Kesatuan kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia

Isnin, 25 Jun 2012

PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA - KERJASAMA BIRO TATANEGARA DENGAN KESUKMA

Media Kesukma
26/6/2012




Semua Ahli KESUKMA dan Warga UKM yang berminat untuk mngikuti " Program Transformasi Negara' Sila daftar di eSPel  " Klik disini ".

Tempat Latihan : KEM BINA NEGARA BESUT, TERENGGANU

Tarikh Latihan : 06/07/2012 - 08/07/2012

Masa Latihan : 11:00 AM - 02:00 PM

Sasaran : TERBUKA

Kategori Latihan : Latihan jangka pendek (3 bulan atau kurang) - Dalam negara

Jenis Latihan : BENGKEL

Penganjur : BIRO TATANEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI

Rabu, 20 Jun 2012

PERLANTIKAN DR ALI HAMSA SEBAGAI KSN DI HARAP DAPAT MANTAPKAN HUBUNGAN PEKERJA DENGAN KERAJAAN

Bernama
20/6/2012

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap pelantikan Datuk Seri Dr Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru dapat memantapkan lagi sektor perkhidmatan awam negara sekaligus menjayakan program transformasi kerajaan.

Setiausaha Agung Cuepacs Lok Yim Pheng berkata kongres itu juga menyambut baik pelantikan Ali yang merupakan Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

"Kami harap dengan pelantikan ini hubungan antara pekerja dengan kerajaan akan bertambah baik dan harmoni," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata Cuepacs berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Ali dalam tempoh terdekat.

Pelantikan Ali sebagai KSN berkuatkuasa mulai 24 Jun 2012. Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.

Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Lok turut mengucapkan penghargaan kepada Mohd Sidek di atas segala sumbangan beliau kepada sektor awam amnya serta kakitangan kerajaan khususnya.

-- BERNAMA

Selasa, 19 Jun 2012

CUEPACS HARAP KERAJAAN SERAP PEKERJA KONTRAK KE JAWATAN TETAP

Bernama
19/6/2012

TEMERLOH, 19 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat menyerapkan 60,000 kakitangan kontrak perkhidmatan awam ke jawatan tetap dan berpencen.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pelantikan ke jawatan tetap itu dilihat akan memberi jaminan masa depan kepada mereka selain dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam.

"Cuepacs berharap kerajaan dapat mengambil tindakan seberapa segera untuk menyerapkan mereka ini ke jawatan tetap," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Datuk Tariff Abdul Rahman menerusi Program Turun Padang bagi menyelami masalah anggota Cuepacs dan Kesatuan Pihak Berkuasa Tempatan (ANULEA) di sini pada Selasa.

Mengenai program turun padang, Azih berkata pihaknya telah mengunjungi lebih 20 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di pantai timur bagi menyampaikan masej penting yang perlu dilaksana secara bersama antara pekerja dan majikan.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap Ketua Setiausaha Negara baru yang bakal menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan bersara pada 23 Jun ini, dapat meneruskan kerjasama yang baik dan erat dengan kesatuan itu.

-- BERNAMA

Isnin, 18 Jun 2012

PENDAFTARAN AHLI JAWATANKUASA MAJLIS KESUKMA 2011-2013



PEMBERITAHUAN


KEPADA :
SEMUA AHLI KESATUAN KAKITANGAN AM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
(KESUKMA) TARIKH : 11 JUN 2012
ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA:


Notis pemberitahuan kepada ahli KESUKMA, melalui laman sistem e-warga bertarikh 22 Mei 2012, yang dikeluarkan oleh Tuan Hj. Lokman bin Hj.Mohamed adalah dibatalkan.Dengan ini dimaklumkan bahawa pemilihan pegawai-pegawai KESUKMA bagi Sesi 2011-2013 adalah SAH dan Mesyuarat Agung tidak perlu diadakan semula untuk pemilihan pegawai Kesatuan KESUKMA Sesi 2011-2013. Dengan ini Ahli Majlis Jawatankuasa KESUKMA bagi Sesi 2011-2013 pada pemilihan Mesyuarat Agung ke 19 adalah sah merujuk surat dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah (JHEKS), Rujukan : JHEKS 594L/(76) bertarikh 31 Mei 2012 .Ahli Majlis Jawatankuasa KESUKMA Sesi 2011-2013 adalah seperti berikut :

Presiden : En. Abdul Rahman bin Hj. Mohd Nordin
Naib Presiden : En. Raub bin Hj. Salleh
Setiausaha : Hjh. Zaiton bte Othman
Pen. Setiausaha: Pn. Fauziah bte Ramli
Bendahari : Hj. Nadzri bin Daud
Jawatankuasa : En. Mohd Sinin bin Mohd Sani
Hj. Ramli bin Mahmood (bersara 26/12/2011)
Hj. Kamaruddin bin Mat Rawi
Hj. Ismail bin Ibrahim
Hjh. Samiah bte Kadri
En. Harun bin Md Yusoff
En. Razali bin Sulaiman Shah
En. Hasnan bin Musa
Hjh. Latifah bte Sahid
Pn. Rosmah bte Mohamad Noor


Dengan ini Tuan Hj. Lokman bin Hj. Mohamed (Ahli KESUKMA) tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai KESUKMA tanpa merujuk atau mendapat kelulusan dari Ahli Majlis Jawatankuasa Sesi 2011-2013.

