Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Jumaat, 24 Disember 2010

KESILAPAN PANEL 'KEJUT' PERWAKILAN TAPI OMAR KEKAL PRESIDEN, LOK SU AGUNG

Malaysia Insider
24/12/2010




KUALA LUMPUR, 23 Dis — Kemenangan Omar Osman (Kepertama) sebagai presiden dan Lok Yim Peng (Nutp) selaku setiusaha agung tidak terjejas meskipun panel pemilihan Cuepacs membuat kesilapan ‘teknikal’ ketika membuat pengumuman keputusan pagi tadi.

Wakil jawatankuasa pemilihan tersilap mengumumkan bahawa jawatan setiausaha agung telah dimenangi oleh Ahmad Shah Mohd Zin sedangkan Lok menewaskan beliau dengan memperoleh 468.

Perwakilan persidangan Cuepacs kelihatan tersentak apabila diumumkan bahawa yang menang jawatan itu ialah Ahmad Shah, yang merupakan penyandang.

Keputusan tidak rasmi sudah pun diketahui lewat malam tadi.

Bagaimanapun kesilapan itu dibetulkan dengan Lok diisytiharkan sebagai pemenang dengan mengatasi dua pencabar. Ahmad Shah mendapat 263 undi.

Jawatan itu turut ditanding oleh muka baru Ku Azmi Ku Ibrahim (Keska) yang mendapat 278 undi.

Keputusan rasmi diumumkan pagi ini — hari terakhir persidangan tritahunan yang diadakan di kampus Universiti Malaya di sini.

The Malaysian Insider membawa laporan berdasarkan keputusan tidak rasmi awal pagi tadi.

Omar mengekalkan jawatannya dengan memperoleh 815 undi manakala pencabarnya Ramli Omar mendapat 154 undi.

Beberapa perwakilan memberitahu The Malaysian Insider, kejayaan selesa Omar berhubung kait dengan hubungan secara langsung beliau dengan kesatuan-kesatuan gabungan Cuepacs selama ini.

“Saya melihat beliau mendapat banyak undi simpati memandangkan beliau kelihatan seorang pemimpin yang senang didekati, malah beliau banyak membantu kesatuan dengan memberikan sokongan kewangan,” kata seorang pegawai kanan kesatuan.

Cuepacs kini mempunyai sokongan kewangan lebih baik berbanding dekad-dekad sebelum ini dengan memperoleh geran tahunan kerajaan. Malah, walaupun isu lanjutan kontrak perkhidmatan ditimbulkan, Omar dilihat menguasai sokongan besar perwakilan sejak awal lagi. Ramli berganding dengan Ahmad Shah yang mempertahankan jawatan setiausaha agung buat penggal ketiga.

Kemenangan Lok pula banyak dikaitkan dengan pengaruh beliau dalam Majlis Bersama Kebangsaan Kumpulan Sokongan Am yang menyediakan sekitar 400 undi.

Pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan Cuepacs juga mengganggotai tiga Majlis Bersama Kebangsaan pekhidmatan awam.

Dua lagi majlis adalah bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Sains dan Teknologi.

Lok dilihat menerima sokongan daripada anggota kedua-dua Majlis Bersama Kebangsaan Kumpulan Sokongan Am dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Selain itu, isu projek berita SMS Cuepacs juga dilihat menjejaskan sokongan Ahmad Shah meskipun Omar menjelaskan perwakilan pada hari persidangan bahawa isu itu telah selesai dan tiada penyelewengan ataupun salah guna kuasa.

Lok, yang turut dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang pemilihannya akan diadakan minggu depan.

Ini kali kedua seorang wanita dipilih sebagai setiausaha agung Cuepacs. Ahmad Shah (Kesatria) ketika dihubungi berkata beliau menerima kekalahan tetapi “apa yang lebih penting ialah pembangunan organisasi Cuepacs.”

“Pemimpin silih berganti, datang dan pergi. Perjuangan Cuepacs mesti diteruskan, kepentingan kakitangan perlu diperjuangkan,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kekalahannya juga berpunca daripada taktik kotor yang digunakan pihak pesaing.

“Isu-isu yang sudah selesai dibangkitkan, memang ada taktik kotor, isu lama ditimbulkan semula dan ada unsur provokasi,” katanya.

Jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Azih Muda (Anulae) dan Zainal Ismail (Kesatuan Lembaga Air Perak) yang masing-masing mendapat 754 dan 431 undi. Azih, yang juga timbalan presiden semasa, atas kapasiti sebagai timbalan presiden I akan menggantikan Omar apabila beliau bersara tahun depan, dipercayai awal September.

“Dengan kemenangan ini, kami akan memberi tumpuan ke atas soal-soal kebajikan kakitangan awam seperti pemilikan rumah, pinjaman perumahan, pembangunan kerjaya dengan menyediakan kemudahan melanjutkan pelajaran, penambahbaikan skim perkhidmatan,” kata beliau.

Tiga kerusi jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi oleh Adnan Mat (Anulae) ,Abdul Rahman Mohd Nordin (Kesukma UKM) dan Mohamad Baharom. (Pacsu) Adnan memperoleh 679 undi, Abd Rahman (527) dan Mohamad (570).

Adnan merupakan penyandang jawatan itu. Jawatan setiausaha kewangan yang menyaksikan persaingan satu lawan satu dimenangi Ja’apar Mansor (Kastam), yang menewaskan Samuel Devadasan (MTSU).

Azhar Abdul Shukri (PKNS) menewaskan Hamzah Masri (JPJ) untuk menerajui jawatan timbalan setiausaha kewangan.





