BORANG .doc

Ahad, 24 Mei 2015

KESATUAN KAKITANGAN AM UKM KUKUH KERJASAMA DENGAN UMS

Azri Onn Bin Othman



Kota Kinabalu: Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma UKM) mengukuhkan lagi kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui lawatan ke universiti di Negeri di Bawah Bayu itu, baru-baru ini.
Lawatan Kesukma UKM Bangi yang disertai kira-kira 85 ahli itu mengadakan kunjungan terhadap Pemangku Pendaftar UMS, No’man Ahmad yang mewakili Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah.
Rombongan Kesukma diketuai oleh Timbalan Presidennya, Hasnan Musa bersama Kumpulan Jururawat daripada pelbagai majikan di Selangor.
Dalam ucapan alu-aluannya, Presiden Kesatuan Kakitangan Am UMS (KEKAUMAS), Amat Jutrah Musnih mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kesukma UKM kerana memilih UMS sebagai tumpuan utama lawatan mereka.
Katanya, hubungan antara UKM dengan UMS memang sudah lama terjalin dalam kalangan pegawai pengurusan mahupun staf pelaksana kerana ramai staf yang bertugas di UMS berasal dari UKM Kampus Cawangan Sabah dahulu.
Beliau turut memaklumkan UMS kini mempunyai dua kampus iaitu di Wilayah Persekutuan Labuan dan Sandakan sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai IPTA yang unggul di rantau ini.
Sementara itu, No’man berharap kesemua peserta lawatan bergembira dengan kehadiran mereka ke UMS kerana prasarana yang terdapat di UMS tidak sama dengan universiti lain di Malaysia, ianya mudah diperolehi untuk mereka yang benar-benar menghayati akan kekayaan sumber alam yang terdapat di negeri yang memiliki gunung yang tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalunya.
Katanya, kakitangan UKM yang julung-julung kali datang ke Sabah khususnya UMS itu bukanlah lawatan kali terakhir kepada mereka kerana agak mudah akan kembali berulang kali ke Sabah.
Sambil mengucapkan selamat datang kepada semua ahli rombongan, No’man berkata hubungan pihak pekerja yang diketuai Amat Jutrah dengan pihak pengurusan di UMS memang akrab sekali.
“ Hubungan antara kakitangan dengan pengurusan UMS sangat baik hasil kebijaksanaan Presiden Kekaumas, Amat Jutrah dan tolak ansur Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah dalam menangani masalah yang dihadapi kakitangan sokongan, “ katanya.
No’man yakin lawatan dari UKM itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam mengadakan jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang sama ada yang berkaitan pengurusan, kakitangan mahupun pelajar.
Sementara itu, dalam ucapan balasnya, Hasnan Musa amat kagum dengan kerjasama dan komitmen pihak Kesatuan UMS yang dapat mengatur kemudahan perjalanan para peserta yang datang ke Sabah.
“ Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada pihak pengurusan UMS kerana telah memberikan kerjasama dan layanan yang terbaik khususnya kepada Naib Canselor dan Jabatan Pendaftar UMS, “ katanya.
Presiden Kesukma UKM Bangi, Abd. Rahman Nordin melahirkan rasa sukacita dan terima kasih kepada pihak kesatuan dan pihak pengurusan UMS di atas jasa baik yang telah diberikan kepada kesatuan itu.
Beliau yang datang kemudian juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kekaumas yang diterajui Amat Jutrah kerana dapat mengaturkan program berkenaan.
Tamat.

Jumaat, 22 Mei 2015

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT TAHUN 2015

Berita Ewarga
22/5/2015




Kakitangan UKM yang berjawatan tetap adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Borang Kenaikan Pangkat boleh di muat turun di laman web Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) mengikut gred seperti yang diiklankan sahaja. Berikut adalah jawatan kenaikan pangkat:

1) Pegawai Kewangan W542) Pegawai Kewangan W523) Pegawai Teknologi Maklumat F484) Pegawai Penyelidik Sosial N485) Pegawai Pemulihan Perubatan U486) Penolong Pegawai Sains C387) Setiausaha Pejabat N368) Juruteknologi Makmal Perubatan U369) Juruteknologi Pergigian U3610) Setiausaha Pejabat N3211) Juruteknologi Makmal Perubatan U3212) Penjaga Jentera Elektrik J2613) Penyelia Asrama N2
 
Iklan Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Tahun 2015

Kakitangan UKM yang berjawatan tetap adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat. Borang Kenaikan Pangkat boleh di muat turun di laman web Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) mengikut gred seperti yang diiklankan sahaja. Berikut adalah jawatan kenaikan pangkat:

1) Pegawai Kewangan W542) Pegawai Kewangan W523) Pegawai Teknologi Maklumat F484) Pegawai Penyelidik Sosial N485) Pegawai Pemulihan Perubatan U486) Penolong Pegawai Sains C387) Setiausaha Pejabat N368) Juruteknologi Makmal Perubatan U369) Juruteknologi Pergigian U3610) Setiausaha Pejabat N3211) Juruteknologi Makmal Perubatan U3212) Penjaga Jentera Elektrik J2613) Penyelia Asrama N26
Tarikh buka iklan : 22 Mei 2015
Tarikh tutup iklan : 4 Jun 2015


Url : http://www.ukm.my/sppj
Lampiran
System.Byte[] Iklan kekosongan jawatan fuu.pdf
System.Byte[] Borang permohonan.doc
 

Sabtu, 4 April 2015

KESUKMA - PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM DAN PENJELASAN ISU SEMASA ANJURAN CUEPACS

Kesukma
4/4/2015


Kepada semua Ahli KESUKMA yang ingin turut serta dalam Perhimpunan anjuran CUEPACS tersebut boleh menghubungi AJK seperti berikut: 

En. Sinin - 0173442359 (Bangi) 
Cik Siti Noor - 0193255667 (PPUKM) 
En. Razali - 0132284646 (KKL) 

Atur cara dan surat jemputan disertakan.

Tarikh Acara: Mula: 15/04/2015 Tamat:
Masa Acara: Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat: CIDB Convention Centre Cheras
Penganjur / Penganjur Bersama: CUEPACS
Lampiran
System.Byte[] Aturcara Majlis.pdf
System.Byte[] Surat jemputan.docx

Isnin, 2 Februari 2015

PROGRAM REKREAKSI KESUKMA BERSAMA KOMUNITI PULAI BANDING, LEMBAH BELUM

Kesukma
2/2/2015




Dimaklumkan bahawa KESUKMA akan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat bersama komuniti Pulau Banding, Lembah Belum, Gerik Perak seperti pada maklumat di bawah.

Peserta: Terbuka kepada semua warga UKM

Bayaran:
Ahli KESUKMA RM:160.00
Warga UKM RM200.00

Bayaran adalah meliputi tambang Rumah Bot dan makan/minum.

Atur cara Program seperti lampiran Kepada yang berminat boleh menghubungi: Pn. Zaiton Othman 0192398025 (Bangi) En, Ismail Ibrahim 01119693982 (Bangi) En.Hasnan Musa 0132552541 (PPUKM) En Razali Sulaiman Shah 0132284646 (KKL).

Tempat adalah terhad kepada 40 orang sahaja.

Isnin, 26 Januari 2015

IKLAN JAWATAN KOSONG DI PPUKM JANUARI 2015

Berita UKM
26/1/2015


Lantikan Baru

1) Pegawai Sains C41(Bidang Fizik)
2) Pegawai Psikologi S41
3) Juru X-Ray U41/42 (Bidang Radioterapi)
4) Pegawai Dietetik U41
5) Pegawai Perubatan UD43/UD47/UD51/UD53
6) Pegawai Pemulihan Perubatan U41(Pertuturan)
7) Jurupulih Perubatan U29 (Cara Kerja)
8) Juruteknologi Makmal Perubatan U29
9) Jururawat U29
10) Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27
11) Penerbit Rancangan B27
12) Pembantu Akauntan W17
13) Pembantu Pembangunan Masyarakat S17
14) Juruteknik Perubatan U19
15) Pembantu Keselamatan KP17


Naik Pangkat
1) Jururawat U42
2) Juruteknologi Makmal Perubatan U38
3) Penolong Pegawai Perubatan U36
4) Penolong Pegawai Farmasi U36
5) Juruteknologi MakmalPerubatan U36
6) Juruteknologi Makmal Perubatan U32
7) Penolong Pegawai Tadbir N32
8) Pembantu Tadbir (P/O) N26
9) Pembantu Pembedahan Pergigian U22 


Cara Memohon
(a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu http://www.smk.ukm.my/sppj
(b) Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat Pemohon dikehendaki mengisi mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat Kumpulan Pelaksana mengikut Gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM. Borang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia, Tingkat 1 Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
(c) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
(d) Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
(e) Borang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Jabatan Sumber Manusia Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan, Canselor Tuanku Ja`afar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Ya’acob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Iklan : 26 JANUARI 2015 (ISNIN)

Url : http://www.smk.ukm.my/sppj
Lampiran
System.Byte[] Iklan Kenaikan Pangkat PPUKM Januari 2015.pdf