Sebarang kemuskilan/pertanyaan lebih lanjut bolehlah menghubungi Setiausaha KESUKMA.
Semoga KESUKMA akan terus mendapat sokongan padu dalam memperjuangkan kebajikan untuk ahli-ahlinya.

Perjuangan Satu Untuk Ramai Dan Ramai Untuk Satu.


Sekian, terima kasih.

Hjh. Zaiton bte Othman
Setiausaha KESUKMA
Sesi 2011-2013
Email: azie@ukm.my

Ahad, 17 Jun 2012

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN BIL.2 2012

Media Kesukma
17/6/2012



Semua Ahli KESUKMA


Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bil.2/2012

Tarikh: 21 Jun 2012

Masa: 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Canselori


Sabtu, 16 Jun 2012

MESYUARAT AHLI MAJLIS JAWATANKUASA KESUKMA BIL.4 2011-2013

Media Kesukma
15/6/2012



Semua Ahli Majlis Jawatankuasa KESUKMA

 
Tuan/Puan,

MESYUARAT AMJK (SESI 2011-2013) BIL. 4

Dengan hormatnya sukacita dimaklumkan  bahawa mesyuarat seperti di atas akan di adakan seperti berikut;

Tarikh     :     20 Jun  2012 (RABU)
Masa       :     9.30 Pagi
Tempat   :     Bilik Mesyuarat  KESUKMA
Rumah Kesatuan Wisma Kayu
UKM Bangi


Setiusaha Agung KESUKMA



 

Khamis, 14 Jun 2012

RAHIM MENDUDU DEMI ARASH

Utusan Malaysia
Abdul Rahim tidak kekok menyediakan sarapan sebelum anaknya pergi ke sekolah.Sebagaimana bapa-bapa lain, Abdul Rahim Sirat, 44, amat menantikan tibanya Hari Bapa yang disambut pada setiap Ahad minggu kedua bulan Jun.Baginya hari berkenaan amat istimewa apabila pada masa itu anaknya, Mohamad Arash (Arash), 13, akan menghadiahkan ciuman buatnya sebelum memberikan sekeping kad buatan sendiri dengan ucapan selamat untuknya."Seterusnya kami akan ke kedai dan makan bersama untuk meraikan hari itu," katanya sambil memandang anaknya dengan penuh rasa sayang.Bagi Abdul Rahim semenjak kematian isterinya, Kartina Wadi, 14 tahun lepas, dia mengambil-alih rutin isterinya itu seperti memasak, mengemas rumah serta memastikan Arash terjaga kebajikannya.Dia yang ditemui di rumahnya di Beranang, Selangor, baru-baru ini, bercerita bagaimana dia dan isteri dipertemukan oleh keluarga dan kemudian dinikahkan pada tahun 1998.
 
"Pendek kata saya dan arwah isteri mula bercinta selepas kami berkahwin. malangnya dia yang berusia sepuluh tahun lebih tua dari dijemput Ilahi akibat sakit jantung. Ketika itu usia Arash baru mencecah dua tahun," katanya.Abdul Rahim berkata, memandangkan anaknya masih kecil dan memikirkan perlunya perhatian seorang ibu, dia mengambil keputusan untuk berkahwin semula ketika Arash berusia lima tahun.Sebelum itu, dia banyak dibantu oleh ibunya yang tinggal di Beranang, Selangor untuk menjaga Arash sepeninggalannya ke tempat kerja.
"Namun perkahwinan kali kedua itu hanya bertahan lima bulan kerana bekas isteri saya itu tidak boleh menerima Arash dalam hidupnya. 