Khamis, 16 Disember 2010

KENAIKAN YURAN KESUKMA RM5.00

Media Kesukma
16/12/2010


Assalamualaikum w.b.t kepada semua Ahli KESUKMA

Yuran keahlian KESUKMA akan dinaikan dari RM3.00 ke RM5.00 mulai bulan Disember 2010. Pengundian sulit yang telah dilakukan pada Mesyuarat Agung Sesi 2007-2010 telah mendapat sokong dari ahli. Kelulusan telah diluluskan oleh Jabatan Hal-Ehwal Kesatuan Sekerja pada 2 Julai 2010 No. Rujukan JHEKS.549/K. Oleh itu yuran Kesatuan adalah seperti berikut:

Yuran Masuk - RM1.00
Yuran Bulanan - RM5.00

RM2.00 dari yuran yang dipungut daripada tiap-tiap ahli akan diuntukkan dan dipindahkan kepada tabung Kebajikan.

Isnin, 29 November 2010

PERMOHONAN KHIDMAT MASYARAKAT DIBAWAH ANJURAN KESUKMA

Media Kesukma
29/11/2010




KESUKMA sedang mencari sukarelawan dalam kerja KHIDMAT MASYARAKAT dibawah anjuran KESUKMA kepada ahli yang berminat sila kemukakan borang keahlian dilampirkan atau hubungi Presiden KESUKMA untuk dapatkan borang. Keahlian 40 sukarelawan sahaja diperlukan. t.kasih

Presiden Kesukma



Borang Permohonan




Rabu, 3 November 2010

PEMBERIAN BONUS KEPADA KAKITANGAN AWAM BUKAN SATU KEMESTIAN

Berita Harian
2010/11/03




MERUJUK surat oleh 'Layak Dihargai, Kuala Lumpur' dalam ruangan ini baru-baru ini, saya bersependapat dengan beliau bahawa pemberian bonus sepatutnya hanya untuk mereka yang menjalankan tugas dan amanah dengan baik serta cemerlang. Ia harus bersifat subjektif dan bukan kemestian kepada seluruh kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang.

Namun, setinggi tahniah kepada Presiden CUEPACS, Omar Osman kerana menjalankan kerjanya dengan baik sebagai satu daripada tugas utamanya meminta bonus dan kenaikan gaji daripada kerajaan setiap tahun. Alasan yang cukup sinonim agar dapat ‘memberikan suntikan semangat selain meringankan beban kakitangan awam’.

Secara logik dan praktikal sejauh manakah suntikan semangat itu berkesan dan memenuhi matlamat? Mengapa dan sampai bila, beban serta masalah kakitangan awam perlu ditanggung kerajaan? Bukankah mereka semua menerima imbuhan yakni gaji yang berpatutan dengan taraf jawatan serta pendidikan masing-masing. Perlu difahami secara tidak langsung pemberian bonus ini umpama ‘subsidi’ tunai tambahan kepada kakitangan awam selain pelbagai kemudahan disedia dan diberikan. Belajarlah hidup ‘berdikari’ dan memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah sendiri. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan sewajarnya. Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang, jika kita sendiri tidak berusaha menambahkannya.

Pada saya tindakan berterusan mendesak kerajaan agar diberikan juga bonus, bukan langkah yang bijak. Ia dilihat lebih kepada tindakan berkepentingan sendiri. Kerajaan sudah menjelaskan dengan baik mengapa tidak boleh diberikan bonus. Sepatutnya semua kakitangan awam memahami dan menerimanya dengan baik. Namun, atas keprihatinan kerajaan ada juga ‘sagu hati’ dan insentif lain diberikan. Janganlah nanti dikatakan tidak tahu berterima kasih. Sepatutnya, semua pihak bersyukur dan bukan terus mendesak dan mencari kesalahan pihak lain. Jika berdasarkan alasan itu, bukan semua kakitangan awam layak dan patut menerima bonus. Saya menyokong penuh pemberian bonus, tetapi ia harus diberikan hanya kepada mereka yang benar-benar layak. Mungkin boleh diguna pakai formula daripada swasta. Hanya kakitangan awam yang terbukti kuat bekerja dan rajin demi kemajuan, pembangunan dan keuntungan jabatan layak diberikan bonus.

PEGAWAI KANAN 44,
Selangor

Sabtu, 30 Oktober 2010

MESYUARAT AMJK KESUKMA SESI 2009-2011 BIL.6

Media Kesukma
30/101/1010.



Mesyuarat AMJK KESUKMA akan diadakan pada:

Tarikh: 4 November 2010
Masa : 9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Kesukma, Wisma Kayu.


Semua AMJK Kesukma di wajibkan hadir

Rabu, 6 Oktober 2010

KESUKMA MENGADAKAN SKUAT SUKARELA

Media
Kesukma
6/10/2010


Kesukma akan mengadakan skuad sukarela untuk membantu apa-apa yang diperlukan bantuan tenaga. Sukarela ini akan diambil dalam jumlah 40 orang untuk membantu universiti yang memerlukan tenaga sukarela seperti m mangsa sembantu banjir, bencana alam dan lain-lain. Skuad sukarela ini diberi nama SUKA kata Tuan Haji Isa Jamal Presiden KESUKMA.

Perkara ini akan dibawa dalam mesyuarat AMJK akan datang.

Ahad, 3 Oktober 2010

MESYUARAT KONVENYEN PEMANTAPAN KERJA KE-5 BIL.6

Media Kesukma
3/10/2010



Mesyuarat Pemantapan Kerja Ke-5 bil.6 akan diadakan pada:

Tarikh: 6 Oktober 2010

Tempat : Bilik Mesyuarat FSKB tingkat 5 Kampus Kuala lumpur

Masa : 2.30pm

* catatan: Mesyuarat dipercepatkan pada pukul 11.00am di Bilik Seminar Paras 2