Berita UKM
Oleh Vinoothene Chandrasekaran
Foto Izwan Azman dan Mohd Noor Ramly
Foto Izwan Azman dan Mohd Noor Ramly
BANGI, 1 Mei 2016 – Kakitangan Am di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) perlu menjalankan tugas-tugas mereka sebaik mungkin, kata Presiden
Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA) Abdul Rahman Hj Mohd Nordin.
Walaupun mereka mempunyai hak-hak mereka sebagai pekerja, Abdul
Rahman mengakui bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab kepada pihak
pengurusan.
“Saya mengharapkan supaya penjawat awam terutamanya pekerja UKM
menjalakan kerja dengan produktif bagi menjayakan kerajaan ke arah
pembangunan negara yang maju,” katanya dalam satu temu bual dengan
Portal Berita UKM sempena Hari Pekerja hari ini.
Pada masa yang sama, beliau berjanji untuk melaksanaakan
tanggungjawab sebagai kakitangan UKM dan melindungi hak-hak pekerja,
sama ada di universiti atau di sektor awam yang lain.
Abdul Rahman, yang juga Timbalan Setiausaha Agung II Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhimatan Awam (CUEPACS), berkata ramai
penjawat am bergantung kepada beliau untuk mengemukakan kepentingan
mereka.
Beliau menjelaskan bahawa dalam usaha untuk memperjuangkan hak-hak
mereka, tidak ada orang lain yang berani kerana mereka takut dipecat.
“Sekarang, masalah seperti kenaikan pangkat telah diselesaikan,” katanya.
Beliau menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab memastikan layanan
adil untuk pekerja, terutama mengenai merangka dasar elaun pekerja, gaji
dan skim perkhidmatan.
Berkhidmat untuk UKM selama 20 tahun sebagai Penolong Jurutera
Mekanikal bawah Jabatan Pengurusan dan Pembangunan, beliau percaya bijak
menguruskan masa adalah kunci menjadi pemimpin kesatuan sekerja yang
baik.
Rahman selang bertugas pada malam dan siang menjaga logi penyejuk ,
manakala pada waktu petang lebih tertumpu kepada hal-ehwal KESUKMA dan
CUEPACS.