"Dia suka memukul Arash menyebabkan saya mengambil keputusan untuk bercerai dan menjaga Arash sendiri tanpa mengharapkan sesiapa," katanya yang bertugas di bahagian landskap di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor.Apabila ditanya adakah Arash tidak pernah menyebut untuk mempunyai ibu sebagaimana rakan-rakan lain, Abdul Rahim menjelaskan mungkin anaknya itu fobia dengan pengalaman beribu tiri menyebabkan dia tidak pernah mengharapkan ayahnya berkahwin lagi.Bagi Abdul Rahim, dia juga mengakui hatinya agak tertutup untuk berkahwin lagi buat masa ini kerana mahu menumpukan perhatian terhadap anaknya."Tidak tahulah pada masa akan datang apabila Arash sudah besar dan sudah pandai menjaga diri sendiri. Buat masa ini biarlah saya menjaganya kerana apa-apa yang berlaku dia di bawah pengawasan saya," katanya.Dalam pada itu apabila ditanya tidakkah hatinya berasa sunyi kerana tidak diisi dengan kasih sayang seorang isteri sejak sekian lama, dia berkata, kadangkala ada juga, namun semua itu dipendam dalam lubuk hatinya.
Jika ada masa terluang, Abdul Rahim akan keluar berjalan-jalan dengan rakan-rakan untuk memastikan masanya terisi.Waima apa pun yang dilakukan, pada setiap cuti sekolah Abdul Rahim akan membawa anak tunggalnya itu bersama-sama melakukan aktiviti."Kami sebenarnya tidak pernah berenggang. Anak saya minat sukan malah seorang pemain futsal di sekolah manakala saya minat bidang seni. Sekiranya ada latihan futsal saya akan menemani anak saya dan sekiranya saya ada jemputan melihat teater atau konsert, saya akan bawa dia bersama," katanya.Apabila ditanya mengenai rutin hariannya, Abdul Rahim berkata, setiap pagi dia akan bangun lebih awal untuk menyiapkan sarapan sebelum menghantar Arash ke Sekolah Integrasi Beranang dan terus ke tempat kerja."Jam 5 petang Arash akan balik ke rumah ibu saya di Beranang dan pada pukul 5.30 petang saya akan mengambilnya balik ke rumah selepas habis kerja.
"Sampai di rumah saya akan masak makan malam, mengemas rumah, membasuh baju, mengemop lantai sehingga selesai semua urusan sebelum menemani Arash membuat kerja rumah kemudian tidur," jelasnya.

Selasa, 5 Jun 2012

UKM TEMPAT 31 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA

Utusan Malaysia
30 Mei 2012



TUANKU Muhriz Tuanku Munawir (lima, kanan) melihat demonstrasi CPR oleh pelajar Jabatan Perubatan Kecemasan sempena Sambutan 40 Tahun Fakulti Perubatan UKM di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam. Turut berangkat Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud (tiga, kanan) diiringi Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (kanan). - BERNAMA

KUALA LUMPUR 30 Mei - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 carta universiti terbaik dunia mengikut Quacquarelli Symonds (QS) QS-World University Ranking 2012/2013.
Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, pengiktirafan QS iaitu syarikat penarafan berpangkalan di London itu adalah bagi kategori universiti berusia bawah 50 tahun.
"Pengiktirafan itu menjadikan UKM satu-satunya universiti tempatan yang tersenarai dalam kelompok universiti terbaik daripada beribu-ribu universiti di dunia.

"Sebagai universiti yang masih muda, UKM membuktikan kecemerlangan dalam saingan dengan universiti dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan banyak lagi," katanya kepada pemberita selepas perasmian Sambutan 40 Tahun Fakulti Perubatan UKM, di sini hari ini.Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Canselor UKM. Turut mengiringi baginda ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Sharifah Hapsah berkata, penilaian QS itu dibuat berdasarkan pencapaian dan kriteria seperti penyelidikan, penerbitan, populasi tenaga pengajar dan pelajar.
"UKM sudah mencapai pelbagai kemajuan termasuk menjadi universiti yang melahirkan pakar perubatan paling ramai di negara ini," katanya.Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan akan terus membantu usaha meningkatkan kewibawaan UKM sebagai universiti disegani."Hasrat kita selepas ini adalah untuk berada di dalam senarai 10 universiti terbaik," katanya.Sejak penubuhannya, Fakulti Perubatan UKM telah melahirkan 5,144 doktor perubatan, 2,814 doktor pakar dalam pelbagai bidang serta 94 doktor falsafah.

Isnin, 4 Jun 2012

PENJAWAT AWAM SUKAR BELI RUMAH

Utusan Malaysia
Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR 4 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan dan pemaju-pemaju perumahan agar bersama-sama membantu penjawat awam berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah tanpa membebankan mereka.Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, ia ekoran kenaikan harga rumah yang begitu pantas dan dilihat tidak terkawal.
Katanya, seorang penjawat awam Kumpulan Pelaksana yang menerima gaji bulanan tanpa sebarang pendapatan tambahan tidak berkemampuan membeli rumah di bandar raya seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang kerana harga rumah yang melambung tinggi."Sebagai contoh, pekerja yang berpendapatan RM3,000 sebulan yang ingin membeli rumah pangsapuri bernilai RM160,000 ke RM200,000 akan berdepan kesulitan dari segi pembayaran.